Klik Yer!! Mekasih...

Sunday, August 27, 2017

Little Caliphs Sports Day 2017

Movie Korea Mekcha kembali lagi..sambungan movie tahun lepas..ingat dah masuk 5thn takde drama2 dah rupanya ada jugak..💆🏻

Mummy dah agak mesti Raiisah tak nak la jugak..Malam sebelum tu kemain semangat tunjuk baju biru, tak sabar nak lari kata dia..Bila sampai hari kemuncak nya punah harapan mummy bila kakak kata tak nak...mummy nak tunggu Kakak berlari je kakak..why Kakak whyy! tahun lepas drama macam ni tahun ni pon drama lagi..🤦🏻♀️

Pagi tu lambat sampai, hujan lebat pagi tu dengan daddy nye demam..Afif pon tak bawak tinggal dengan nenek..Mak tak bagi bawak takut demam lagi, baru elok demam hari tu..Mujur dewan sukan dekat dengan rumah..Tapi tak sempat nak tengok Raiisah perbarisan..Sampai2 acara dah start..

Dari mula sampai asyik tunjuk nak bag biru tu..

Masa ni baru sampai..ada dua team je, biru dan hijau..

Kalau ikutkan sports day Little Caliphs (LC) Tasik Biru ni sebelum puasa tapi ada masalah yang tak dapat dielakkan maka pihak sklh tunda ke hari ni..rasanya LC branch lain dah buat kot sports day..

Dari mula sampai muka monyok tak nak  buat apa2 padahal malam sebelum tu dia  yang beria-ia..jenuh le mummy pujuk macam2 ayat manja mummy gunakan..ermmm tak jalan..setiap kali mummy cakap geleng2 kepala tak nak..

Kawan Raiisah siap tunjuk muka senyum lagi kat dia..Siapa tanya, Raiisah kenapa ni?!! alooo suwet kawan tanya macam tu..

 Team biru, tema kehidupan laut..

Kakak tengok kawan2 kakak semua happy, pegi la join dengan kawan2 kakak..tak nak jugak..😑 Nak kata perut lapor dah breakfast..apa lagi yang tak kena ni..mummy syak kakak tak suka orang ramai ek..

Baik sangat ni brother pujuk kakak..kawan2 lelaki Raiisah paggil brother, tak panggil nama..hahaha kakak kawasan sangat ni panggil brother..

Ok adik2 5thn beraksi..masa beratur ni Raiisah ok..bila teacher dia jerit suruh berlari terus muka cuak patah balik..

  Ok Raiisah go lari..

 Pulak dah teriak kat tengah2 tu..

 Teacher paksa dia lari tak nak jugak..

 Berlalu pergi diiringi dengan tangisan..

Kakak tahun ni mummy maafkan lagi tau, tahun depan kakak macam ni no kephci, no toys, no ipad, no kartun, no no no no..nampak mummy geram sangat ni..hahaha tiba2 terungkit pasal toys pulak..🤣 

Ngada sangat ni apa pasaiii..tecer bagitau masa latihan elok berlari tak pijak tanah..bila betul2 hari sukan datang perangai mengada dia pulak..

Dah satu hal teacher nak pujuk dia..

Mummy rasa awak ni tak boleh tengok orang ramai la..tengok orang ramai bising2 terus bertukar 90darjah..

Dengan budak drama Korea terbitan Astro..😂

Atuk pon ada datang support Raiisah..gelak2 atuk tengok Raiisah menangis tak nak lari..Atuk cakap mummy masa kecik aktif, sukan apa semua masuk tak takut..sampai masuk pertandingan pakaian tercantik pon boleh menang dapat nombor satu, pakai pakaian Hawaii masa tu..siap gelek2 depan penonton lagi..masa tu aku 5 tahun..hahaha mengimbau betul..

Kreatif mak adik ni..nampak kemas je walaupon guna suratkhabar..kalau Raiisah berani macam adik ni dah lama dah aku join..mummy buat baju ala2 princess Elsa frozen guna surat khabar..gitewww imaginasi mummy..😜

 Comel2 belaka..

 Acara bapak pulak..

Budak manja dengan atuk..mau tak 
manja, dari masa pantang sampai dah besar ni atuk jaga dia..

Last sekali penyampaian hadiah dari Pengetua sekolah..

 Ni pon yang dia tunggu2..

Dapat benda yang dia nak baru la muka tersenyum lebar..

Dah abis acara baru nampak muka tu ceria..kalau tak muka monyok je..

Ramai tanya kenapa Raiisah potong rambut? Raiisah kan ada ekzema..hari tu tersilap makan ekzema serang satu badan..paling teruk kat leher..abis dia garu2 sampai berdarah..sampai seminggu tak pergi sekolah..sudahnya daddy dia bawak pergi kedai rambut potong pendek terus..kurang ekzema tu..

Ni first time Raiisah potong rambut pendek macam ni..sayang memang sayang la tapi demi kesihatan Raiisah mummy terpaksa korban jugak rambut kakak yang panjang tu..alaaa takyah risau la esok2 panjang la tu rambut nye..Raiisah rambut dia cepat panjang dan lebat..😊 ok sejukkan hati mummy..😅

piece : kathyjem

1 comment:

Eileqa said...

raisah pakai cream ape utk hilangkan ezcema dia?