Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, June 29, 2016

Kuih Makcik Tepung Talam & Seri Muka Paling Sedap di TTDI

Salam semua..semalam dapur tutup..kalau tak hari2 fikir nak masak appa?? semalam sebelum balik kerja tanya Affan nak masak apa? dia cakap tah takde idea..pastu dia tanya aku balik..ekeleeeh kita mintak idea nak masak apa, dia tanya kita balik..

Ting! tiba2 dalam kepala nak makan nasi kerabu..aku cakap dengan Affan teringin pulak nak makan nasi kerabu..dia kata ok la takyah masak, tapaukan untuk dia sekali..saya pon nak nasi kerabu..fuhhh selamat dengar laki cakap macam tu..apa lagi balik kerja tu berdesup la pergi bazar Ramadan Taman Tun..

Elok tengah rambang mata nak pilih kuih tuptup Affan whatsapp nak kuih seri muka makcik depan perodua dengan air soya ah soo..masa kat bazar aku beli sikit je, nasi kerabu, kuih akok, kuih telinga gajah, keropok leko, air soya, nasi kukus ayam berempah..eh macam banyak pulak kan..hahaha >_<

Kalau ikutkan aku malas nak tunggu kuih makcik ni sebab pukul 6 lebih dah lalu depan Perodua, tengok makcik ni tak bukak lagi..lupaaaa, baru teringat makcik ni buka lewat dalam 6.30 macam tu..arghhh malas la nak tunggu..aku cakap dengan Affan. makcik ni tak bukak lagi..dia ok jer..

Elok dah gerak balik rumah dalam kepala dok teringat-ingat pulakkkkk kuih makcik ni..telan-telan air liur aku dalam kereta ingat kuih tepung talam gula merah makcik ni..Affan la ni dok mengidam kuih makcik ni dengan aku2 sekali mengidam..hahaha ko sanggup ni u-turn balik demi kuih makcik sedap ni..dengar kata makcik ni dah berniaga berpuluh tahun depan Perodua ni..

Tepat 6.30 ptng aku terpacak depan kedai makcik ni..baru buka dah ramai orang beratur..dalam hati sempat la aku sampai rumah sebelum buka..pelanggan yang beli bukan sikit2 tau semua beli macam nak buat kenduri doa selamat..hahaha

Nampak beratur macam ular..tak pasti pulak makcik ni meniaga sampai pukul brapa?? yang pasti sebelum berbuka kuih dia memang akan abis licin jual.. complete satu Malaysia beli kuih makcik ni..hehehe

Siapa dok area Taman Tun mesti tau kuih makcik ni kan..aku sempat jeling dalam kereta makcik ni.. mak aiiii berloyang-loyang dalam kereta makcik..makcik ni berniaga kuih tepung talam dengan seri muka hanya bulan puasa jer..dua kuih ni jer dia meniaga kuih lain takde yer..

Makcik ni meniaga betul2 depan Perodua TTDI..alaaa sederet dengan restoran Santai..belakang Perodua tu bazar Ramadan TTDI..senang sangat nak jumpa..

Nasi kerabu yang tak menyelerakan..hahaha Silap beli laaa..patut beli nasi kerabu yang hat kedai depan tu, lupa lak nama kedai makcik tu..dah tau tu dok pergi beli kedai pakcik yang belakang tu kenapa kalau dah tau nasi kerabu makcik tu sedap..ngekkkk! saje la nak try nasi kerabu pakcik tu..nampak macam menyelerakan..last2 dah beli keropok takde, sayur kemut, kuah sambal rasa macam nak basi pon ada..huh! kecewa..

Ni Affan punye..aku oderkan daging bakar & cili berlada..

 Bubur lambuk ni Affan dapat masa ambik Raiisah kat sekolah..

Kuih tepung talam gula merah yang beli kat makcik tu..

Rasa dia perfect..dengan lembik2 nyer dengan tak manis nyer...arghhh!! balik ni nak beli lagi la..tak puas beli 6 ketul semalam..

Ni feveret Affan kuih seri muka..dia cakap kenapa beli banyak?? ekelehhh banyak konon last2 aku makan dua ketul yang lain dia tibai semua.. pastu pujuk aku takper besok b beli lagi ekkk..eleehhh nak sedapkan hati kita..tu la tak cukupkan, sedapkan, nak lagi kan..hahaha..aku beli 6 ketul satu lagi makcik tu sedekah kat aku..alooo baik sangat makcik ni..mekasih makcik..korang tengok pon dah tau kesedapan kuih seri muka makcik ni kan.. ^_^

Ni  feveret mekcha, taufufa.. "Mummy tak nak ambik gambar" hahaha Marah ambik gambar dia tengah makan..pastu belikan Raiisah nasi kukus ayam berempah..

Air soya ah soo ni sedap betul..setiap kali bulan puasa wajib beli air soya ah soo ni..terbaik!

Affan : pergi beli kuih akok ni napa? makan ke kuih akok ni??!!! ni semua nafsu ni, nafsu ni..ni la dia orang perempuan..tengok kat negara Syria tu, dorang macam mana susah tau nak cari makan..huny jangan la membazir beli makanan kat bazar ni..tu yang b tak bagi huny pergi sorang2 bazar Ramadan ni, semua dia nak beli..yerla yerlaaa..mana ada banyak saya beli..beli kuih2 je pon.. =P

See keropok lekor..keropok lekor penyelamat, makan dengan nasi kerabu..

Kuih telinga gajah..tu jer..korang rasa banyak ke..tak kan..laki aku memang tak boleh tengok benda bazir2 ni..eh dia beli macam2 takper pulak kan..hahaha tapi memang jarang pon dia pergi bazar ramadan beli tah apa2..aku jer macam tu, ada penyakit rambang mata..hihi..masa berbuka seketul je aku makan kuih ni..hahaha memang kena ceramah agama la dengan Affan.. >_<

Paling best pagi tadi terlajak sahur..sedar2 yeaa dah pukul 6..ermmm tak puasa la jawabnya hari ni..tak boleh weiii mengandung ni memang wajib kena sahur kalau tak aku rasa perut ni takkan dapat bertahan sampai ke petang..ni kali ke dua tak bangun sahur..kalau tak mengandung takper boleh je puasa tanpa sahur..baru berangan2 nak puasa penuh tahun ni..huhu..masa mengandungkan Raiisah sehari je tak puasa..

Ok la harap dapat bertahan puasa sampai next week..amin...

piece : kathyjem

3 comments:

Cik Tie said...

aamiin.. moga dipermudahkan ya

shamsiah ismail said...

Alhmdulillah..iye mmg sedp...terbaik

khairol Drifter said...

jutaan terima kasih puan sebab sudi post berkenaan kuih ibu saya,ibu saya berniaga disitu lebih 33 tahun, saya ada bercadang untuk suruh ibu saya berehat dan handle je perniagaan yg saya akan buat, tapi jawapan beliau agak menyedihkan, KESIAN KT PELANGGAN MAK NANTI, DEPA MAGHAH MAK TK MENEGA, inn syaa allah ibu saya akan teruskan berniaga di situ dan dalam masa yang sama kami anak2 akan cuba buat mak bekerja sebagai pengarah yang akan menguruskan pekerja untuk memberi pelanggan ibu saya kepuasan dalam setiap gigitam, sekali lagi sy ucapkan jutaan terima kasih buat puan yang sudi menulis berkenaan kuih ibu saya.