Klik Yer!! Mekasih...

Friday, September 1, 2017

Merdeka dan Hari Raya Haji

Assalamualaikum...Selamat Hari Raya Aidiladha..korang pergi mana beraya tu?? mesti baru lepas tumbang lembu kambing kan..mesti penatkan..mesti tengah tidurkan..Kathy pergi beraya di mana?? tak pergi beraya mana pon. hari ni duduk di rumah sajer..beraya kat rumah je awak..Affan kerja, semalam pon dia kerja gak. tak dapat cuti..tu yang tak pergi mana2 tu..

Pagi tadi Raiisah lepas mandikan terus tunjuk baju cantik, nak pakai pagi raya..Adik pakai t-shirt je la dik..kasi chan la kakak nak melaram hari raya ni walaupon dok rumah je..

Gambar mummy mana?? takyah la gambar mummy..mummy masham tak mandi lagi..hahaha tak koser la nak pakai baju raya, mood raya ke laut..lagi pon Affan takde nak melaram cantik malas..hahaha alasan sangat..

Jap-jap nak bagi pantun empat kerat dulu..

Lari-lari termasuk paya
Luka teruk sampai ke peha
Kita nak bagi ucapan raya
Senyum mesra salam aidiladha 

Selamat Hari Raya Aidiladha dari Raiisah dan Afif..Eh mummy dengan Daddy sekali bagi uacap..

Mak kata wajib ada rendang dengan nasi impit kalau tak, tak rasa macam raya..tak masak banyak pon sebab Abah ada tahun ni..Kalau Abah ada ermmm macam2 la makanan dari Masjid Abah bawak balik rumah..Sup daging ada, kuah kacang ada, nasi lemak, kuih muih macam2 la..meriah dah kat rumah ni macam2 makanan Abah bawak..Alhamdulillah rezeki Allah beri..

Alhamdulillah semalam negara kita Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 60 tahun..Semoga kita dapat merasai nikmat, kebebasaan, ketenteraman dan hidup secara harmoni..Bangun pagi dapat hirup udara segar dengan damai adalah sesuatu yang patut kita hargai kan..Dan kita sebagai rakyat Malaysia kena ada sifat menghormati orang lain, tak pentingkan diri sendiri, sentiasa bertolak ansur, bantu-membantu..so jika kita tanam sifat2 ni dalam diri kita In Sha Allah keharmonian negara kita terjaga dan rakyat hidup dengan makmur..giteww copypaste dialog PM..mehehehe

Dah akhir sekali Salam Aidiladha..Ok sambung makan ayam rendang dengan nasi impat..pastu nak hirup sup daging pulak..bye!

piece : kathyjem

No comments: