Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, August 8, 2017

Beriadah Bersama Suami

Dari dulu angan2 nak mendaki gunung dengan Affan berdua..hahaha sampai sekarang angan2 tak tercapai..dulu sebelum ada anak tak nak buat aktiviti macam gini kan..dah ada dua orang anak baru hegeh nak buat..hahaha biaser la dulu2 sibuk nak beromantika..

Weekend ni kan Kak Kathy nak pergi Water Rafting dengan Ceera so memang last week dah bagitau Affan nak ajak dia teman aku jogging, nak kasi badan longgar2 sikit..Affan cakap dia nak bawak aku satu tempat kat Kuala Kubu Baru, tempat tu best dia kata banyak ikan tapi kena meredah sungai..aku dengar dia kata best, layan kan jer..Affan cakap kalau setakat nak jogging, pergi kat taman rekreasi pon boleh..ok la saya ikut sajer..

Affan pon suka buat aktiviti macam ni cuma dah kawin ni je la takde masa dengan sibuk kerja nya bagai..bila aku kata yes nak pergi, dia macam tak percaya aku nak pergi tempat2 macam ni..eh hello b, b ingat saya ni jenis tak suka ke tempat2 macam ni..saya ni pencinta alam flora dan fauna tau..hehehe Dan2 pencinta flora fauna kan..yerla dia dok tengok aku dengan kerja duduk kat ofis beraircond bagai dengan melawo je kerjanya..haha mesti tak layan aktiviti macam ni..eh tengok orang tau..jangan pandang sebelah mata..🙈

Biaserla janji melayu, konon awal pagi nak bertolak sudahnya kat kol 11 gak la kiteorang sampai kat Sg Chiling ni..

Ni la suami saya yang semakin debab.. Hari2 dengar dan bertanya. "Huny, b dah gemuk la, huny muka b dah tembam la, huny b tak nak makan la nak diet hari ni"..pasrah je la telinga ni dengar..mujur dapat bini yang sejenis tak kisah, gemuk ke kurus ke janji awak sihat b..hahaha Kang sado2 ada pulak yang nak mengorat ajak pergi karok pulak..huihh mintak simpang..sebab tu saya suka awak debab macam ni..cia cia cia..

Confius jap.. ni breakfast ke makan tengahhari..hahaha Nasi berlauk je yang ado, kita makan ni je la..nasi lemak abis..elok kiteorang nak bla berbungkus-bungkus nasi lemak orang kedai tu letak..cis ada pulak nasi lemak kan..tak leh jadi..lalu Affan pon tapau dua bungkus untuk di bawa ke Sg. Chiling..nanti lapor2 leh makan sambil menyelam..

Sampai2 kena register nama dulu..Makanan dia akan tanya, bawak apa? ada tupperware tak, plastik bag semua tu la..kalau ada kena bayar..nanti nak balik tunjuk plastik makanan tu, dia akan pulang balik duit kita..yerla kawasan jagaan.. Dilarang sama sekali untuk memasak ataupon BBQ di kawasan air terjun..Waktu di buka Jumaat, Sabtu dan Ahad..hari lain tutup..

Casing waterproof untuk phone ada untuk di sewa..

Register dulu..bayaran masuk untuk setiap seorang RM1..

Toilet dan tempat persalinan baju disediakan..sebelah tu ada jual makanan macam laksa, keropok lekor, burger dan lain2..boleh la untuk lapik perut..

Peta untuk laluan ke Air Terjun disediakan..baru ku tahu ada 6 lintasan rupanya untuk sampai ke air terjun yang banyak ikan kelah tu..

Bismillah..moga sampai la kami ke puncak..amin amin amin..debor pulak masa mula2 meredah laluan air sungai2 dengan lecak2 nya..

Tengah khusuk jalan2, Affan melompat ada cengkarung dok posing depan dia..Affan melompat aku lagi la melompat terus berlari ke belakang..hahaha

Affan sikit2 tanya, Huny awak ok, larat lagi tak..hello B baru 10 minit kita berjalan..Rileks la..hahaha Risau bebenor dia takut aku mengah tak larat..

Yeaa sampai lintasan 2..

Affan bagitau kena melintas arus sungai ni..Wutt??? kena melintas ke..haaa la kena melintas la..kalau tak macam mana nak sampai air terjun atas tu..hohoho ok..

Sampai lintasan ke 3..Lintasan ke 3 ni arus sungai macam deras sikit, pastu banyak batu..kaki aku tergelincir sikit, terpijak batu licin..berdarah sikit kat buku lali..

Lintasan ke 4..

Lintas ke 5..

Masa lintasan ke 6 ni macam konfius sikit..dia macam ada 2 laluan..kiteorang dah confius nak ikut laluan kanan or meredah sungai..ermm ok mengikut peta yang depa bagi memang kena meredah sungai..ok jom..

Elok kiteorang berfikir sekejap, ada sekumpulan remaja lalu..haa ikut je la dorang..adik2 ni mesti dah biasa datang sini..dalam jugak tau sampai ke paras pinggang..tapi arus tak deras sangat..

Yeaa sampai jugak ke Puncak!

So cantikkan! Affan kata kalau pergi hari Jumaat orang tak ramai macam hari weekend..Sg. Chiling ni bukak hari Jumaat, Sabtu dan Ahad je..hari lain kawasan ni ditutup orang ramai..sebab tu ikan2 kat sini gemok2 sebab di jaga..Sampai satu tahap dorang akan lepas ikan2 ni semua kalau dah terlalu banyak..

Kak Kathy dah bersedia untuk Water Rafting weekend ni..kepala lutut semua dah longgar..hehe..In Sha Allah bersedia..😊

Aduhh baru nak beromantika dengan Affan kat sini..Affan cari port baik punya untuk isteri dia bermain2 dengan ikan kelah..sekali ada WOW di situ..hahaha suka la tu Affan ada tontonan free..hahaha

Affan tegur budak tu jangan main kat area situ..banyak batu, dah la curam..air sungai deras gile kot..kang kena hayut tak pasal2..Affan cakap pernah ada kes budak terhantuk..so kena la hati2 ye adik2 nak datang sini..jangan seronok sangat..tempat2 macam ni kita kena selalu beringat..

Ok isi perut dengan nasi lemak yang pagi tadi tak dapat makan..ermm macam tak cukup pulak sebungkus..

Selesai isi perut baru berendam..

Bagi ikan makan..

Mula2 geli giler..mau tak geli, rasa macam ikan tu tengah syok pulak cium2 kaki badan kita..😂

Lama2 dok dalam tu baru rasa ok, tak rasa geli dah..tapi aku tak bukak kasut, pakai dengan kasut2 sekali, kalau bukak kasut baru rasa geli giler kot..hahaha

Makan cokelat..sejenis cepat lapar, padahal baru je lepas bedal nasi lemak..

Kenyang ikan kelah ni dapat makan cagu2 kat kaki Affan..hahaha B ikan kelah ni buat bakar sedap ni..hoii mana boleh..kalau dorang tahu boleh kena denda..ooyekerr..

Sebungkus makanan ikan ni di jual RM2..

Ramai tanya tak geli ker? geli2 manjer jer..hahaha Ikan2 kat sini so peramah dan manja..kita tabur je makanan laju je depa datang..rasa macam nak tangkap sekor bawak balik jadikan kenangan..haha

Rileks2 Kelah hoii..semua dapat jangan rebut2..🤣

Naik sikit punya lambat nak sampai sini, bila balik eh eh dah sampai dah..Sampai aku pulak yang tanya Affan, B ok b. B larat b..haha terbalik pulak..aku pulak yang tanya dia ok ke tak..

Terima kaseh b bawak saya ke tempat macam ni..rasanya ni first time kami lakukan aktiviti macam ni since dah 6 tahun berumahtangga..Syok jugak buat aktiviti macam ni sekali sekala tanpa anak2..orang kata bagi merapatkan hubungan suami isteri gitewww..B nanti kita repeat lagi aktiviti macam ni..best sangat..thank you B..😘

piece : kathyjem

No comments: