Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, December 26, 2017

Pancake Mudah dan Sedap untuk Mekcha

Hari tu cuti 3 hari jaga Mekcha dengan si adik..Mak dengan Abah pegi honeymoon..hahaha tak la, abah dapat jemputan percutian ke Perak bersama Seniman Veteran..alang2 tu abah bawak Mak sekali bercuti..so nak tak nak terpaksa aku cuti untuk jaga anak..kasi can la mak dengan abah berhoneymoon..nasib baik la hujung2 tahun kerja dah tak banyak..

Seronok betul 3 hari golek2 dengan anak..Celik mata sampai nak tidur dok tengok dorang depan mata..selalu  rasa time macam ni hari weekend jer..best betul..rasa nak berhenti kerja jaga anak terus..hahaha

Balik dari hantar abah kat Finas hari tu terus beli barang dapur..topup barang dapur yang dah takde..

Sebabkan Raiisah suka makan pancake maka beli la instant pancake..nak sukat2 berapa kilo tepung nak bancuh tak reti..senang beli yang dah siap semua bahan cuma tambah air ngan telur jer..kalau nenek ada takde instant2 ni yer..hahaha

Dari dulu suka brand Nona ni memang rasa pon sumpah memang sedap..see kat belakang kotak dah siap bagitau cara2 nak bancuh..ada lebihan boleh simpan dalam peti ais..seminggu gak boleh tahan..

Senang sangat korang takyah pening just tambah sebiji telur, minyak masak, air masak atau susu..takde susu full cream air masak jer pon dah sedap..

Tengah syok ambik gambar Mekcha bangun pulak..Mummy mummy saya nak buat pancake..

Campur ke semua bahan sekali gaul sampai sebati..kena cair baru pancake tu gebu nanti..

Tadaaa siap dah..bancuh tak sampai 5 minit, masak pon tak sampai 5 minit..senang sangat awak..sesuai untuk mak mak yang nak cepat sepantas kilat dan pemalas macam kita ni..hahaha

3 keping abis Mekcha telan..dia nak kosong je pancake tu, tak nak letak apa2..

Adik rileks je letak peanut ke jem ke dia telan jer..bagi batu kayu pon dia boleh telan..🤣

Ok tu je saje nak share hari weekdays selama 3 hari menjadi bibik..hihihi

piece : kathyjem

1 comment:

FadMN said...

FAD

hihihi..saya pun mak yang pemalas .kalau dpt instant ni,heavennnn