Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, May 30, 2017

Atuk Jem Sudah Pulang!

Alhamdulillah abah selamat sampai Malaysia..ramai tanya abah pergi mana? abah pergi Australia, cari pengalaman kerja kat sana..Abah pegi tahun lepas..Abah ni jenis suka bekerja..walaupon umur abah 65 tahun still nak bekerja jugak..kalau ikutkan memang tak kasi abah pergi ke sana tapi takla bagi abah nak merasa kerja kat negara orang..Zaman bujang abah pernah kerja kat negara Arab tapi masa tu arwah opah tak bagi tinggal lama2 kat sana..hampir 2 tahun jugak abah kerja kat sana pastu balik Malaysia cari jodoh jumpa la mak..hehehe

Pagi tu kakak aku pergi ambik abah..dari rumah dia nak ke KLIA dah dekat..kalau ikutkan aku yang kena ambik abah kt KLIA tapi akak aku offer nak ambik abah aku ok jer..abah bertolak Jumaat malam, subuh Sabtu tu abah sampai..sepanjang perjalanan aku berdoa je agar perjalanan abah ke Malaysia dipermudahkan..Amin Allah maha medengar..Smooth je perjalanan abah ke Malaysia..abah kata ada cuak gak la, kapal langgar awan..bergegar satu badan kapal tu..

Sabar menanti abah..ting! pukul 10.30 pagi abah sampai Sg. Buloh..Abah sampai je depan pintu terus aku peluk cium pipi abah..rindu yang terkata..meleleh la kejap air mata ni..hahaha ni first time tau setahun tak jumpa abah..nampak anak manja abah sangat ni..hahaha

Ni cucu paling kesayangan atuk yang tak jumpa setahun..dari dalam pantang sampai umur 4 tahun atuk jaga Raiisah..dari tak pandai berjoget sampai kaki joget la atuk ajar..hahaha

 Mula2 jumpa atuk malu..suruh senyum, pi buat bibir muncung..

 Kan dah kena katup tangan kat muka..suka mengusik atuk..

Ni cucu kesayangan nombor dua..First time Afif tengok atuk..Selalu tengok Atuk dalam skrin handphone..ni dapat jumpa live kemain muka blur Afif ni..hahahaa..Umur Afif 7 bulan baru dapat jumpa atuk yer,.abis la kena gomol dengan atuk hari2..

Atuk gigi mana? Raiisah tanya.. >_<

Sorang monyok, sorang ceria..

Moment ni paling di tunggu-tunggu..Comel atuk dukung depa berdua ni..Mayiesha dan Afif beza 7 bulan..

Setahun atuk kumpul ole2 untuk cucu2 dan anak2 nya..hahaha taklahh..giler setahun, main2 je..nak dekat balik baru abah borong barang2 kat sana..kat sana barang2 macam ni murah sangat..abah cakap kalau bawak 50dolar beli barang dapur macam2 boleh dapat, siap bawak duit baki 20 dolar lagi..sini bawak 50hengget tak dapet ler..

piece : kathyjem

Tuesday, May 16, 2017

Kaay Cosmetics dalam Berita Harian

Alhamdulillah..pagi ni dapat berita yg sangat mengembirakan..Kaay Cosmetics dalam paper Berita Harian..tau berita ni pon dalam group whatsapp Kaay..😍 

Kecoh jap Kaay dalam paper BH..kembang kucup hidung Mak Jemah aka Yana dan Mak Hayam aka Kathy..giteww gelaran aku dgn Yana dalam group Kaay..hahaha Siapa jumpa Kak Kathy jangan lupa lambai tangan say hi2 kat Mak Hayam Kaay ni tau..tu nama baru Kak Kathy.. *berjalansambillibastudung 😆


Thank you team #kaayfighter.. Tanpa korang semua siapa la Kaay dimata pengguna..Tanpa team #kaayfighter yang bekerja keras siang malam untuk menaikkan nama Kaay Cosmetics tak mungkin Kaay berada ditahap ni sekarang..Jom Kaayfighter kita merokek bersama2 ke langit ke tujuh bulan Ramadan ni!!

Semangat Kak Kathy tau siap screenshot lagi nk bg hampa semua baca..😄 







Kalo rajin meh la baca..hehe

Thank you pada customer Kaay, siap send lagi gambar ni pada agent kami..terharu dan bangga..😭 

Ok tkleh bebel panjang2..nk sambung buat kerja..

piece : kathyjem

Monday, May 8, 2017

Susu untuk kurangkan sembelit

Raiisah ni jenis kuat minum air masak..kadang tu minum air masak je tak cukup nak proses penghadaman dia..yerla dah macam2 segala jenis makanan dia telan mau tak sembelit..kadang2 tu kesian tengok dia dok tertonggeng-tonggeng meneran berak..bukan kita tak pantau apa yang dia makan, pantau tapi tu la dah namanya budakkan makan macam2 jenis segala makanan yang kadang tu tak membantu proses penghadaman..jenis Raiisah ni walaupon suka makan sayur, buah dia tak suka makan tapi macam sayur tu ada sesetengah jer dia makan and kalau buah ko bagi la dia segala jenis buah depan mata, awal2 dia cabut lari..

Sebab tu kiteorang pilih susu yang boleh bagi kurang masalah sembelit, kembung perut..budak kalau dah kena sembelit, kembung perut memang nak buat aktiviti apa pon tak selesa..sian tengok..Macam susu Friso Gold ni sesuai untuk proses penghadaman dan bagus untuk kanak-kanak yang cirit -birit sebab kandungan zink nya pon tinggi..

Sebab apa aku kata Friso Gold bagus untuk kanak2 yang ada masalah sembelit sebab ia menggunakan teknologi LocNutri iaitu menggunakan sedikit harba semasa proses pengeluaran/pemprosesan susu, yang mana dapat memelihara protein..Protein ni la memainkan peranan penting dalam penghasilan otot, kulit serta rambut..Ia  juga menyokong sistem imun dan membantu dalam penghasilan antibodi..So nak pastikan anak sihat, cergas dan kuat dari dalam dan luar harus la mencuba Friso Gold ni..

Teknologi LocNutri Friso Gold memelihara nutrien dalam bentuk asalnya..Nutrien dalam bentuk asalnya lebih mudah untuk diserap dan hanya menggunakan sedikit haba semasa proses penghasilan formula, agar protein dapat dikekalkan sebaik mungkin..

So para ibu-ibu di luar sana boleh daftar di sini untuk dapat sample Friso Gold secara percuma dan boleh bagi anak untuk cuba minum..

Cikedout website Friso Gold 


piece : kathyjem