Klik Yer!! Mekasih...

Friday, January 20, 2017

RIndu Semuanya

Halu halu halu..weekend hari tu balik rumah..punye lama tak balik rumah..eh ada balik tapi sekejap2 je la..since dah ada anak dua ni memang jarang dah balik rumah sendiri..menetap terus rumah mak..kalau balik rumah pon daddy dia je la balik tengok rumah..daddy Raiisah pon dah kerja nun jauh di sana..

Hari tu daddy dia balik rumah sekejap sekali lupa nak buang sampah..kang berulat pulak satu rumah..dah alang2 aku kena balik rumah, kemas la baju2, buang habuk2..bawak sikit baju kerja..eh bukan sikit, semua aku bawak..hahaha pastu padan muka badan sakit2 angkat berat2..bising daddy dia..dah tau macam tu pegi angkat buat apa kan, merasa la ko badan sakit..

Semua baju kerja kat rumah tu semua nak pakai tau..hahaha busan pegi kerja asyik pakai baju sama je..seronok tengok baju2 kerja semua dah boleh sarung tapi seluar kerja ada gak yang tak boleh pakai lagi..uwaaa kena gigih lebih sikit ni buang lemak kat perut..al maklum lemak yang duduk kat perut tu bertapa selama 9 bulan, agak payah sikit la nak nyah dia dari situ..takper2 sikit je la lemak tu akan di hapuskan..tunggu ko lemak dan tunggu ko seluar kerja, akan ku sarung ko tidak lama lagi..hahaha

Mekcha teman mummy balik rumah..mekcha pon dah lama tak balik rumah yer..siap rindu2 bau rumah..rindu daddy dia siap pakai spek mata daddy..tu jambul Superman ke tu?

Sebelum balik rumah singgah beli barang..sempat pow mummy beli toys..dari hari tu mintak mummy nak toys nak toysss..nah ambik mummy lanje toys dua hengget..hahaha tunggu mummy dapat gaji ye sayang, nanti mummy lanje toys yang Raiisah nak tu okey..kemain jari di dagu, pilih mainan macam pilih emas..pastu rambang mata, semua nak..

Nasib tak beli banyak barang kalau tak jenuh nak bawak balik, dah la sekarang ni beg plastik pon kena bayor 20sen..

Kemas kemas..eh terjumpa pulak baju2 masa pegi Tokyo..uwaaa rindunya nak travel..rindunya bau air laut. rindunya nak pergi negara sejuk...takper tunggu Afif besor sikit nanti kita pegi holiday okey..

Sampai berabuk2 kasut Raiisah..konon nak simpan bagi adik dia, sekali adik Raiisah keluar boiboi la..hahaha..anak pompuan kan seronok la menyoping..masa Raiisah baby, aku memang giler beli kasut dengan baju..ingat kasut2 Raiisah ni nak preloved nak let go tapi memikirkan macam sayangnyaaa nak jual..so aku bagi anak buah aku..kalau akak aku tak nak baru aku jual korang okey..eh..hehehe..

Belum baju lagi..korang nak tak kalau aku preloved baju Raiisah??

piece : kathyjem

Wednesday, January 18, 2017

Keselesaan Tidur Malam…Dengan Dreamland Chiro Latex Gel

Yaa ampunn sejak ada tilam baru ni tidur asyik terlajak jer..sedar2 subah dah terlajak..sedar2 anak dah tertidur hujung kaki..memang mudah betul bisikan syaitan kat telinga ni suruh tidur atas tilam baru ni lama2..astaghfirullah al azeemmm astaghfirullah..jangan macam tu kathy jangannn..hahaha

Memang dah lama sebenarnya nak tukar tilam ni..Bergoogle bagai nak cari tilam terbaik untuk tulang belakang ni..sejak2 ni asyik krem je kat belakang badan..maklum la faktor umur yang makin tua ni banyak betul urat tulang lari sana sini..Menyusukan Afif pon boleh buat urat tulang lari jugak tau..hahaha ok tipu.. >_<

Google punye goole so aku decided pilih tilam jenama Dreamland sebab majoriti kat Malaysia kata tilam Dreamland paling bagus untuk support tulang belakang dan memberi keselesaan semasa tidur..So aku pilih tilam Chiro Latex / Gel..amboii kemain posing maut atas tilam baru ye kakak..kekeke


Tilam Chiro Latex / Gel ni memberikan keselesaan dan menyediakan sokongan belakang yang lebih baik.. Sistem spring maju yang direka oleh LEGGETT & PLATT USA iaitu satu-satunya sistem spring yang mempunyai bentuk unik seperti 'hidraulik' dan spring yang dilingkar lebih rapat di zon tengah.

Satu-satunya tilam yang direka bentuk spring yang benar-benar menyokong belakang..Seluruh unit spring diperbuat daripada seutas dawai.

Keseluruhan sistem spring dibaja dengan haba agar lebih teguh dan bertahan lebih. Lingkaran heliks dari kepala hingga ke hujung kaki untuk meminimumkan gangguan pasangan. 49% lebih banyak lingkaran di zon tengah untuk sokongan tulang belakang tambahan yang memberi keselesaan dan ketahanan yang lebih tinggi.

Membolehkan tidur dengan lena sambil menjaga belakang. Bahan yang digunakan 100% getah asli yang mempunyai gel-infused memory foam untuk menyejukkan, melegakan tekanan semasa tidur..Cuaca kat Malaysia ni kan panas so kalau guna tilam Chiro Latex / Gel ni memang sesuai sangat la guna..

Tilam Dreamland ni mempunyai faedah-faedah sistem spring miracoil..Spring dari sisi ke sisi mengagihkan berat badan secara efisien yang mencegah keadaan tergumpal dan meminimumkan gangguan pasangan..Sokongan tulang belakang di zon tengah menjajarkan tulang belakang dan melegakan ketegangan di titik-titik tekanan.

Sesuai untuk penjagaan tulang belakang dan bagi mereka yang mengalami sakit pinggang. Dengan adanya kusyen busa berdensiti tinggi untuk keselesaan dan sokongan belakang.

Mekcha ni pulak yang over dok melompat-lompat atas tilam baru mummy ni..sepatutnya mummy yang melompat macam tu..eh! hahaha

Raiisah..mummy nak habaq ni kita kalau nak pilih tilam ni sangat penting sebab tilam mempengaruhi mood kita, tidur kita.. Bayangkan tilam jenis keras, pastu tidur tenggelam timbul tenggelam timbul..agak2 bangun pagi mood kita tu macam mana? mesti tak bestkan..pastu badan lenguh2 sakit belakang, kekejangan, gelisah masa tidur..sebab tu mummy kata pemilihan tilam sangat penting..takper biar kita melabur lebih sikit janji kesihatan dalaman terjaga..

Terus feeling2 rasa tidur atas tilam hotel mahal..hahaha

 Afif dan Raiisah..buah hati mummy..

Suka ye adik mummy beli tilam baru..lepas ni kurang la sakit belakang mummy nak angkat adik masa adik menyusu..

Siap ada warranty card 10 tahun..kalau ada problem tilam yang kita beli ni dalam tempoh tersebut boleh bawa card ni sebagai rujukan dan bukti pembelian..

Sampai Afif pon tak nak bangun dari katil ye dik..hahaha Berjam2 dia tidur atas tilam sedap ni..

Siapa yang nak beli tilam Dreamland ni sangat2 recommend..lagi satu nak share tips ni..kebanyakkan orang yang beli tilam ni akan tekan2 untuk rasa tilam lembut ke keras kan..sebenarnya cara macam tu salah..apa yang perlu korang buat ialah baring atas katil tu dengan pasangan sebabnya kat situ la baru kita tau dan rasa feeling sebenar dan balancing tilam tu.. alaa takyah malu la dengan orang kedai situ sebab tilam kita nak guna lama bukan setahun bukan dua tahun..

Mana yang nak beli tilam Dreamland ni korang boleh check kat sini www.facebook.com/DreamlandMalaysia atau kalau nak tau lebih bolehlah layari website Dreamland di sini http://www.dreamland.com.my/ dan visit YouTube channel mereka di sini https://www.youtube.com/user/DreamlandMalaysia


piece : kathyjem

Monday, January 16, 2017

Risau Kulit Muka Makin Kedut

Dulu masa umur 20an tak fokus sangat bab2 jaga kulit muka ni..pakai produk muka pon asal ada je..yerla dulu asyik fikir pasal fashionista je memanjang. kejap kang beli kasut baru, kejap nak beli baju baru beg baru..bab penjagaan muka ni gitew2 je la ambil tahu..tapi bila dah masuk 30 siri ni no no no tak boleh kelakuan macam itu..lagi2 bila dah kawen dengan anak kecilnya lagi, dengan sibuk kerjanya lagi..kalau tak dijaga dari sekarang alamatnya kulit akan makin kedut seribu bahasa, makin kusam, jeragat akan timbul sikit2..kesihatan wanita tidak akan sama seperti zaman remaja 20an ye. Potongan badan pon banyak dah lari, tak sama macam zaman anak dara, tambah yang dah ada 5 6 orang..hehehe

Sekarang ni banyak kita dengar dan lihat produk2 anti-penuaan yang berada dipasaran..aku ada try produk Olay Miracle Duo dalam previous post..memang sesuai la produk ni untuk 30 siri macam aku ni..nak bagi kurang garis2 halus manja kat muka ni..

Dulu pipi pau sekarang pipi layut..hehehe

Kedut bawah mata ni paling ketara sekali dengan eyebag nye..tido sekarang pon asyik tak lena jer..eyebag pon makin menjadi2 la seronok keluar bawah mata..

Olay Miracle Duo ni kalau kita pakai kedua-dua products ni secara konsisten In Sha Allah akan nampak perubahan pada muka.. Kenapa dipanggil Miracle Duo? Sebabkan kena guna pairing essence dengan krim siang untuk day dan essence dengan krim malam untuk night.

Ok mari aku explain lagi sekali cara guna dia just tekan kat bahagian penutup and picit serum Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence pada muka..

Letak kat pipi, dahi & dagu..apply sikit je and ratakan ke seluruh muka..suka bau serum Olay ni, bau dia tak kuat sangat..Paling best dia menyerap cepat ke dalam kulit muka tanpa tunggu lama2..

Kelebihan Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence ni ialah tidak berminyak, menyerap masuk ke dalam kulit muka..Direka khusus untuk memberikan kelembapan kulit dan dapat membantu mengurangkan kedutan dan garis2 halus serta menghaluskan tekstur kulit..Selepas pakai kulit muka akan jadi lebih cerah dan berseri2..

Lepas dah pakai Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence boleh terus apply Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream..

Seelok-eloknya pakai dua kali sehari dengan Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream. So satu siang dan satu malam.. Dua dua Micro-Sculpting Cream ni best bila pakai tak melekit dan tak berminyak sangat..

Cara pakai pon sama macam serum, just calit2 kat pipi, dagu, dahi dan leher..leher jangan dilupa sesekali..kang asyik pakai kat muka je leher lupa, leher pulak yang kedut seribu bahasa..hihi

Wajib pakai Olay Miracle Duo ni siang dan malam..

Bila waktu malam sebelum tidur letak Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream..Night Cream ni akan buat kulit kita jadi lebih muda dan melembapkan kulit muka sepanjang malam, ketika tidur..Dengan kelembapan terjaga, kulit akan kelihatan cerah, berseri dan menawan gitew..

Dengan formula khas korang akan nampak perubahan pada wajah selepas 2 minggu menggunakan Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream ni..

Cara pakai..ambik sedikit guna hujung jari dan ratakan pada wajah dan leher..sambil ratakan kat muka, gerakan jari tu urut2 la sikit bahagian dagu, pipi dan dahi..Nak dapat result cepat kena guna setiap malam dan korang pasti akan lihat garis2 halus kat muka akan kurang..dalam hati berkata-kata "Eh eh kedut2 kat muka makin kurang la"...perasaan macam mana??!! ofcoz la happykan muka nampak muda dari usia.. =)

Lepas pakai kulit muka beransur lembut, cerah dan berseri..suka ke tak?? mesti la sukaaaaaaa..So siapa yang belum cuba produk Olay Miracle Duo ni masih belum terlambat untuk cuba produk best ni..Jangan risau Olay Miracle Duo ni boleh diguna untuk semua jenis kulit..

**Pandanglah diri anda dari sekarang dan bayangkan 10 tahun akan datang tanpa berbuat apa2 pada kulit muka anda..seram kan seramkan..hahaha apa lagi pergi beli kat pasaraya berdekatan dengan rumah korang cepat..

For more info, website sini ye https://www.everydayme.com.my/olay

piece : kathyjem

Wednesday, January 11, 2017

KAAY Nak Keluarkan Lipstick??

Haluuuu! Buat apa tu..nak bagitau korang ni..new baby KAAY akan keluar tak lama lagi..dah lama teringin nak keluarkan lipstick brand sendiri..Dapat jugak terlaksana akhirnya walaupon ambik makan masa sikit..yerla nak keluarkan produk yang memenuhi hati pengguna rakyat Malaysia ni kena banyak bersabar sikit..eh bukan sikit banyakkk..hahaha

Walaupon macam2 brand lipstick yang ada di pasaran sekarang ni tak mungkin lipstick KAAY sama dengan brand2 yang ada di pasaran..eh eh eh..belum apa2 lagi nak angkat bakul sendiri nampak..mehehe

Ingat nak keluarkan satu produk tu senang..cakap hari ni esok tup dah siap..bukan bukan bukan..Kena fikir ingredients apa paling bagus untuk bibir..packaging macam mana nk bentuk..e-flyers macam nak design..berapa stok nak kena oder..eh macam2 la nak kena ambik kira..tak boleh hentam je..kang hentam je barang yang keluar pon jadi hentam saje la labu..apa ko merepek ni kak.....! Macam ni la update tengah malam bila anak dah tido.. =P

Sebab ramai tanya KAAY tak nak keluarkan lipstick ke kak..nah awak! akak dah keluar ni korang wajib beli tau..hahaha Kalau korang tak nak beli nangis akak tepi pintu toilet sebab hari tu cakap suruh keluarkan lipstick..hehe

Apa macam ada berani pakai colour macam ni..jenis malas nak make up tapi nak nampak muka macam ada make up berseri2 di pagi hari gitew, boleh apply colour kita pakai ni..Eh nanti la tunggu kita launch baru syok cerita lebih sikit..

Kita tau ramai suka colour natural macam ni kan..tak terlalu pink sangat..pink pink manjer gitchuuu..

Sikit je lagi..In Sha Allah dalam Januari ni lipstick KAAY akan siap..Tak sabar nak share dengan korang..lepas korang pakai ni sure korang akan senyum sampai ke lubang telinga..tak caya tungguuuu...^__^

Oh lupa, satu lagi KAAY akan keluarkan satu lagi produk baru! produk apa?? Produk yang akan di launch bersama lipstick..so tungguuuuuu manjer2 ku..

piece : kathyjem

Tuesday, January 10, 2017

Afif 2 Bulan

Halo semua..sejak Afif ada ni dah jarang cerita pasal Mekcha..kalau tak dulu muka Mekcha je penuh dalam blog mummy..sekarang tahta tu jatuh pada adik..hahaha..kalau kat IG mummy muka adik je penuh..lepas ni muka adik pulak penuh dalam blog mummy..kakak pon ada jugak mana boleh adik je kakak pon kena ada jugak..sentap kakak nanti..dah la kakak sekarang ni kaki menyentap..jeles kuat..pantang kita bagi attention lebih sikit dekat adik ada je aksi dia nak bagi perhatian dekat dia..

Mummy nk story pasal adik..nanti adik dah besor tengok macam mana aksi adik masa baby..silap2 adik tersimpul malu tengok mummy cerita pasal adik dalam blog..hahaha tu pon kalau mummy tak pencen dari dunia blog..


Dah 2 bulan dah Afif..nampak lain sikit muka dia..ada iras2 mummy dah tengok..kalau tak semua cakap muka daddy..tak nak la muka daddy, muka mummy la..anak boy kena ikut muka mummy baru la sejuk mata memandang..


Sekarang ni Afif dah tak banyak meragam..tido malam pon lena je, bangun pon sekali dua untuk menyusu..pastu tido nyenyak..kalau tak dalam pantang ya ampunnn tak dan mummy nak lelap susu memajang..lepas susu berak,lepas berak nak susu..gitu la ngulang 24 jam..

Dah besar sikit lain pulak pe'el nya..Selalu subuh mesti dia akan bangun mintak susu..Sekarang ni mummy nak pergi kerja tak payah kunci jam , bunyi Afif mintak susu pon dah buat mummy melompat atas katil..hahah..Afif ni nampak macam cool je kan sekali dia jerit bergegar satu rumah..ececece cool ke dik?? haha Harap2 sampai besor adik jadi cool macam mummy ek.. Eh! hahaha


Adik, mummy tengok muka adik masa ni macam Fattah Amin versi baby la dik..hahaha

Afif :Apa mummy ni Fattah Patah Amin ni..Mummy angau kat Fattah Amin ekkk..
Mummy : Eh tak la mummy suka je tengok muka dia..hensemkan dik..

hahaha berangan terlebih la mummy ni.. =P

Hohoho..air liur Afif pon dah start leleh leleh..abis la rambut mummyyyyy..kena potong ni.. rambut pendek kurang sikit gugur.. "Daddy apa lagi potongkan rambut mummy pleaseee".. nak pegi saloon takda masa..lagi pon jimat duit kalau daddy potong rambut mummy..tak kisah la senget pon senget..pakai tudungkan..apa ada hal..

 Hidung, mulut sebiji ikut mummy..haaa dengan dahi jendul pon ikut mummy sekali..anak2 mummy dahi jendul semua ikut mummy..napa tak ikut dahi daddy?? dahi daddy kan tak jendul tau..hahaha Dik jari tu tahiyat akhir ke dik??

Eh awat masa ni nampak macam daddy pulak..eh takde takde muka mummy la..hahaha Masa ni baru lepas inject 2 bulan..suka la pergi klinik kesihatan dekat area rumah mak ni..nurse2 kat situ semua baik dan ramah..sampai Afif seronok berborak dengan nurse kat situ..siap keluar suara "Hi" lagi kat nurse..masa tu nurse tengah berborak dengan aku..Si Afif "Aauww oooo auww ooo" sambil pandang nurse..nurse pon syok layan Afif..Sampai nurse tu cakap nanti Afif dah besar jadi doktor ye..

Suka ye Afif, dia tak tau kejap lagi peha ayam goreng berlada dia tu nak kena cucuk..Lepas cucuk apa lagi melalak sampai tak keluar suara..mujur lepas cucuk tu dia tak demam..

Berat dia pon dah 5.2 kg..tak naik banyak nurse cakap..hari tu masa umur sebulan berat dia 4.9 kg..tkper lepas ni mummy sumbat susu banyak2..hahaha tapi nurse cakap budak menyusu badan ibu ni berat badan memang tak naik banyak..

Tu port kakak tu..Selalu adik tumpang seminit dua tak kasi chan langsung adik dia duduk tempat dia..kalau dia nampak siap la jeritan batinku akan kedengaran..jenuh cakap..kakak kena kongsi barang dengan adik, takmo kedekuit dengan adik naaa..

 Nampak nampak..masa ni aku masuk bilik kejap je nak ambik phone..sekali tu dia letak bekas lampu atas kepala adik..urut dada aku nengoknya..tak sampai berapa saat aku tinggalkan adik dengan dia, dah di buli adik dia macam ni..kalau tinggal lama sikit aku rasa adik jadi lampu biru ada mentol dik..cian adik terkial-kial mencari jalan keluar..hahaha sabar banyak2 ye dik..nasib la adikkk dapat kakak pembuli macam ni..nanti mummy bagi nasihat lagi dekat kakak..

Setiap pagi nak pergi kerja ni la muka yang aku akan tatap sebelum start enjin kereta menuju ke tempat kerja..kadang tu dia punya sengeh selebar macam ni terus rasa macam nak tido sebelah la tarik selimut..tak jadi pergi kerja la, esok je la pergi kerja..hahaha

Ramai cakap muka Afif macam Raiisah..ermmm yeker ada sama ker..tang mata je kot..hidung adik kecik sikit..kalau hidung kakak kembang macam daddy..hahaha Lagi satu kulit lain sesangat..Sorang dark chocolate, sorang lagi white chocolate..adik ni kalau tak white chocolate gak tapi kena kuning tinggi terus kulit bertukar dark chocolate..hahaha

piece : kathyjem

Monday, January 9, 2017

Dolly Dim Sum dengan Manjers

Hi semua..Jap kan dah hari isnin, tau2 kang dah Jumaat..Tengah rajin ni marilah update entry yang tertunggak ni..

Masa dalam pantang memang tak sabar nak jumpa manjer..dalam kepala macam2 dah list nak makan apa..Yana dengan Eira ikut je aku nak makan apa..kasi chan orang abis pantang mengidam makan katanya..So aku decided nak makan dim sum..punye lama dok teringin nak makan Dolly Dim Sum kat Avenue K ni, dapat gak..eh kat Nu Sentral pon ada gak Dolly Dim Sum ni tapi kiteorang pilih Avenue K sebab senang Eira nak balik..dia tak bawak kereta hari tu naik uber sebab Ciput pakai kereta makanya kiteorang harus la jumpa di KeyEL..gitew ejaan dia..

Dua kesayangan ni mana boleh sebulan tak jumpa..wajib jumpa walapon sekejap 10 minit.. boleh mimpi 7 hari 6 malam wooo kalau tak jumpa manjers ni..hahaha

Hari tu kan Yana pegi Langkawi..dia boleh lupa bawa cokelat Eira pesankan..so nak tebus balik keterlupaan maka Yana beli la cokelat di KLCC supaya Eira tidak merajuk dengan keterlupaannya itu..wow ayat apakah ini..macam tak kena je..

 Buat2 teruja..kakaka Eh manjer lupa nak rasa cokelat Yana bagi tu..sedap ke tak?? harus la sedap Yana kot beli.. =P

Sampai2 terus tanya Eira dengan Yana..manjer sesuai tak aku pakai tudung macam gini? sesuai tak contact lenses colour macam gini? nampak garang tak?? hahaha macam2 la tanya..terus dorang sound kata tak sesuai pakai tudung style macam ni..nampak cikgu2 tahun 80an gitew..hahaha Terus macam nak lari pergi toliet betulkan..dah la eyeshadow tersilap letak colour..patut contact lenses colour macam tu kena pakai eyeshadow colour gelap baru kena..ni nampak macam hantu pon ada aku nengok..tak kena kan..

Serius weii pantang 44 hari terus lupa macam mana nak pakai make up, lagi2 tang lukis kening..aku rasa kening aku tah macam apa tah bentuknya..masa nak keluar rumah rasa macam payah benor nak makeup..tangan sampai gigil2 nak pakai eyeliner dengan lukis kening..hahaha

So apa lagi sesi meng-tick menu2 yang best dan terpaling sedap..kiteorang ambik ni semua recommend dari staff kat Dolly Dim Sum ni..dia kata menu yang dia recommend ni semua paling ramai orang suka..

Tersesat makanan mexico kat sini..Dalam restoran Dolly Dim Sum ni terdapat restoran Fresca Mexican Kitchen & Bar..sebelah jer..sedap roti Yana oder ni, ala2 kebab..

So kalau korang datang sini tunjuk je gambar dalam blog aku ni..tak pon korang tanya staff situ mana makanan paling ramai orang oder..nanti dia tick kan la..

Nama makanan ni semua jangan dia tanya aku lupa..hahaha

Chee chow fun ni wajib korang oder..dalam dia ada udang..dap sangatttt!!! arhhh rasa macam nak makan lagi kat sini..kalau nak ajak Affan memang tak la mamat tu nak makan..orang laki kan kureng sikit makan benda2 macam ni..

 Nasi goreng dia pon sodap!!! Aku dengan Yana makan satu mangkuk, selebihnya Eira abiskan..minah tu makan kuat badan cekeding je..jeles aku nengok nye..

Bila dah ngap satu2 dalam mulut baru perasan banyak oder udang ghupernye..kekeke..

Ranggup di luar lembut di dalam..

Paling2 banyak makanan ni paling ku suka.. Egg Custard Bun..

Lembut je bila gigit..

 Masing2 tengah menikmati laaa sangat...hahaha

Gambar bertiga wajib..

Ramai cakap dah kurus..hakikatnya masih lagi berisi ye adik2 akak2 sekalian..ni pon Yana ambik sudut macam ni..nampak la kurus sikit..sikit je tak banyak..hahaha Berat masa ni 59 kg..kena turun sampai 54 kg baru sesuai dengan ketinggian..

Macam berjanji je Eira dengan Yana pakai baju macam ni..aku je sesat pakai baju macam nak pergi office..

Sudah kenyang..lepak pon dah makan pon dah cit chat pon dah..semua dah la..apa lagi cari port menternak ladang pulak..kekeke

 Selesai menternak, cari port mengopi pulak..ni pekara wajib..

Eira kan tengah mengila tengok cerita Korea..lipstik pon nak beli ala2 Korea gak..hahaha Beli dekat Maybelline , murah katanya..ada dua tone colour.. cantik sangat, colour dia natural je..

Pompuan anak dah 3 tapi badan macam anak dara..Eira tukar kaki boleh..ko ambik kaki aku, aku ambik kaki ko..hahaha jeles okey!

Ootd Yana pada hari itu..kita berdua je tak dapat kembali bentuk badan masa zaman anak dara kan manjer..hahaha setiap kali jumpa Eira, setiap kali tu la aku dengan Yana berazam nak bentuk badan macam Eira..hahaha

Dah tak tau nak posing macam mana dah..tapi nak ambik gambar ke 180 juta kali..nasib Eira dengan Yana dah faham perangai aku yang sengal..dorang layankan je..haha Maklum la ibu baru lepas abis pantang memang cam gini peghak sikit..
Handbag pon nak sama2..

Pulang ke pangkal jalan..ok tu je..nak sambung buai Afif.. bangun pulak dia..buibui..

piece : kathyjem