Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, July 26, 2016

Brownies Coklat untuk Open House Sekolah Raiisah

Baru sampai office..tadi lari jap pergi ambik brownies..penat memikirkan apa nak bagi untuk Open house sekolah Raiisah besok..nak masak mee goreng, beehun goreng sure ramai parents bawak besok kan..nasib baik kakak kat office aku bagi idea bawak brownies ni ha kalau tak jenuh fikir masak apa malam ni.. Kalau ikutkan balik kerja ni nak singgah Giant cari kuih raya tu je yang paling senang takyah pening fikir masak2..hehe tapi fikir2 dari kuih raya baik la masak kan lagi puas hati nak bagi orang makan sedap2, takpon buat puding ker..budak2 kan suka puding manis2 ni..Last2 oder je brownies coklat settle masalah..hehe

Dalam gambar ni brownies small..kawan office oder..ingat nak ambik small tapi macam tak cukup jer untuk budak2 nak makan..so aku oder yang besar sikit baru RM60, yang small RM40..harga dia dari tahun 2010 macam ni je tau, tak naik2 pon..tempat lain aku rasa tak jumpa brownies besar harga murah macam ni dengan harga barang mahal semuanya pon..bagus akak maintain je harga brownies akak ni..sebab tu dari dulu sampai sekarang kiteorang oder brownies dengan akak ni..

Kasi zoom sikit brownies Jiju's Cakes To Share ni..kat office kalau buat Open house memang kiteorang akan oder brownies akak ni sebab brownies akak ni kalau makan memang kena ambik lebih sebiji sebab rasa dia tersangat sedap, perfecto!!

Dah settle open house raya untuk sekolah Raiisah besok..balik ni nak cari tudung je untuk Raiisah sebab besok Raiisah kena pakai baju raya bersama tudung..cian Raiisah, mummy tak pernah beli tudung untuk awak yer.hihi..ada tudung tapi tudung sekolah la..takkan nak pakai tudung sekolah pulak kan..haha Nak cari tudung instant la senang sarung je besok..Tema untuk besok "Syukur Selalu", amboii siap ada tema budak2 sekarang ni yer..hahaha

Ni pon teacher dia whatsapp budak2 dah excited bincang nak pakai baju apa besok..amboii kemain excited besok ye..hahaha comel je masing2..Raiisah tu faham ke idok kawan dia cakap pasal baju raya nak pakai besok.. >_<

piece : kathyjem

Thursday, July 21, 2016

Selamat Pengantin Baru buat Adik Ipar dan Pasangan

Ahad lepas hari pernikahan adik ipar..Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupon kakak iparnya lambat sampai tak sempat tengok majlis akad nikah di Saujana Impian Golf Club Kajang..hari tu ke Kajang tak pergi sekali dengan Affan..Affan pagi tu dia ada interview kat Bangi balik dari tu dia terus ke Kajang sebab dah dekat nak ke Kajang takkan dia nak patah balik ambik aku pulak kan lagi pon aku dari Sg. Buloh memang nak ambik mak dulu sebab aku dari rumah aku..

Ya ampun jem tak hingat kat Sg. Buloh..Dah sampai Kajang jem pulak kat area Kajang..ni semua kes nak pergi open house la ni..kol 2 lebih dari Sg. Buloh alih2 kol 4.30 sampai Kajang..sampai2 terus makan je tak sempat tengok Pipa nikah..sob sob..

Ni la adik bongsu Affan..Now sekarang ni dia tengah study kat Melbourne..selesai nikah dia terus pulang ke Melbourne..

Raiisah masa ni kemain mood dia nak bergambar..handbag tu lama dah dia tak pakai..masa nak keluar pintu rumah siap mintak nak pakai handbag.. "Mummy nak bag Raicha".. aik pelik ni tiba2 mintak nak pakai handbag..selalu suruh pakai tak nak..dah besar ni jarang bagi dia melaram pakai handbag..tu mintak nak pakai handbag sebab nak letak toys dalam tu..

Sebab dah pakai cantik2 beria la nak melaram dengan handbag..aku suruh dia pakai handbag colour hitam tak nak, nak pakai handbag biru..baju dress ni beli dah lama kat Sogo baru la ni nak pakai..hahaha nasib masa beli tu ambik size besar..boleh simpan lama sikit..aku jarang kan pakaikan Raiisah dress sebab Raiisah ni jenis lasak kalau pakaikan dia dress ke skirt mesti terkangkang sana sini sebab tu aku prefer dia pakai seluar molek sikit nengok..

Gigih mummy ko tengok video kat FB cara2 nak buat rambut style macam ni..hahaha nasib la menjadi walaupon mcm serabai sikit..tu pon jenuh nak ikat rambut dia, sikit2 dok mengaru kepala..

Sampai2 majlis akad nikah dah selesai, maka takde la gambar nikah pipa bersalaman dengan suami..huhuhu takper la takde rezeki nak tengok..kita selfie dengan mak kita jer la..amboiii mak siap makeup lagi..ingat akak aku yang makeupkan rupanya mak aku makeup sendiri..hehehe nampak lain muka mak sebab mak jarang sangat nak makeup2 ni..Flawless muka mak, mak pakai Kaay Cosmetics ekkk..hihihi

Gambar dengan family masa majlis hari tu pon tak sempat nak ambik dengan mak mertua, kak ipar semua tu..biaser la kenduri macam ni memang sibuk..kalau takde siapa nak ingatkan memang takde la gambar family..ni pon aku sempat tarik Affan dengan Raiisah nak bergambar bertiga..pelamin nikah pon dah selesai kemas..hehe tu yang pelamin nampak togel je tu..

Dah pakai cantik2 harus la mak buyung nak melaram..kekeke..eh dalam gambar ni tak nampak pulak perut aku..pandai Affan ambik, bukan selalu dapat angle cantik macam ni kalau dia ambik..selalu kalau dia ambik nampak gemuk la, nampak pendek la, senget la..kalau ikutkan baju ni nak pakai masa first raya hari tu tapi sebabkan baju Raiisah design lebih kurang macam ni dah abis terus tak jadi simpan pakai nikah Pipa..hehehe

Haa jaga2 Mekcha tergolek kat tangga tu kang..jap nak tunggu Ucu, nak ambik gambar dengan Ucu Pipa..

Bersama pengantin baru..Affifah a.k.a Pipa..tak sangka Pipa dah kawen..tup tup dah jadi isteri orang dah..ate dah jodoh datang awal ye Pipa, takper yang penting settle kan benda wajib dulu ye..

Selamat Pengantin Baru buat Pipa dan Iman..Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu..selamat melayari alam berumahtangga..biaser la kalau gaduh2 manjer tu memang akan berlaku yang penting bertolak ansur & komunikasi suami isteri paling utama..apa2 masalah bawak bincang okey jangan simpan2.. ^_^

Ni lagi sorang kalau ambik suka nau buat muka macam tu..sebiji macam Mekcha..

Dapat jugak ambik gambar satu family walaupon dua keping..hehehe..ada la buat kenangan sikit dari takde kan..

Bersama Mak, Umi dan Pak Gafur..Alhamdulillah selesai jugak majlis pernikahan Pipa..lega Umi anak bongsu dia selamat dah nikah.. =) Mekcha awat muka jebek tu..Daddy takde dalam ni sebab dia yang ambik gambor..hehe

piece : kathyjem

Tuesday, July 19, 2016

Raiisah Bertemu Puteri-Puteri Disney

Bestnyaaaaa...hari tu dapat jemputan ke Program Disney Dream Big, Princess Academy iaitu anjuran dari Astro Circle di DoubleTree Hilton..Awal2 dah bagitau Raiisah..Raiisah nanti Raiisah jumpa princess tau..Raiisah : angguk2..hehehe..

Acara ni diadakan bersempena pelancaran Disney Kids Club iaitu sebuah program keahlian eksklusif, kolaborasi bersama Astro Circle untuk pelanggan saluran Disney (Astro CH 615) dan Disney Junior (Astro CH 613) dalam pek astro kids..

Sampai2 program dah start..

Raiisah excited dapat goodies bag, dalam tu macam2 Raiisah dapat, ada crown princess, patung barbie, cd frozen macam2 la..

Actually ni adalah prgoram khas dari Astro Circle dan Disney sempena pelancaran keahlian eksklusif buat pelanggan..Program Disney Dream Big, Princess Academy ni dibuat untuk anak-anak yang hadir pada hari tu untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik..

First karakter disney yang muncul ialah Sofia the First..Raiisah terus berdiri tegak nampak Sofia masuk dalam ballroom..Raiisah : Mummy tu Sofia..yeaaa!!! amboi bertepuk-tepuk tangan nampak Sofia ye..hahaha

Daddy Raiisah pon excited tengok Sofia the First atas stage sampai kembang kempis hidung teruja..hahaha

Sofia siap bagi inspirasi dan tunjuk ajar untuk kanak-kanak yang hadir supaya percaya pada impian mereka dan menonjolkan kreativiti masing2 supaya mereka boleh jadi seorang puteri..bukan kata kanak2 perempuan je, kanak2 lelaki pon Sofia tunjuk kat mereka untuk tampil bergaya dengan tiara dan tongkat ajaib..

Alooo Raiisah terpaksa jenggek kaki, tak nampak ye..hahaha tapi sempat jeling kat siapa la tu..

Dia dok sibuk nak bukak patung princess..Mummy cakap balik nanti la bukak, tu yang muncung sedepa tu tak dapat bukak..

Wahhh karakter disney ke dua muncul, Cinderella..Ko semua kanak2 dalam tu menjerit-jerit nampak Cinderella..aku pon teruja tengok kecantikkan Cinderella..

Bayangkan kalau aku pakai baju Cinderella tu..Pengsan Affan tengok..hahaha

Mummy nak bukak Frozen..balik rumah yer sayang..macam2 dalam goodies bag tu dia dapat mana leh tahan, abis semua nak dibukanya..budakkan mana boleh tunggu, kalo boleh semua benda dia nak main tang tu jugak..sabar2 balik kang main la puas2 ye Mekcha..Nak jadi princess kena dengar cakap mummy..hahaha

Kanak2 yang hadir dapat bergambar dengan Cinderella..Kemain main Raisah siap angkat kain, perasan jadi Cinderella la tu..hahaha

Siap lambai2..orang2 kat bawah stage semua gelak tengok aksi selamba dia..

Raiisah dapat hug dengan Cinderella masa ni tapi sayang aku tak sempat nak snap, dok kalut  sengeh2 Raiisah dapat peluk dengan Cinderella..hahaha

Kemain kawad kaki polis lepas dapat bergambar dengan Cinderella yer..

Suka sangat buat muka macam tu kalau suruh senyum..tu muka happy la tu..lepas tu Raiisah di beri cookies..terkejut tengok boleh colour pakai pen atas cookies tu..boleh makan ke tu?? hehehe

Filla pon ada join sekali event hari tu..dia bawak Aleeysa..Apa tah Raiisah cakap dengan Filla masa ni kemain mulut muncung2....

Raiisah buat muka lagi..hahaha dia kan memang macam tu la setiap kali suruh ambik gambar dan2 muka budjet comel..tengok Aleeysa Raiisah, elok je die senyum pandang mama dia..

Haa ada pon gambar ok dengan Raiisah..Hi princess Raiisah..nampak cookies tu abis dia conteng..mula2 elok lukis smile pastu jadi apa tah..hahaha God job Raiisah.. >_<

Dan akhir sekali Rapunzel dari filem Tangled..cantiknya lahai Rapunzel ni..Rapunzel siap ajar kanak2 yang ada, macam mana nak menghasilkan tanglung..ok lepas ni Raiisah boleh buat tanglung.

Tengah queue nak bergambar dengan Rapunzel..

 Sweet tengok Rapunzel bercakap dengan Raiisah..

.Malu2 pulak Raiisah dengan Rapunzel..

Daddy pulak yang bersemangat buat tanglung...Nak tunjuk bakat terpendam la tu..kekeke

Dah siap tanglung Raiisah..

Laaa tercabut pulak..terus monyok..hahaha daddy pasang tak betul laaa.. =P

Ok daddy pasangkan balik..

Selain Filla, Audrey pon ada jugak..

Tegah queue nak bergambar dengan Sofia pulak..

Matsalleh ni kemain bagi kata2 semangat kat Raiisah suruh beratur..hahaha Raiisah pon beria-ia la angguk menunjukkan dia faham kena beratur.. Tengok Aleeysa dah tak sabar nak bergambar dengan Sofia la tu..Masa mula2 Sofia sampai dia la yang terpaling hepi sekali, Sofia bla terus muka masam..hahaha Comel jer..

Siap high five dengan Sofia..

Siapa yang join jadi ahli Disney Kids Club akan dapat keistimewaan dan kelebihan sepanjang tahun seperti :

-Acara tayangan filem bagi karya Disney terbaharu seperti Finding Dory, The BFG dan Pete’s Dragon

-Pengalaman serta acara bertema istimewa yang eksklusif untuk ahli Disney Kids Club

-Prioriti dalam akses ke sesi ramah mesra eksklusif bersama karakter-karakter Disney

-Barangan keahlian eksklusif termasuklah hadiah harijadi istimewa Disney kepada 50 ahli bertuah yang mendaftar dalam bulan kelahiran mereka di laman sesawang

-Buletin bulanan yang padat dengan berita menarik serta info berkenaan aktiviti akan datang

Raiisah dapat sijil kedatangan..bila naik atas stage mesti nak lambai2 ye Raiisah..hahaha seronok sangat 3 kali naik stage..Anak2 je boleh naik, mak bapak sila tunggu di bawah yer..hihi

Cepat Raiisah, Aleeysa tak sabar nak bergambar denga Sofia tu..lama sangat Raiisah atas stage..

Raiisah bersama YY..YY ni manager Filla..manja sangat Raiisah dengan YY..Rajin YY melayan Raiisah..Raiisah kalau orang layan dia memang dia suka..nak nak berdukung macam tu memang tak nak turun la..

Thank you Daddy teman mummy event pagi tu..

Raiisah dan Fiona..masa ni Raiisah ternampak swimming pool kat luar tu, tu yang muka macam cuka nak berswimming..

Kami yang sangat enjoy bawa anak2 join program Disney Dream Big, Princess Academy..macam2 pengalaman dan aktiviti kami lakukan bersama anak2..

Bertambah lagi koleksi mainan Raiisah..Thank you Disney Kids Club.. ^_^

So siapa nak join anak2 untuk jadi Disney Kids Club boleh daftar melalui Astro Circle di laman web
https://www.astro.com.my/astrocircle/disneykidsclub dan FB Astro Circle https://www.facebook.com/astrocirclemy/ ataupun Instagram mereka @astrocircle 

piece : kathyjem