Klik Yer!! Mekasih...

Friday, April 21, 2017

Dark Choc Mummy 6 months!

 
Hai kakak2 semua..Semalam 20.04.2017 saya genap 6 bulan..

Cecece macam beria dia bercakap kannn..semalam bawak Afif cucuk..kali ni cucuk menjerit kuat giler, sampai satu klinik boleh dengar suara dia..kuat ooo Afif menjerit..bergegar badan mummy..hahaha Over nau mummy sampai bergegar badan tu.. >_<

Dan semalam for the first time Afif mamam puree..ni la saat yang ditunggu2.. macam apa je kan menunggu bagai padahal nak bagi anak makan je kot..excited sampai tak tido malam dibuatnya..kakaka ok over sekali lagi..Eh ello mummy, ni anak nombor dua kot, jangan nak kalut sangat boleh..hahaha kalut macam anak pertama..yerla kalut la kejap..raiisah pon dh 5thn..

Untuk kali pertama buat puree carrot & sedikit nasi..kalau ikutkan aku nak bagi Afif mamam puree carrot je tapi mak suruh letak nasi sikit pastu lenyek..mak tak nak pakai blender nak lenyek cara orang dulu2..kang blend panas2 takut rosak pulak blender tu..ok mak..kalau mak buat, ok la manual..kalau suruh saya blender la jawabnya..hahaha orang skang semua nak cepat..mak2 kita dulu macam ni la cara nak bagi anak makan..lenyek2 je pakai sudu..sihat panjang je anak tu..😁

Mula2 buat muka terkejut tengok puree depan mata..taruk kat mulut sikit terus terkebil2 dapat rasa..mesti dalam hati Afif berkata-kata macam ni..apakah ini?? apakah ini??

Carrot tu kan ada rasa manis, sedap la sikit Afif nak makan..nurse semalam awal2 dah pesan, dalam masakan Afif, Puan jangan letak garam, jangan letak minyak, jangan letak tambahan perasa dalam masakan..once dia dapat rasa abis la..lagi pon dia masih baru lagi, so jangan la bagi ye Puan..baik nurse..

Tak cedap ke dik..

Tak pandai lagi nak telan..setelah berkali-kali menyuap akhirnya Afif sudah pandai menelan..macam tu la anak mummy, suka makan macam mummy..

Pasni susu jatuh nombor 2..nurse bagitau Afif kena bagi makan kalau boleh sehari 3 kali..ermmm sehari 3 kali...ermmm bukan baby baru start makan kena bagi 2 kali je ker..nurse bagitau semalam baby baya Afif ni makan macam kita jugak, kena sehari 3 kali dan nurse suruh aku makan 5 ekor ikan sehari untuk memperbanyakkan susu, takpon 2 ketul ayam dah sedikit nasi..nasi jangan skip kena makan..ibu menyusu tak boleh diet nasi..sian kat anak nanti dapat susu yang tak cukup nutrisi..

Ayam 2 ketul tu aku ok lagi..ikan 5 ekor sehari makan, macam tu tak boleh hadam je..hahaha banyak weiii sehari 5 ekor..dua ekor ok lagi masuk 3 ekor terkulat-kulat nak abis..

Diakhiri dengan gambar kakak..siapa cakap muka Afif dengan Raiisah sama..lain sangat kan..Afif mummy pesan ni, gigi jangan macam kakak tau..hehehe Ok bui~~

piece : kathyjem

Thursday, April 20, 2017

Ready To Pop!

Sorry semua baru nak update..macam biasa la ayat akan keluar di permulaan karangan ini.. "Kekangangan masa"..bahahaha muntoh biru dah mendengor ayat tu..

Kawan kita Mirza, Alhamdulillah dah selamat melahirkan sepasang baby boy dan girl pada 18/4/2017 hari Selasa..nasib baik sempat jumpa dia sebelum dia beranak..masa jumpa dia last 2 weeks kandungan dah 35 minggu..tak lama dah tu..tuptup kelmarin dah beranak..Alhamdulliha Allah permudahkan awak bersalin..baby pon semua sihat..

Iza, Zaza, Mirza..semua za za za..hahaha I pon nak jugak la Kathyza.. =P

Iza kata sekarang trend bunga-bunga ikat kat perut..orang tak pakai dah selempang yang tulis perkataan "Mummy To Be" semua tu..Tu fesyen lama katanya..hahaha Oooyeker..kita pon baru tahu, bunga2 ikat kat perut trend omputih sekarang ni..

Gigih la Iza menjahit malam2 bunga keliling kat perut Mirza tu ha..hahaha Kreatif Iza ni..Nak beli mahai katanya, baik buat sendiri lagi puas hati..Dulu kat sekolah pon kreatif gak si Iza ni..Iza ingat tak kita pernah jual sabun bentuk2 bunga dengan cokelat kat sekolah..semangat, siap terjah setiap kelas nak meniaga punya pasal..hahaha lawak betul kalau ingat time tu..

Selang beberapa minit macam tu kawan baik Mirza masa belajar kat Langkawi pon muncul..

Terkejut dan terharu kawan baik yang dah lama tak jumpa muncul..Siap marah2 Iza kenapa tak bagitau nak jemput Zaza sekali..sajer nak buat awak menangis..hehehe suweetttt tak kami..

Lanjer dulu sekeping gambar mak buyung..hehehe Kita pon dah lama tak jumpa awak kan Mirza..last jumpa awak masa awak datang melawat kita dalam pantang.. Masa Mirza datang melawat tu kandungan baru 3 bulan..tup tup dah beranak kelmarin..Alhamdulillah penantian 3 tahun..akhirnya impian Mirza ingin menjadi ibu Allah kurniakan jugak.. =)

Jom layan gambar makan dulu..ni semua Mirza yang oder..Aku, Iza dengan Zaza ok sajer..makan la puas2 Mirza..karang 44 hari awak kena pantang semua ni..

Spaghetti dia ok la sedap jugak..

Butter prawn curry dia sedap tapi manih..

beef lasagna..

Comel sangat Iza buat deco ni semua khas untuk Mirza..paling kreatif botol air kecik tu, husband Iza tolong buatkan..kreatif sangat ni..cantik pulak tu..aku bawak balik, siap mak aku cakap..amboiii kemain cantik botol kecik ni..siapa buat?? husband Iza buat mak..pandai husband dia buat..

Untuk dessert kami pilih red velvet dan mango cheesecake..

Owwh lupa nak bagitau kita buat simple celebration baby shower Mirza ni di Love Me Seven Days Cafe..saje kiteorang pilih cafe Elfira Loy ni sebab dekat dengan rumah Mirza..kang2 apa kang senang nak lari balik rumah dia..yerla dah timing2 macam ni kena la berjaga-jaga..anytime je tu..

Bersama orang kuat disebalik event baby shower Mirza ni..hehehe Ok masing2 pon dah puas bersembang, moh la kita posing..sat lagi kena halau kang, kol 11 cafe nak tutup..tengok jam dah kol 10.30..ok laju2 posing..jauh perjalanan nak balik ni..hahaha

Hi baby, mummy Kathy tak sabar nak jumpa awak..seronok dia yer bergolek2 dalam tu..

Alhamdulillah Mirza mengandung kembar..masa ni tak tau lagi sorang boy ke girl..sorang lagi dah confirm boy..mummy Kathy doakan sorang lagi yang tak tau tu gegirl..yeaaaa betul girl!!..syukur sangat Mirza dapat sepasang..

Beria masing2 tunduk nak ambik gambar dengan perut Mirza..haha ada satu gambar tu kemain aku cium perut Mirza, hahaha dah macam gambar laki cium perut bini..hoii buruk nau..hahaha

Kita dan Iza doakan untuk awak dan baby semuanya sihat dan dipermudahkan segala urusan..

Jeles tengok badan Mirza, tak naik banyak..lengan tangan alahi kecik jer..cuma perut tu je la besar..besar pon sebab ada dua orang dalam tu..badan maintain kurus je...
ni dalam pantang sure cepat turun..dalam pantang nanti jaga betul2 tau awak..

Ok jom layan gambar Mirza yang bakal menjadi ibu dan sudah pon menjadi ibu..

Eh eh malu2 pulak ibu Mirza kita ni..

Ok Mirza nanti kita datang melawat awak dengan baby..tak sabar nk jumpa baby twins ni...

Selamat berpantang awak..

piece : kathyjem

Thursday, April 6, 2017

Sambut Birthday Adawiyatul Mayeisha

Hari tu celebrate birthday Mayeisha yang ke 1 tahun di Renaissance Hotel...Akak aku celebrate simple2 panggil family jer..

Kesian kakak aku dah tempah nak celebrate birthday Mayeisha kat DoubleTree by Hilton sekali nama takde..padahal sehari sebelum nak datang dah double check sekali petang tu nak tengok tempat nama takde dalam booking list..what? takda..pasarah je kakak aku..pastu call hotel yang berdekatan tanya tempat kosong and terus tengok tempat..nasib ada kosong kat Renaissance Hotel..kalau tak ke kedai tomyam je la kita..hehe

Eh ehh birthday girl pakai headband kat kepala la..Mayeisha ni jenis lasak sikit, dia tak suka pakai headband kat kepala..yang akak pulak kejap2 sarung headband kat kepala dia..hahaha Pasrah je la Mayeisha ye, birthday girl kena dengar cakap ibu.. >_<

Selamat Hari Jadi Adawiyatul Mayeisha..dah pandai berjalan, mulut bising, kalau dia dah start bersuara riuh dibuatnya..jenis takut dengan orang..dengan mummy pon kadang2 takut bile kena dukung..

Ok kita makan kenyang2 dulu jap lagi kita tengok Mayiesha tiup lilin..

Tema black, birthday girl sorang pakai white..masa mula2 akak aku bgaitau kena pakai baju hitam terus pangkah..hahaha Aku cakap macam berkambung je pilih colour hitam..akak aku cakap kena gak pakai hitam sebab dia dah beli baju anak dia semua warna hitam, Mayiesha sorang je pakai putih..ermm ok la hitam pon hitam la..baru ingat nak pakai putih satu family..takper tunggu celebrate birtday Afif dengan Raiisah hujung tahun ni..

Ok masa untuk birthday girl tiup lilin..ececece macam la Mayiesha pandai tiup lilin kan..hahaha acah acah tiup je la Mayiesha walaupon tak mengerti apa itu hari jadi..haha

Pemakan Mayiesha ni..bagi je apa laju je masuk mulut..

Ibu dan Mayiesha..tengok tengok tangan Mayiesha.sempat lagi korek kek..

Sayur je cik kak kathy?? ehh sorry i takde istilah diet ok..makan selagi lalu..hahaha

Raiisah mula2 nak nasi, pastu dah bagi makan, 3 4 suap je makan..pastu tak nak dah nasi, nak makan cokelat..nasi dia tu aku bagi la Darwish sebab dia nak nasi..elok Darwish abis makan.. "Mummy nak nasi"..... eh eh boleh jadi mummy hijau ni..kejap nak nasi jap tak nak..

Mujur kiteorang semua tengah makan, adik dok diam dalam stroller..sebelum keluar rumah aku bagi adik minum kenyang2..

 Semua aku makan..rasa2 sikit..kalau ambik banyak2 tak dapat rasa makanan yang lain..

Ok masa untuk bagi adik makan pulak..

Anak buah dan adik bongsu..

Cubaan Raiisah menjadi hantu..

Bergurau senda dua kenit ni..

Mummy dan kakak a.k.a white chocolate..

 Mummy dan adik a.k.a dark chocolate..

Bersama anak2 buah kesayangan, Darwish dan Lauthfi..

Tengok tangan Mayiesha, tah berapa kali juta tah dia tarik headband tu..kakak aku gigih pakaikan..hahaha aku pulak dok rimas nengoknya..Adik awat terbeliak mata tu..apa la dia tengok tu..

Besday girl yang kepenatan menarik headband di kepala..

 Laaa birthday girl mummy ni lapar lagi ke sampai pinggan pon nak makan..hahaha

Nenek dan Afif..

Budak dua orang ni boleh tahan makan..dua2 kuat makan..masa kecik sikit punya payah nak bagi makan, lagi2 nasi..sampai menjerit2 la ibu ko nak bagi makan..sekarang alhamdulillah selera makan makin bertambah..sejak dorang pindah KL selera makan ok, masa dok Sarawak alahai sedih tengok, badan kurus tk suka sangat makan nasi..lagi2 si abang makan nasi macam orng tua portion banyak..macam tu la abang pi suka makan..teringat masa baya Raiisah nak bagi makan nasi sikit punye bercinta..



 Aloooo sweet sangat cium Afif ni..

Cium cium jugak, tangan laju hinggap kat muka Afif..hahaa..tunggu Afif besor sikit, silap2 dia pulak kerjakan si Mayiesha..hihi

 Mayiesha dengan Afif tahun sama cuba beza 8 bulan je..Mayiesha lahir bulan March, Afif October..

Afif muka pasrah je la ek kena cium..hahaha

Tak cukup korum..abah takde, Affan pon takde, kerja..In Sha Allah tahun depan celebrate birthday Mayiesha dengan atuk..atuk pon tak pernah jumpa Mayiesha dengan Afif lagi ni..Tak sabar nak tunggu atuk balik bulan 5 ni..

piece : kathyjem