Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, October 19, 2016

Balik Rumah Jap

Salam semua..nak update apa ek..tangan ni macam gatai nak update blog tapi tak tau nak update apa..hahaha..sekarang ni tak update pasal KAAY, update pasal pregnancy.. mesti korang buhsan kan baca blog kathyjem sekarang ni..asyik2 dua benda alah ni je aku update..nanti lepas ni update pasal baby nombor 2 pulak..dulu asyik keluar cerita mekcha je kan nanti pasni adik dia pulak..hihi..

Ate itu je pon bahan nak diceritakan..tak paksa pon korang nak baca al-kisah Kathyjem ni..tujuan blog ni pon saje nak share kegembiraan, kesedihan, kejayaan, keluarga, apa2 la aku nak cerita dalam blog ni..kalau korang rasa tak best menyampah tak menarik ke apa ke takyoh ler baca..tak suruh pon.. =D

Ni balik rumah jap tengok rumah..daddy dia ada hal pulak nak ambik barang kat rumah ni..dah bersawang-sawang rumah kena tinggal tapi balik kejap je la sebab besok pagi mummy ada check up kat Annur..Raiisah sampai rumah terus mintak nasi.. dia kat rumah opah nak makan nasi punye payah..kalau suap makan , 4 5 suap je makannya..tu kira bersyukur dah tu..kat rumah opah, dia suka makan roti, biskut2 and dia tahu kat rumah opah macam2 makanan ada tu yang tak berapa nak makan nasi sangat..

Minggu ni aku dah start cuti..doktor bagi MC dari last week start hari Khamis..yerla dah masuk 38 minggu doktor kata akan bagi MC seminggu, pastu tak beranak lagi sambung lagi seminggu..minggu ni kandungan dah masuk 39 minggu..Raiisah dulu 39 minggu dah keluar dah dia..yang adik ni syok pulak dok dalam perut yer..mummy doakan awak keluar Jumaat ni tau sayang.hehehe boleh macam tu..mana la tau kot2 dia nak keluar Jumaat ni kan..mummy doa banyak2 ye sayang, supaya awak keluar cepat..tak sabar ni mummy nak jumpa awak..

Tadi sebelum nak gerak balik rumah singgah Mydin Kajang beli barang sikit2..alang2 tu beli selipar nak bawak ke hospital..nak kena cari selipar yang muat pakai stokin..hehe selipar yang ada kt rumah tak berapa selesa nak pakai dengan stokin..

Cantik tak?? bukan crocs, bukan asadi yer..brand cap ayam je..hahaha yang penting selesa ulosss..harga mampu dimiliki orang ramai..nak tau berapa??? RM16.90 jer..murahkan..

So pakat2 la dengan mak, abah, kakak, abang, adik pegi Mydin Kajang cari kasut selesa dan murah ini..hehe kasut pon boleh jadi bahan cerita blog kan.. >_<

Ok la mekcha dah panggil nak suruh buat Oat oat..lapar sesajer mek sorang ni, padahal dia baru makan nasi..perut simpan saka ke apa.. hahaha bye! besok larat kita sambung pasal check up baby pulak..tatataaa..

piece : kathyjem

Friday, October 14, 2016

Birthday Surprise for Lady Boss

Salam Jumaat semua..ni second time gathering dengan agen & stokis KAAY..kiteorang akan berjumpa sebulan sekali untuk berbincang dan berborak mengenai perniagaan..tak kisah la apa2 nak bercakap, bukan pasal business je pasal hal lain pon kami berbincang..

Kebetulan masa gathering tu birthday Yana..alang2 kita bagi kejutan dekat Yana..Siap buat group lagi tau semata-mata nak buat surprise kan dia..plan baik punya..masa whatsapp tu pon kena hati2 takut tersalah group..memang Yana tak tau langsung pasal semua ni and paling best dia pon lupa birthday dia jatuh pada hari tu..hahaha nampak sangat busy menguruskan KAAY ye lady boss Yana..hahaha sampai birthday sendiri pon lupa..

Masa sampai tu aku siap bagitau Yana yang Iza dengan Nyah last minit tak jadi datang..Nani pulak lambat sikit sampai..ececece dan2 macam2 hal korang tak dapat datang kan..Yana pon pasrah je tengok ramai agent2 last minit tak jadi datang..

Sekali tu dia Nani, Iza dengan Nyah siap bawak kek lagi..terkejut beruk Yana tiba2 ada orng nyanyi lagu Happy Birthday untuk dia..Boleh Yana ingat orang sebelah punye birthday..hahaha

Terus suruh Yana bagi wish sempena birthday dia..haaa wish?? ok aminnn, terima kasih untuk ni semua..haha tu je ucapan yang terlintas kat fikiran Yana masa tu..yerla mau tak terkejut tiba2 orang menyanyi lagu hari jadi bawak kek..kalau aku pon dah terkedu-kedu kat situ..keke

Si Lisa pon nak tiup lilin jugak..terpaksa la nyalakan api sekali lagi sebab si kenit Lisa ni meraung nak tiup lilin..dah dapat tiup baru dia senyap.. Raef perhati je tu..

Aidad, mak buyung, Nyah dan Mia..

Nampak dua orang hujung tu..tu la orang kuat yang berjaya meng-surprisekan besday lady boss..

Selamat hari jadi manjer..happy aku surprise menjadi walaupon dalam hati debor takut plan tak menjadi..

Aku mewakili rakan2 KAAY berdoa semoga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik,  dipanjangkan umur dan In Sha Allah kita akan bersatu padu dan kerja keras memperkenalkan KAAY di mata dunia..ewahh! tinggi angan tu..hihihi..

Hadiah terindah dari rakan2 KAAY..rasa2 nak dapat idea melimpah ruah pasal business sila la minum dengan mug pemberian kami hari2 ni ye..hahaha Tengok muka2 agent & stokis KAAY kat mug tu sure idea tersembur keluar..kiki

Terbaik Yana cakap..

Yana bersama Raef..

Ok jom kita kenyangkan perut dulu..baru la syok nak buat meeting..

Hi Tecer Nani..

Bersama Aidad..

Iza, Nani dan Kathy..

Tu dia Kak Gee tak sempat seminggu stock kat tangan abis licin..terus topup banyak2..

Ni Nani..kawan satu kelas..tak sangka bertemu setelah hampir 15 tahun kami tak berjumpa..last jumpa Nani rasanya 2001 kan Nani..lama betul aku tak jmpe ko kan Nani..tup tup jadi agen KAAY dah sekarang and bertemu dalam dunia business..

Ni yang dinanti-nantikan reward untuk agen & stokis..

Jatuh kepada stokis Seremban..Nyah!!! tahniah Nyah..stokis paling banyak jualan untuk bulan 8 & 9..muka kemain happy Nyah bila diumumkan nama sebagai stokis paling banyak jualan..hehe

Tahniah sekali lagi Nyah..

Dah pemenang untuk agen paling banyak jualan untuk bulan 8 & 9 jatuh kepada Kak Gee!!!! tahniah Kak Gee..Kak Gee dah upgrade jadi stokis pulak..mau tak setiap minggu top up KAAY..alang2 jadi stokis terus..jimat banyakkan Kak Gee, untung pon berganda-ganda..

Tahniah sekali lagi buat Nyah dan Kak Gee..Kami dari pihak KAAY juga nak ucap terima kasih banyak2 kerana berkat dan usaha kalian semua yang tanpa henti2 memperkenalkan KAAY ke mata pengguna..Ni baru permulaan nantikan kejutan2 yang bakal pihak KAAY lakukan untuk agen2 dan stokis KAAY..tungguuuuu... =)

Alhamdulillah agen2 dan stokis KAAY makin bertambah..tu pon ramai agen2 dari luar KL, Selangor tak dapat join..kalau mereka join rasanya lagi meriah..takper next time kita panggil agent2 & stokis2 dari seluruh negeri untuk next gathering..In Sha Allah..

Terima kasih korang semua..next gathering tunggu kita bersalin naa..In Sha Allah bulan Nov or Dis kita jumpa balik ok..syok la lepak dengan dorang ni semua rasa macam tak nak balik..hahaha..semua suporting abis..macam ni la yang kita nak semangat berpasukan katanya..

Diakhiri dengan mak hayam KAAY yang sudah masuk 37 minggu..dalam gambar ni la, sekarang dah masuk 38 minggu..senyummm sikittt.. ^_________^

piece : kathyjem

Wednesday, October 12, 2016

Dah Sedia Semua ni??

Selesai packing barang baby..ni semua barang2 penting untuk bawak ke hospital..dulu masa mengandungkan Raiisah semua benda aku nak bawak last2 tak guna semua pon..yerla first baby kan semua benda la rasa perlu bawak padahal kat hospital banyak dah disediakan..macam untuk ibu set mandian pihak hospital disedikan, dalam tu ada towel, sikat, shower gel, cotton bud, sapu tangan..tu masa beranakkan Raiisah kat PMC, Sg. Buloh, 4 tahun lepas..hehe Yang kat Annur Bangi ni tak tau la dorang sediakan ke tak..selalu hospital berbayar dorang sedikan..macam susu formula pon pihak hospital sediakan kalau ibu kekurangan susu or ada masalah faktor lain..


Senang pack dalam plastik macam ni..susun siap2..takdela berterabur masa nak ambik nanti..yerla kalau dah dok dalam hospital tu mesti dah kelam kabut punye..lagi2 bila baby dah keluar..Plastik tu beli kat Ikea..tu plastik untuk simpan makanan sebenarnya pon boleh dijadikan simpan pakaian..hehehe

Senarai keperluan barang baby dan mummy :

1. Sabun mandian, baby oil, minyak telon, sabun pencuci botol susu, vicks (lupa nak letak dlm tu).. botol susu pon lupa nak masukkan sekali dalam ni tapi dah letak dah dalam beg biru tu..

2. Nursing bra bawak dalam 2 3 helai dan panties pakai buang, beli kat guardian or farmasi..

3. Baju baby standy dalam 3 4 helai, 2 helai romper, 2 helai lagi baju sleepsuit lengan panjang yang ada butang or zip..nanti baby berak senang nak tukar..

4. Pampers bawak la dalam 10 helai macam tu sebab baby baru lahir memang kerap berak..masa Raiisah tu sehari 5 6 kali tukar pampers..so aku sarankan kalau siang pakai je pampers yang murah sedikit macam pet pet ke diapex..tapi untuk newborn orang kata pet pet bagus and berbaloi..masa Raiisah dulu siang aku pakaikan dia Whoopee, malam pakaikan mamy poko sebab malam dia jarang memerut..

5. Jus kurma..boleh standby jugak biskut ke, milo 3 in 1 ker, air zam zam..makanan pon penting bawak supaya ada tenaga masa nak meneran nanti..

6. Baby wipes sangat wajib bawak..nak lap berak baby, nak lap muka baby..so bawak lebih pon takper..

7. Sarun tangan baby..bawak dalam 3 4 helai..selalunya pakai 2 helai je..ooh lupa topi baby jangan lupa bawa..nanti nak bawa baby keluar dari hospital kena tutup kepala baby..

8. Bedung baby bawak dalam 2 helai je dan towel baby pon bawah 2 helai je kot2 nak lap baby lepas menyusu or muntah susu ke..

9. Baju, seluar, sweater dan kain batik mummy jangan lupa bawak..hekhek alat2 makep jangan lupa bawa ye..takde la nanti muka pucat lesi macam apa je kan lepas beranak..kena la berangan jadi macam Che Ta lepas beranak pon maintain cantik bermekap.. tu pon kalau ko larat dan tak kelam kabut la..jangan mekap tah kemana baby tak kemana sudah..hahaha kamera jangan lupa dibawa..pakai phone pon boleh ajer nak ambik gambar baby..simpan kenangan katanya..hehehe ibu blogger memang macam ni..

10. Pam susu..beli jenis silicone breast pump..beli masa baby expo hari tu..dapat murah RM69..

11. Stoking kaki mummy bawah sehelai je cukup..

12. Barut baby bawak la dalam 3 4 helai..

13. Pads dan nursing pad..nursing pad pon wajib kena bawak..masa Raiisah hari tu susu terkeluar sampai basah bra..jenuh tukar..harap2 yang adik ni pon susu mummy melimpah ruah jugak..amin..

Tu jer barang yang wajib bawa ke hospital..haa lupa dokumen2 penting jangan lupa bawak, ic number, medical card, borang untuk kemasukan ward bersalin..apa lagi ekkk..ermm tu je la kot..tinggal lagi 2 minggu je nak beranak ni..debor la pulak walaupon dah masuk anak ke dua ni..huhuhu..

piece : kathyjem

Tuesday, October 11, 2016

Selamat Hari Lahir Mekcha

Mekcha dah 4 tahun dahh..kejap nau masa berlalu..sebenarnya plan nak celebrate birtday dia kat PD sekali tak jadi..hujung2 ni mummy tak berapa larat dah dok dalam kereta lama2 , lagi pon nak kemas barang baby yang dok tertunggak berhari2 nak kemas tu..Kita cari kek je la untuk mekcha..lagi pon dia memang selalu berangan tiup lilin kek..

Lepas selesai urusan mengemas barang adik dia pagi tu , petang terus cari kek kat Secret Recipe..Kek kat secret recipe mekcha suka makan, lagi pon banyak pilihan..kedai kek lain takut dia tak berapa nak makan sangat..

Mummy nak mekap dia pon sama nak mekap sekali..

Pastu pakai lipstick pulak..curi2 ambik gambar dia.. Birthday girl kan takper kita kasi dia chan nak melaram..hahaha

Sampai SR terus cari kek..tunjuk kat dia nak kek mana?? dia pilih kek cokelat..satu slice je untuk dia..nak ambik kek bulat tu rasa macam membazir pulak..kalau celebrate ramai2 taker gak ambik seketul kek.. nak tiup lilin je sebenarnya..

Ni first reaksi Raiisah bile mummy dengan daddy nyanyi lagu happy birthday untuk dia..

Kek sampai nyanyi la lagu happy birthday untuk dia..sekali tu dia menangis..aikk masih menangis lagi??!!! ingat dah masuk 4 tahun takde dah feeling air mata drama astro , nangis jugak..siapa ikut perkembangan mekcha mesti tau macam mana sambut hari jadi dia kan..dia ni memang tak suka orang nyanyi lagu happy birthday untuk dia..mesti dia akan menangis, menjerit..nooo nooo tak nakkkkk..

Yerlaaaa..mummy dengan daddy tak nyanyi..dia nyanyi takper jangan kita nyanyi..tah apa2 peel tah.. mummy dengan daddy baru nak hepi2 nyanyi lagu hari jadi unuk dia..sekali dah menjerit sampai satu secret recipe toleh ke kami, okey fine!!! nyanyi sendiri..hahaha

Happy birtday to Raiisah...Happy birthday to Raiisahhhhh..happy birthday to Raiisah...happy birthday to Raisahhh..haaa yerla birthday girl syok sendiri..hahaha layankan jer la nyanyi sorang2..

 Yeaaa....!!!

 Muka ada gembira dapat nyayi..

Fuhhh kanan fuhhh kiri..

Kemain muncung2 mulut tiup lilin..

Pregnant ni suka nau air coffee..padahal bukan addicted kopi pon..

Dah tiup lilin sambung makan pulak..oder untuk Raiisah je , kitaorang nak oder kenyang pulak sebab tengahari tu melantak 3 pinggan nasi..hahaha

Mummy nak tiup lagi..

Tengok la kek tu sampai dah nak hancur dia potong..nasib baik ambik satu slice kalau ambik seketul kek , jahanam..haha

Happy birthday sayang mummy..mummy doakan Raiisah membesar dengan sihat, jadi anak solehah dunia dan akhirat..ni je mummy dengan daddy mampu buat untuk gembirakan Raiisah..tahun depan ada rezeki kita celebrate dengan adik sekali ye..kebetulan adik pon nak keluar bulan 10 ni.. senang celebrate sekali..

 Kita layan mekcha tiup lilin yang ke 10 juta kali..

Mmuah cikit cayang mummy bucuk masham ni..

Nak tiup lilin lagi..ingat dah abis dah sesi meniup lilin..ermmm layankannnn..

Dengan daddy pulak..

Daddy dah kerut2 muka malu tengok anak dia menjerit2 nyanyi lagu happy birthday..

Kemain mulut nganga nyanyi macam tu..over nauuu..anak siapa ni?? tah anak siapa tah..hahaha

Tak lenguh ke mekcha mulut tu dok meniup je...lilin pon sampai dah cair jadi kontot dah..

Alololo suweet sangat cium daddy dia..

 Opah baru sampai..Umi lambat sikt sampai sebab ada urusan..

Ok nyanyi lagi lagu happy birthday dengan opah pulak..

 Fuuhhh lagi..sukanya dia dapat tiup lilin 10 juta kali..

Fine! muka dah melebor..tengok Raiisah sempat lagi tu..

Bapak mertua je takde..Pak Gafur balik ke kampung ada emergency hal..

Birthday girl jadi horse..mummy nengok horse! tu bukan gaya horse sayang, tu gaya kangaroo..

Pastu bawak Raiisah main mainan yang bayar token tu..ingat nak bawak dia main kidz playground kat bahagian atas, sekali tengok jam dekat maghrib..takper la lain kali la bawa dia main , lagi pon Metro Point ni dekat je dengan rumah..5 minit je dah sampai..hihi Main macam ni pon dia dah hepi sampai tak nak balik..

piece : kathyjem