Klik Yer!! Mekasih...

Friday, January 29, 2016

Eksklusif Skirt by KAZrenda

Korang! kita ada jual skirt paling cantik, selesa dan murah..Aku memang suka pakai skirt..Kadang tu nak cari skirt corak yang berkenan dihati yang sedap mata memandang agak susah sikit..Siap terbang ke Jakarta lagi nak cari corak dan jenis kain yang selesa untuk korang pakai..Corak ni hanya di KAZrenda sajer yang jual sebab dari segi design, pilihan colour, corak semua tu team KAZrenda yang decide..so kat luar memang takkan jumpa corak design yang kiteorang pilih ni..

Code 001
Material Chiffon
Size : S/M & L/XL

Code 002
Material Chiffon
Size : S/M & L/XL
Code 003
Material Chiffon
Size : S/M & L/XL

Code 004
Material Chiffon
Size : S/M & L/XL

Code 005
Material Chiffon
Size : S/M & L/XL

Code 006
Material Chiffon
Size : S/M & L/XL

Code 007
Material Chiffon
Size : S/M & L/XL


Code 008
Material Chiffon
Size : S/M & L/XL

Code 009
Material Chiffon
Size : S/M & L/XL

Code 010
Material Chiffon
Size : S/M & L/XL

Code 0011
Material Satin Plain
Size : S/M & L/XL

Code 0012
Material Satin Plain
Size : S/M & L/XL

Code 0013
Material Satin Plain
Size : S/M & L/XL

Code 0014
Material Satin Plain
Size : S/M & L/XL

Code 0015
Material Chiffon
Size : S/M & L/XL

Code 0016
Material Lycra
Free Size

Code 0017
Material Lycra
Free Size

Code 0018
Material Lycra
Free Size

Code 0019
Material Lycra
Free Size

Code 0020
Material Lycra
Free Size

Code 0021
Material Lycra
Free Size

Code 0022
Material Lycra
Free Size

Cepat oder!! Habis ni habis la..takde restock dah..hehehe Semua skirt dari KAZrenda ni hanyak RM60 sajer!!! kalau beli 2 helai kita bagi diskaun RM110.. ^_^

Siapa berminat nak oder boleh call/whatsapp number ni 012-4512821/013-5037708..

piece : kathyjem

Wednesday, January 27, 2016

Jom Cuci Mata Di Rakuten!

Nak bagitau ada satu website online best untuk mana yang kaki shopping online tu..Rakute Malaysia!! korang pernah dengar Rakuten tu apa?? Rakuten ni adalah satu Program Super Points yang menjual  macam2 barang seperti kosmetik, handbeg, perkakasan rumah, barangan bayi, food, sports, electronic dan macam2 lagi la..

Dan sekarang ni kat Rakuten ni ada buat sistem Rakuten Super Points (RSP) yang mana dia beri ganjaran pengguna sebagai satu cara berterima kasih la sebab guna Rakuten ni..Terpaling best Rakuten Super Points ini nilai dia  sama dengan1 RSP bernilai RM1!Kiranya 1 Rakuten Super Points = RM1..So kalau korang banyak buat pembelian kat Rakuten online ni, semakin banyak la Super Points yang korang dapat..nanti boleh redeem untuk bayaran belian seterusnya..

 So korang kena jadi ahli dulu nak menikmati Rakuten Super Points..

Paling penting korang perlu tahu yang Rakuten Super Points ni ada regular dan jugak limited..Regular point, korang boleh dapat dari setiap pembelian kat website Rakuten ni..takde expired date kecualiu korang tak shopping la kan..Point pun takde expired gak..Limited point tu pulak korang boleh dapat khas di Super Point promotion..haa yang tu ada expired date..

Ok aku nak kongsi tips shopping kat Rakuten ni..aku panggil #Rakuten ShoppingHacks yang mana korang boleh dapat lebih nilai shopping kat sini serta dapat kumpul Rakuten Super Points..Ok mula2 sekali korang kena jadi ahli Rakutan Malaysia dulu..Once korang daftar terus dapat kumpul Rakuten Super Points tu banyak2..Register FREE je takyag bayar apa2 pon..paling syok dorang siap bagi voucher untuk ahli baru sebagai tanda terima kasih sebab pilih Rakuten ni untuk korang shopping..

Mana yang pakai kad kredit Mastercard buat pembelian pada setiap hari Rabu akan dapat ekstra 5% diskaun..So kena sentiasa tengok kat Facebook Rakuten Malaysia nak dapat diskaun2 murah..Nampak jer ada dorang bagi diskaun murah terus sambar okey..jangan tunggu, kang tau hilang dah diskaun tu..

Weekend boring tak ngi jalan2 mana boleh la buka Rakuten ni sebab selalu hujung minggu dorang akan berikan kupon yang berbeza so kita kena rajin la check..Kalo rajin lagi buka la setiap hari website Rakuten ni..kadang tu promosi2 yang dorang berikan memang best..Macam last week aku buka Rakuten ni ada 70% lagi..

Meh aku explain sikit macam mana caranya..Ok harga mesin basuh ni RM1,472.00..Lepas rakuten bagi diskaun harga jadi RM1300.00 best kan?? tambah pulak kalau kita beli hari Rabu dengan gunakan mastercard, akan dapat lagi diskaun sebanyak 5%, so harga akan jadi RM1235.00! Lagi berbaloi kalau beli skarang dengan promosi 5X Rakuten Super Points (RSP), so dengan pembelian ni aku dah dapat RSP 65 bersamaan RM65.00 yang aku boleh gunakan kalau aku nak shopping lagi lepas ni beli benda lain pulak. Syokkan!

Ni la #Rakuten ShoppingHacks yang aku nak share dengan korang..simple dan mudah kan..Bulan Januari korang boleh dapat 5X Rakuten Super Points tau..Kadang tu Rakuten ni bagi sampai 20X Rakuten Super Points! wowo banyak sangat tu..Korang boleh cekedot kat sini www.rakuten.com.my

piece : kathyjem

Tuesday, January 26, 2016

Putih Gebu Tanpa Suntik

Zaman sekarang ni ramai wanita yang nak kulit putih, nak cantik gebu gabas..ada tu pakai foundation tebal2 nak nampak muka putih punya pasal.. tengok tangan..haiyooo!!! kenapa beza sangat ni kulit muka dengan tangan..ada tu nak jalan pintas suntik sana sini nak cepat putih, gebu punya pasal...nooo jangan buat jalan pintas macam tu..sekarang memang tak nampak effect dia..tunggu umur meningkat sikit akan nampak kesan jangka panjang..

Nak kenal kat korang ni pasal Transgluta by Zenia ni.. Ni satu2 produk paling berkesan untuk putihkan kulit tanpa cucuk sana sini..Transgluta ni ada glutathione tinggi yang akan beri kesan pemutihan yang berganda..takde masalah nak ambil banyak mana pon sebab dia akan keluar melalui air kencing..jangan risau Transgluta ni tak ada kesan sampingan dan tidak merbahya..semua peringat umur boleh ambil kecuali ibu mengandung tak digalakkan..mana yang makan supplemet lain pon boleh jer nak ambik Transgluta ni tapi kena jarakkan 2-3 jam sebelum makan Gluta ni..

Sebotol ada 30pil, cukup untuk sebulan..Kulit sawo matang disarankan ambik 2 biji selama 7 hari, sebiji pagi dan sebiji lagi malam..ambik sebelum makan dan sebelum tido..ingat kena minum sehari 8 gelas air masak dan kalau boleh elakkan minum minuman caffeine..waktu bendera jepon mai pon takde masalah nak ambil..hehe =)

Nampakkan kat atas, tu semua testimoni pengguna-pengguna yang telah menggunakan Transgluta..patutla bagus teknologi dari Korea rupanya..pandan la kebanyakkan artis2 Korea semua cantik2 putih flawless..

Harga asal RM110 untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak RM120..So sempena terjualnya Transgluta sebanyak 1,000 botol yang dilancarkan pada 6 bulan lepas, pihak Zenia memberi promosi 40% untuk sebotol Transgluta, hanya RM65 (Semenanjung Malaysia) dan RM72 (Sabah & Sarawak).. FREE postage..Promosi ni sah sehinggah 31 Januari 2016!!! cepat beli sebelum promosi habis nanti tak dapat harga murah tu..


Combo (Zenia Collagen + Transgluta + Free foundation) cuma RM220..Harga asal kesemua ni kalau tak RM340..

Fungsi lain collagen untuk kesihatan dalaman :
  • Agent anti-penuaan.
  • Membekalkan tenaga. 
  • Mengembalikan keanjalan kulit dan mengelakkan penyimpanan lemak dalam badan. 
  • Mengurangkan kemudaratan pada sendi.
  • Melindungi tulang rawan dan synovia daripada penurunan kualiti.
  • Merupakan atoxic, dan memang paling disaran untuk pesakit ‘lupus’
Cara pengambilan Zenia Collagen ni hanya dibancuh dengan air sejuk 100ml, goncang dan minum..senangkan..lepas minum confirm celah2 bedah yang hitam2 terus hilang..kita orang perempuan kena jaga luar dalam baru la suami sayang terlebih..hehe Paling penting, Transgluta ialah double whitening agent paling murah di pasaran Malaysia sekarang ni compare dengan produk jenama lain..

Sekarang ni Zenia nak cari agent..siapa2 yang berminat nak jadi agent Zenia boleh call/whatsapp number ni (Lin 019-3173715)..

Siapa yang nak oder Zenia Collagen atau Transgluta boleh call/whatsapp number ni (Suraya Sulatin 012-9184042)..

Boleh klik kat sini untuk lebih details pencarian agent Zenia : http://surayasulatin.blogspot.my/2015/12/harga-runtuh-transgluta-off-40.html
Facebook : Transgluta by Zenia
Instagram : Transgluta

piece : kathyjem

Thursday, January 21, 2016

Yana Dah Jadi Ibu

Kelmarin cerita pasal baby shower Yana hari ni cerita pasal beranak pulak..hahaha Kejutkan dengar..mau tak kejut..dua hari lepas baby shower Yana, Yana wassapp kata dah turun darah..terus aku, OMAI manjer!! dah nak dekat dah tu..aku dulu pon macam tu gak nak beranak turun darah..ada setengah orang pecah air ketuban..orang kata turun darah ngan pecah air ketuban, turun darah lagi sakit..memang sakit weiii..sakit yang 30 kali ganda dari sakit senggugut tau..orang lain munglin dah lupa sakit beranak, aku sampai sekarang ingat lagi sakit beranak tu macam mana..

Ingat nak tengok Yana hari dia bersalin tu tapi fikir2 takperla bagi Yana berehat dulu mesti dia penat dok tahan contraction..Esok tu balik kerja terus ke DEMC Shah Alam..tengahari tu call abah suruh ambik Raiisah..ingat nak ambik Raiisah dulu, fikir2 malas lak nak patah balik ke Sg. Buloh pastu nak ke Shah Alam meredah jem..kebetulan abah lak ada kt rumah..

Sampai2, oo di sini rupanya DEMC nya..al makluam first time sampai sini..area Shah Alam tak familiar sangat..hehehe macam biaser la kan pakai waze..kalo takde waze esok tu kot aku rasa baru sampai DEMC..hahaha buta jalan macam ni la padahal selalu je kot lalu area situ dulu..dulu2 la sebab dulu Syabas selalu buat event kat hotel Blue Wave situ..

Sampai2 nampak Yana ceria betul..betul ke ko dah beranak ni macam ni?? ceria semacam je ni..hehehe Tunggu Eira ok nanti ko cerita sekali harung takyah 2 3 kali nak cerita..hehehe  Tak sabar nak dengar pengalaman ibu bersalin ni..Eira mana ni?? wassapp dia, dia kata dah sampai dalam lif..

Selfiak dengan ibu yang baru berjuang melahirkan anaknya..hihih ayat tak boleh bla..

Eh eh Zety pon ada sekali..lamanya tak jumpa Zety..dah pregnant nombor 2 dah Zety..

Ok ok cepat cite tak sabar ni nak dengar..Yana kata malam lepas baby shower pinggang dia dah start sakit2..perut pon dah start mengeras-geras..isnin tu dah rasa contraction tapi light2 je rasa dia..duduk pon dah tak boleh..buat apa semua tak kena..malam tu memang tak boleh tidur la..Selasa pagi tu darah turun terus wassapp aku ngan Eira bagitau darah dah turun..aku cakap nak dekat tu suruh Shah stanby jer..dia cakap takper petang tu ada checkup..nanti boleh check ngan doktor terus..

Rabu dalam kat kol 12 tghari macam tu Yana wassapp aku tanya ko ambik tak ubat tahan sakit tak?? aku cakap ambik tapi tak rasa apa2 pon still sakit jugak, tak membantu pon ubat tahan sakit tu..aku tanya dia ko dah kat hospital dah ker?? a'ah kat hospital tengah tahan contraction ni..haaa nak beranak dah..banyakkan doa dan zikir manjer..cepat aku rasa Yana beranak, baru 36 minggu..ikut orang la kan macam aku 39 minggu beranak, Eira lak tiga2 anak dia semua beranak cukup 40 minggu..

Ok Yana chaiyok2..aku ngan Eira bagi semangat and share sikit2 tips..hehe sempat ke Yana baca wassapp kiteorang tu..heheh..pastu Yana senyap..petang tu Eira tanya mana Yana senyap jer pompuan ni..beranak dah ker dia?? ishh debor la nunggu..Masa tu aku dalam kereta ontheway nak ambik Raiisah dapat wassapp dari Kakak Yana (Nyah) bagitau Yana dah selamat bersalin baby boy dalam kol 5 lebih macam tu..Alhamdulillah Yana bersalin normal..rasa nak bukak tingkap jerit bagitau kereta sebelah "kawan saya dah beranak!!!" hahaha tak tau nak gambarkan happy dia macam mana..4 tahun kot Yana menunggu semua ni..aku tau susah payah Yana selama 4 tahun untuk dapatkan anak..sebagai kawan aku sangat bersyukur semangat yang Yana hadapi and bersyukur dia dan anaknya selamat semuanya..

Eh Bun ni sedap hisap tudung auntie kathy yer..penuh ayaq liuq dia kat tudung..hahaha

Sementara menunggu baby Yana..masa aku sampai nurse tengah nak bawa baby R keluar nak check gula dalam badan..dapat la tengok seminit pastu dah kena bawak keluar..dalam kol 10.30 baru dapat tengok baby R tu pon kejap je nanti nurse ambik dia balik..so dapat la ambik gambar baby R tu pon Yana dah sound jangan upload gambar anak dia lagi..hehehe Baik manjer, ikutkan arahan mu sajer..Lagipon orang2 tua kata baby baru lahir tak elok ambik gambar sangat takut jadi benda tak elok kat baby..

Sepanjang kat hospital si Bun ni asyik gelak, sengeh jer dia..ceria je dia..Eira kata antara 3 orang anak dia Keisha ngan Yun, Bun ni la lain dari yang lain..senang nak jaga and tak banyak kerenah..kalau aku pon nak jaga budak baik macam Bun ni..tak nampak dia ekkk sana ookkk sini..takde ok gembira je dia melompat-lompat..

 Macam best je stroller anak Yana ni..nak pi shopping mall, nak ngi makan kat kedai ke bawak stroller ni jer..boleh jadi carseat..bestkan..besok kalau aku pregnant nombor 2 nak pinjam la Yana punye stroller ni..hahaha >_< Tak silap Yana kata stroller ni dia beli dalam RM16++..Brand Doona..

Alhamdulillah manjer selamat dah ko bersalin..hari2 aku doa ko dipermudahkan bersalin..selamat menjadi ibu kepada baby R manjer..napa tak bagitau nama anak Yana?? hahaa mesti korang akan tanya soalan tu kan..hehehe Tu tunggu Yana buat announcement kat fb dia..kang aku bagitau dalam ni dia marah pulak..hehehe

Ok manjer selamat berpantang dan selamat berjaga di tengah malam..paling mencabar sekali manjer menyusukan anak di waktu malam..haiyoo ni kalo ingat balik masa dalam pantang menyusukan Raiisha tengah malam, ampunn tuhan je yang tau..hehehe apa2 pon manjer aku tau ko seorang ibu yang kuat dan tabah..percayalah..bye manjer..nanti aku ngan Eira datang melawat lagi baby R, hari tu jumpa tak puas, tak sempat dukung dia..huhuhu take care manjer..

piece : kathyjem


Wednesday, January 20, 2016

Sewaktu Ku Masih Kecil

Macam mana boleh tak terfikir nak cari iklan minyak masak seri murni ni kat youtube.. Hari tu ada cite sikit pasal video shooting KL Sogo and entry dalam tu aku cerita yang aku pernah masuk iklan tv masa umur 3 tahun..terus kawan2 tunjuk gambar bawah ni tanya betul ke tak aku ni? hehehe sweet macam gula la korang ni..terharu siap search kat youtube lagi..Tq Hidayah, siap screenshot and komen kat fb akak bagitau iklan ni ada kat youtube..kalau tak bagitau sampai la ni aku tak tau..Last tengok pon masa umur 3 tahun la..

Apa macam? macam muka Mekcha tak?? hahaha Tunjuk kat mak & abah semalam video iklan minyak seri murni ni..mak pon cakap ada macam muka Raiisah sikit2 tapi versi gelap..kekeke Aku dulu kecik memang gelap suka main tengah panas..cuma dah besor ni pandai jaga diri putih la balik..  mak cakap aku masa kecik debab sikit and kuat melantak..macam Mekcha spesies sukakkan nasi..hari2 mesti nak makan nasi..tak dapat nasi muka monyok jer..

Abah cakap orang yang buat iklan ni pon dah meninggal..nenek yang aku senyum tu pon dah arwah..Abah cakap masa shoot ni aku ok tak nangis, happy jer cuma mula2 sampai tu, tengok crew ramai2 tu nangis tapi nangis sekejap jer..pastu lama2 dah ok..abah cakap masa ni nenek tu tengah suapkan aku makan nasi dengan ayam..hehehe tu yang mulut aku nganga kata "Cedapppp"..


Nah! tengok iklan minyak masak seri murni dari Kathyjem sewaktu beliau kecil..bahahahaa layannnn..ala kejap je muka aku 3 saat je nampak.. =P

piece : kathyjem

Tuesday, January 19, 2016

Baby Shower Yana di Zawara Coffee

Yana dah beranak baru hegeh nak update baby shower Yana..hahaha Minggu lepas kebusian tak sempat nak update..

Baby shower Yana buat kat Zawara Coffee, Bukit Jeluntong..hari tu ada lepak minum kat Zawara Coffee dengan Yana..kebetulan Yana tengah servey nak cari tempat buat baby shower dia..aku bagi cadangan buat kat Zawara Coffee sebab tengok tempat dia macam selesa, luas dan makanan pon boleh tahan sedap..first time datang dengan Yana hari tu terus jatuh cinta decoration and food kat sini..lagi pon dekat dengan rumah Yana..senang dia nak mai..kawan2 yang dok jauh tak kisah demi ibu mengandung sorang ni.. ^_^

Event buat petang..ewah panggil event tu tak tahan..hahaha macam besor benor eventnya..kekeke..Aku datang sini pakai waze je, nasib dari Sg. Buloh takde la jauh sangat..Eira dari Cheras berjanggut katanya nak sampai banyak tol..balik nanti baru ikut federal highway kurang sikit tol..

Sebelum tu tepek kami bertiga dulu..behehehe..

Kagum tau..Deco semua ni kakak Yana and anak buah Yana yang buat..Cupcake tu paling aku suka..tapau 2 ketul bawak balik nak bagi Raiisah sekali dah rasa seketul..eh eh sedapppp la pulak cupcake ni, tak jadi la bagi Raiisah..hahaha dua2 sekali sekali aku ngap..Raiisah ku bagi cokelat untuk dia..

Eira strew tu jangan letak kat mulut..kang jadi viral lagi gambar kita berdua ni ha..makan aiskrim pon orang Malaysia boleh fikir macam2..eh hello aiskrim tu pernah keluar kat tv3 la..pengacara yang makan aiskrim tu korang tak nak viralkan..grrrrr tak faham orang kita ni la..benda2 macam ni laju jer nak di viralkan..nyampah! malas aku nak layan..lepas ni hati2 jer la dik non..

Baju ngan tudung boleh lak tersama dengan Eira..hari tu besday party Raiisah pon ama2 jugak..hehehe Sehati sejiwa sangat kami berdua ni...

Pernah makan Spagetti Thai Beef, sedap gak..jadi aku ambik Roast Beef Terrayaki..try makan roti lak..

Simple decoration dari kawan2 Yana..

Yana sedang menunggu kawan2 yang lain sampai..

Eh ehh baby Sofea la..selalu tengok dia kat IG maknya jer..Sofea ni anak Ila..dah 7 bulan dah dia..semangat badan..

Sofea ni jenis takut dengan orang..tu kening dah berkerut nak nangis la tu..Eira lak nyakat2 dia..hahaha

 Eira punye..sedap Spagetti Thai Beef diaaaaaa..siapa datang Zawara Coffee kena try makan ni..

Saya punye pon sama gak sedap, terbaik beef terrayaki dia..ghuper macam biasa2 kan tepi sekali ngap nangis terus atas meja tu..

Dua yang depan tu kawan Yana masa zaman study UITM..

Alhamdulillah 10 tahun dah kami berkawan..korang bayangkan esok dah 60 tahun kita tengok gambar ni balik..mesti senyum2 kan tengok muka zaman muda2 macam mana..

Petang tu ada buat game..Ukur berapa besor perut Yana..Eira kata : Tak agak2 kathy, Yana punye perut besor tu..hahaha Aku : yerla besar ni la..Confident tu kena ada ye..kalah menang belakang cite..kiki

Sekali Yana lalu, haa la kecik je perut Yana..beria aku imaginasi perut Yana besar tu kan..kekeke

Elehh yerla tu perut Yana kecik tu..sekali dua2 kalah..yang menang game ukur perut Yana ni, Ila okey yang menang..hahaha

Yana dan anak buahnya, Mia..besor dah Mia ni..dulu zaman sebelum kawen setiap kali datang lepak tidur rumah Yana, si Mia ni mesti dok 10 kali ketuk pintu bilik Yana nak tengok aku ngan Yana buat apa..hehehe Sekarang dah form 2, anak dara dah dia..

Mak Aji tak agak2 perut Yana besar belon tu..hahaha Semangat Mak Aji nak masukkan belon dalam perut dia..

Kelip2 mata sikit..Game ni saya menang..kakaka Padahal meniru orang sebelah..eh orang sebelah tulis sikit jer, selebihnya akak yang fikir sendiri tau..yerla yerla tu..kasi la chan kak kathy nak menang sekali..

Shah dan Yana..bakal menjadi bapa dan ibu..dannn dah menjadi dah pon bapa dan ibu..behehehe

 Eh manjer Dynas pon ada..lama tak jumpa Dynas..

 Baby Sofea dah mengantuk nak susu nak tido..

Macam tak puas lak gambor bertiga kat sini..shoot kat luar nanti la manjer..boleh posing terbang2 sikit..hahaha

Kawan2 Nyah..Nyah yang pakai tudung peach tu..

Game ni lupa la siapa yang menang..jap jap fikir................Ooo haaa baru ingat kawan kakak Yana yang menang..

Sesi memotong kek..

 Masa ni ramai2 nyayi "Allah selamatkan Yana dan baby"

Kawan2 Yana..Yang tengah tu pregnant gak 5 bulan tak silap..tapi macam tak pregnant kan..syok la pregnant badan tak naik..aku dulu 4 bulan pregnant, berat badan naik berkilo-kilo..

 Yana dan Dynas..Dynas tak lepak lama..lepas makan terus balik..

Game untuk bapak2 dan bakal bapak2 pon ada gak..game ni mula2 shah yang menang tapi macam tak aci la kan tuan rumah yang menang..buat sekali lagi..ok kawan Yana yang baju oren tu memang...

Aku ngan Eira pon menang jugak..Tq manjer..happyyyyyy dapat hadiah tudung..weeee!!!

Pemenang lipat kain napkin baby..hebat dia punye lipatan tu, berapa saat siap..boleh kawen dah ni..eh..hehehe

Ila lak menang ukur size perut Yana..Ezwan husband Ila pon menang gak..memang menang besar family Ila petang tu..tapi aku lupa Ezwan menang game apa..kakaka boleh tu lupa..haaaa baru ingat teka nama bayi Yana..hahaha Haiyoo game senang tu pon leh lupa kathy minah senget ni..ampon minum air ketum terlebih macam ni la, sepanjang masa asyik lupa memanjang..

Semoga dipermudahkan ko bersalin manjer..mmuah banyak..

Yana suruh teman dia photoshoot outdoor dengan Shah..aku ngan Eira follow jer..pastu Yana kata nak shoot sekali dengan aku Eira..

Kitaorang bab2 photo acah2 model hijabista ni memang laju jer posing..takyah suruh pose tau la kitaorang nak pose bagi nampak cantik dalam gambar tu..kekeke

Aku ngan Eir aje la beria lompat..Yana gile nak lompat beranak kat situ gak..

 Alhamdulillah manjer..sempat gak buat baby shower ko sebelum beranak..Baby "R" memang nak sangat bonda dia happy dengan kawan2 bonda dia..3 hari lepas baby shower bonda dia terus plupp! Baby "R" lahir ke dunia..Alhamdulillah baby "R" dapat lihat dunia sebenar..tu next entry aku cerita okey..hehehe

Acah2 pose Che Ta sattt..kekekeke

Kena ada handbeg Chanel la baru nampak macam Che Ta..kakaka Tak mampu dik pakai Chanel, akak mampu F21 jer dik beli kat Midvalley..hahaha Ramai sangat tanya handbeg aku tu kan, aku bagi tau kat sini.. Tq manjer Eira ambik gambar cantik ni untuk aku..pandai ko snap terus kaki ahkak yang kemetut lagi pendek tu nampak panjang.. =P

piece : kathyjem