Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, November 30, 2016

Bertungku Bertangas Berurut dalam pantang..

Lepas ni aku akan merindui dunia berpantang 44 hari..kira2 jari...eh ehhhh tinggal 5 hari abis la dunia pantang ku iniii..kejapkan 44 hari..tapi serius pantangkan si Afif ni aku rasa sekejap sangat masa berlalu..masa Raiisah tu mak aiii berjanggut nak tunggu 44 hari..bangun tidur menyusu, bangun tidur menyusu je kerja aku, tu yang rasa masa sangat lambat berlalu..hahaha

Sekarang ni dah ada part time business sendiri, mungkin sebab tu aku tak rasa sangat masa berlalu kot..ko dalam pantang2 ni pon tangan kaki ligat buat kerja..ingat mak hayam bersenang lenang dalam pantang goyang kaki..tak yee...kerja tetap kerja, pantang tetap pantang..haha..gigih gak nk kerja..orang sekarang tak sama pantang macam orang dulu2 berpantang..zaman sekarang patang tak abis lagi kaki dah panjang nak keluor rumah.. eh nak pergi klinik kena la keluar rumah gak kan..hehe..


Tapi tungku kesayangan ni 44 hari tak tinggal..kalau ada tertinggal pon sehari dua macam tu je la..nak tungku macam mana kat luar hujan so takleh ambik daun kat luar rumah..hahaha alasan apa ni.. >_<

Gambar kat atas ni tungku mak bidan punya..pakai batu sungai..hat yang aku pakai besi..besi tak tahan sangat cepat sejuk..setengah jam bertungku dah sejuk besi tu..tapi kat rumah mak aku ni nasib baik mak ada simpan batu sungai..tu pon baru perasan batu sungai tu dok molek je kat dapur..mak aku pon boleh tak perasan kewujudan batu tu dalam rumah selama ni..mak ingat dah hilang mana tah..yerla pindah randah pindah randah lupa terus batu sungai tu letak mana..batu sungai ni mak aku pakai masa dalam pantang kan aku dengan akak aku..masih elok lagi..silap2 batu sungai yang aku pakai ni pas kat raiisah pulak..πŸ˜‚πŸ˜‚

Kalau korang tanya aku antara besi dengan batu sungai mana yang bagus ofcoz la batu sungai..bertungku 2 jam pon still boleh rasa panas dia..seeloknya tungku pagi dan petang..mana nak cari batu sungai tu?? ofcoz la kat sungai dik nonnnn takkan nak cari kt KLCC pulak dik.. πŸ˜›

Mak bidan siap tunjuk cara2 betul nak balut batu sungai ni..kena banyak daun mengkudu baru kain tak terbakar..ni dia tunjuk kat aku..esok2 nak buat sendiri senang dah tahu..kat rumah mak takde daun mengkudu so mak pakai daun pandan dengan daun pokok jambu..yang dalam gambar ni mak badan bawakkan daun mengkudu dr rumah dia..sehari sekali mesti kena tungku..kalau rajin 2 kali sehari..rasa macam nak makan je bau daun pandan bila dibalut dengan batu sungai..

 Siap dah balut untuk di tungku..ok mula2 sekali kena urut satu badan..dah urut satu badan baru tangas..dah selesai tangas dlm 44 minit baru tungku..

Nila mak bidan yang urut kita..nama mak bidan ni, Cik Nah..jiran nun hujung selekoh dekat dengannrumah..dia memang buat pakej berurut dalam pantang tapi dia tak ambik berurut jer..dia buat semua sekali, berurut, tangas, tungku..kalau mana yg nk urut tambah susu or susu bengkak cik nah boleh je buat..just bagitau jer..kalau tak nak pon takper..

Pakej untuk semua sekali yang aku cakap atas tu dalam RM200 termasuk transport..ko cakap je tinggal kat mana sampai la cik nah depan rumah..

Ni nombor phone cik nah 012-2069557 , kalau siapa yang berminat nak guna khidmat cik nah ni boleh call or whatsapp cik nah..tapi cik nah buat urut lepas bersalin jer..kalau nk suruh cik nah stay kat rumah memang dia tak ambik..so ada apa2 nak tanya pasal pakej berpantang ni boleh call terus cik nah..aku share ni pon sebab puas hati dengan khidmat yang dia berikan..

Alhamdulillah lepas urut dengan cik nah terus badan rasa segar..kalau tak rasa lemah je , jalan pon macam kura2..lepas urut rasa nk berlari satu rumah..amboii over ni nak lari terus..hahaha..

piece : kathyjem

Tuesday, November 29, 2016

KAAY buat sale!

Sale sale sale..!!! pergi shopping mall kat mana2 tempat semua buat sale kan..nasib la akak tuan tanah ni dlm la pantang kalau tak mau tangan ni mencapai-capai..hahaha yeker tu boleh caya ke tangan tak capai2..

Tu hari2 abang posmen hantor barang kat rumah tu apa cer??? alamak tercerita pulak..kantoiii...hahaha..dok rumah ni lagi bahaya tau..tangan ni asyik  gatai nk klik klik klik...sampai mak cakap, apa lagi la barang ko oder ni kathy oiii..

Ramai tanya KAAY takde buat sale ke?? mestila ada sayang2 ku..mana leh takde..dah janji KAAY akan buat sale hujung tahun ni, pasti janji akan ditunai..

Alhamdulillah KAAY semakin dekat dihati pengguna..happy tengok customer2 yang berpuas hati dan suka pada KAAY..terima kasih korang yang sentiasa support KAAY dari mula2 KAAY menapak sampai la sekarang..terima kasih sekali lagi..shayang korang semua..😘😘

Siapa2 nak cuba dan rasainya betapa bestnya pakai KAAY ni korang boleh whatsapp nombor ni untuk oder 011-28811281 atau korang boleh contact agen2 KAAY di ig @kaay_cosmetics😊

Selamat membeli shayang2 semua..jangan lepas peluang dapatkan harga runtuh  setahun sekali ni ok..

piece : kathyjem

Monday, November 28, 2016

Treenie Kompakto Double Breast Pump & Haakaa silicone breast pump..

Salam semua..ramai yang tanya breast pump brand treenie kompakto ni ok ke tak?? ok la aku review sikit brand treenie kompakto ok..ni pon tertengok iklan treenie ni kat fb..memang kebetulan masa tu memang nak cari breast pump elektrik..saje nak try elektrik pulak..

Masa Raiisah dulu guna manual jer sebab fobia giler nak guna letrik..pernah guna breast pump letrik brand Spectra..wooo sakit giler wooiii..dah la luka, pastu pump sampai keluar darah..susu putih terus jadi sirap bandung..hahaha..nak tak nak kena la pump gak kan kalau tak bengkak..pastu terus fobia guna elektrik, guna la tangan untuk pump susu..sampai lenguh2 la badan nak perah  keluarkan susu..

Dok terfikir sampai bila pump guna tangan..servey2 ramai cakap guna breast pump manual brand avent sebab tak sakit..so far pakai ok memang tak sakit and soft je masa pump tapi pump tu dah selamat ke tangan orang lain..hehe sampai sekarang tau boleh rasa kesakitan masa menyusukan Raiisah masa baby..huhuhu

Ok berbalik pada tajuk asal.. breast pump treenie ni aku suka sebab , first sekali dia murah, ringan dan compact, senang nak simpan dalam handbag, ada usb cable, so rasa2 dah bengkak boleh pump dalam kereta and boleh cucuk dengan power bank..

Siap ada 2 free botol..boleh adjust levels..rasa2 nak susu tu keluar cepat tekan + dan lagi satu treenie ni sangat sesuai untuk nipple sensitif dan kecil..kalau nipple jenis besar agak kurang sesuai untuk brand treenie ni..ada massage levels jugak, maksudnya sebelum kita nak pump kita massage nipple kita tu takde la dia terkejut masa pump tu..

Ooo harga dia RM139..aku beli masa ada promotion sale kat IG Fabulousmomcom..kebetulan stock ada kat kedai..hari tu servey kat IG besok tu suruh Affan cari kat kedai dia sebab nak pakai cepat..nasib baik beli cepat..hari ni beli besok Afif masuk hospital demam kuning..bayangkan pakai manual jenuh la nak mengepam kat hospital..

Lagi satu Haakaa silicone breast pump..ni beli masa expo baby kat Midvalley hari tu..ramai review kat silicone breast pump ni best bila pakai and tak sakit..Harga RM69 tak silap masa beli hari tu..tapi aku tak beli penutup dia..yang penutup harga dia RM27 masa tu..


Haakaa silicone breast pump ni aku pakai time menyusukan Afif..sebelah bagi menyusu sebelah lagi tadah buat simpanan..tkde la membazir terbuang macam tu..ada yang tanya sakit tak pakai Haakaa silicone breast pump ni..sejujurnya tak sakit langsug..event nipple tengah luka pon still tak rasa sakit..


Sekarang Afif menyusu kat 30z..kadang tu 3oz , rass macam tak cukup je dia minum..gini la setiap hari buat simpanan stock untuk Afif..sebelah bagi dia minum sebelah lagi simpan..susu yang di simpan dalam freezer besar tu boleh tahan sampai 3 bulan..


Selesai menyusu dengan pump terus taruk nursing cream ni..suka la pakai brand cocoa butter ni sebab kesan dia sangat cepat..kalau nipple luka or merekah ke apa sangat sesuai pakai cococa butter formula ni..lepas apply kalau baby nak menyusu lagi takyah basuh boleh terus bagi baby menyusu..bau pon sedap, bau cokelat rasa macam nak makan..yang aku beli ni size 30g kecik jer, RM20..


Harap2 cukup la bekalan untuk Afif ni bila mummy dah kerja..bukan apa macam risau pulak tak cukup, yerla tengok dia menyusu 2 jam sekali dengan 3oz nyer..haihh cuak gak ni..takper mummy positive thinking okey.. =) selamat mengepam..hiiyakk!!!

piece  : kathyjem

Thursday, November 24, 2016

Siapa Nak DD Cushion FREE dari KAAY??!

Siapa nak Super Moisture Cushion PERCUMA dari KAAY?? sila angkat ketiak..hahaha Betul ni tak tipu kita nak bagi Free DD Cushion KAAY kt korang..takyah panjang lebor nak menaip or komen bagai ke apa, just tepek gambar korang dengan kawan baik korang, dah itu sajer..caption boleh letak, terplulang yang penting gambor kena menarik dan ada cerita tersendiri..gitewww...pastu jangan lupa hastag #bffcontestkaay dan tag sekali bff korang..

Tapi sebelum tu kena la follow Instagram @kaay_cosmetics dulu naaa baru boleh join contest ni..klik je button follow @kaay_cosmetics tu..


Make sure korang yang join contest KAAY ni akaun Intagram jangan di private kan pulak ye..nanti macam mana pulak nak pilih pemenang kalau dah di private kan..Gambar yang menarik tertarik di mata juri akan kami umumkan setiap minggu..2 pemenang akan memenangi DD Cushion dari KAAY Cosmetics.. ^_^

Throwback sikit gambar tuan tanah dengan KAAY..behehehe Selamat meng-join  #bffcontestkaay...join je mana tau rezeki korang boleh menang kan.. =)

piece : kathyjem

Tuesday, November 22, 2016

Sudocrem paling berkesan untuk baby

Hi korang..saje nak share dengan korang nappy cream untuk baby..serius memang kesan dia sangat cepat dan mujarab..dulu masa Raiisah baby pakai nappy cream brand Pureen..mula2 pakai ok lama2 macam tak serasi pulak dengan Raiisah..ingat lagi macam2 brand la try pakai semua pon keluar ruam kat celah peha..Raiisah pulak kulit dia jenis sensitif sikit , cepat naik ruam..padahal lampin kerap kot tukar pon naik ruam jugak..

So yang adik kali ni aku banyak research..ecece takde la research sangat pon..ni pon terperasan IG Hanis Zalikha pakai brand Bepanthen untuk anak dia..dia cakap ok brand Bepanthen dan serasi untuk anak dia si Yusuf yang comel tu..

So aku pon try la pakai Bepanthen ni untuk Afif..ok kesan dia cepat gak ruam tu hilang..tapi tu la baby kan kerap berak..sehari berkeping-keping diapers tukar pon naik ruam jugak walaupon sapu nappy cream..

So disebabkan Bepanthen tu dah nak abis..nak pergi beli macam malas..hahaha bukan malas boleh je suruh Affan beli tapi teringat masa lepas bersalin hari tu Hospital An-Nur ada bagi free nappy cream brand Sudocrem..so baik pakai dari expired macam gitu je..balik dari hospital bersalin hari tu macam2 hospital An-Nur bagi..ada pampers, sabun pencuci pakaian baby, sabun mandi dan juga nappy cream..terima kasih An-Nur Bangi..

Fungsi Sudocrem ni melegakan dan melindungi kulit bayi..Sudocrem ni bertindak 3 cara yang mudah..pertama ia mengandngi emolien yang melegakan kesakitan..kedua, sifat penyejuknya yang dapat melegakan kesakitan dan kerengsaan..akhir sekali, asasnya yang tahan air membentuk rintangan sebagai perlindungan, membantu mencegah perengsa iaitu urin dan tinja daripada bersentuhan dengan kulit..kalau pakai hari ni esok tu terus ruam kurang..

Tapi Sudocrem ni bukan pakai untuk ruam lampin je boleh juga diguna untuk luka, lecet, kelecuran ringan, melegakan keadaan-keadaan kesihatan kulit seperti akne dan ekzema..

Sangat sangat recommended untuk ibu di luar sana yang tengah mencari cream ruam lampin paling berkesan..harga berapa?? alaa tak sure pulak berapa harga berapa sebab cream ni kan dapat free..hehehe yang Bepanthen tu kotak kecik rm8.90 macam tu..

Kalau korang tanya aku antara Bepanthen & Sudocrem mana yang ok..bagi aku Sudocrem sebab kesan dia lagi cepat.. =)

piece : kathyjem

Monday, November 21, 2016

Afif Uthman Genap Sebulan

Halo halo!!! semalam 20 November 2016 genap Afif Uthman setahunnn..eh setahun pulak sebulan..Badan dia pon nampak dah berisi sikit, dulu lahir cekeding je badan..eh cekeding cekeding pon berat 3.4 kg gak tau..tunggu next check up baru tahu berat badan dia berapa..macam kakak dia jugak lahir2 halus..tapi dah besar pon haluih jugak..hehehe


Sekarang dia pandai gelak..ingat lagi masa baru lahir hari ke-5 ke ke-6 macam tu..dia tengah tido masa tu, yang aku pulak tengah scroll phone, tau2 terkekek-kekek dia gelak..terkejut aku jap..eh adik baru berapa hari lahir dah pandai mengekek..orang tua2 kata budak baru lahir kalau gelak maknanya dia tengah gelak dengan dik-adik dia..setiap baby ada dia punya penjaga..ni orang tua2 la cakap..tapi masalahnya gelak dia macam budak 3 4 bulan gayanya..budak2 sekarang kan cepat nau perkembangan dorang..kita dulu baru lahir tido sesajer..nak tengok celik mata pon punya payah..mungkin jadi macam tu sebab faktor makanan or ubat-ubatan yang kita makan..maybe.


Kakak dan adik..sejak dok rumah nenek ni balik badan makin mengembang..mau tak siang malam asyik mintak nasi je..yang nenek ko pulak tak reti bagi makan benda2 pelik..mesti bagi nasi..rindu air tangan nenek la tu..nenek dia kalau suap nasi letak kicap sikit dengan ikan goreng pon boleh bertambah-tambah..yerla lahir2 nenek dia jaga mesti la tau cucu dia suka makan apa..

 Afif sekarang ni kuat menyusu..betul la orang cakap, baby boy memang kuat menyusu..tak dan nak bengkak..skali Afif sedut hilang terus bengkak..kadang-kadang 2 jam sekali dia bangun menyusu, kadang-kadang 3 jam sekali..siang lagi kerap, malam 2 jam sekali..Raiisah dulu minum sikit tido berjam-jam..buat stock susu untuk Raiisah masa tu banyak giler..penuh dalam freezer..berbulan2 baru habis..baby perempuan kurang sikit menyusu bandingkan dengan baby boy asyik nak menyusu je..

Yang Afif ni tak sempat nak buat stock abis licin dia minum..sekarang ni dah 4oz tau dia minum..memang ajar dia menyusu dalam botol..kang ajar menetek je botol susu langsung tak nak..pengsan nenek nak jaga nanti..

Mummy kerja nanti cukup ke idak stock awak ni..harap2 cukup la..kalau tak cukup terpaksa la minum suplement untuk tambah susu..buat masa ni aku tak ambik apa2 suplement untuk tambah susu..cukup makan sayur and minum susu..Alhamdulillah cukup untuk Afif..

Tengok gigi rabbit kakak ye..hahaha


Peel sama macam kakak dia..time berak menangis..mula2 ingat menangis sebab lapar nak menyusu rupa-rupanya teran nak memerut..tapi Afif ganas lagi..kalau lambat susu masuk ke mulut meraung dia boleh bergegar satu kawasan Sg. Buloh ni..siap teran2 suara..urghh urgh!

Ohh lupa nanti kena bawak Afif pegi check up dan cucuk sebulan..Klinik mana nak pergi ni ek??

piece : kathyjem

Wednesday, November 16, 2016

Pengalaman Bersalin Anak Ke-2, Afif Uthman

Ini la masa yang ditunggu-tunggu kan..ewah! macam apa je kan padahal nak cerita pasal bersalin je pon..kekeke..tak sabar ni nak share pengalaman bersalin anak ke dua ni..dah masuk hari ke-27 baru la ada mood nak bercerita pasal bersalinkan Afif..jangan ada termis sudah..banyak urat putus lepas bersalin ni..eh tak lupa siap buat catatan simpan dalam memory phone lagi takut lupa..haha..setiap jam semua aku take note tak nak terlepas memori indah saat2 melahirkan Afif Uthman..giteww..nanti Afif dah besar boleh tengok blog mummy ye macam mana susah senang mummy melahirkan awak..ok la tak mukadimah panjang2..

Pada 20 Oktober 2016 hari Khamis aku ada check up pagi tu..memang hujung2 bersalin memang setiap minggu kena datang check up..masa tu dah masuk 39 minggu..Doktor cakap tarikh due date aku bersalin lebih kurang macam Raiisah gak 39 minggu..selalu anak first dengan nombor dua due lebih kurang tak lari banyak..kalau lari pon seminggu lebih macam tu je la, antara awal seminggu or lewat seminggu..aku doa banyak2 supaya bersalin 39minggu..

Pagi tu macam biasa la bangun pagi siap nak ke hospital..tapi dalam minggu tu memang aku dah start rasa semacam kat bahagian perut, mengeras-geras macam tu..aku budjet hari Jumaat kot beranak..amboiii siap nak pilih hari jumaat penghulu segala hari ni..hehehe sekali beranak hari Khamis..pon dah bersyukur..

Masa sampai hospital nombor giliran dapat awal sebab mai awal kan..Kat An-Nur ni kalau datang check up kena datang sebelum kol 8 memang akan dapat nombor giliran cun..kalau mai kol 8.30 ke atas memang berjanggut la korang nunggu..orang dah ramai masa tu..silap2 sampai ke petang baru dapat jumpa doktor..

Ok sambung cerita..Elok je masuk bilik Doktor Khamsiah pagi tu terus doktor cakap macam mana ada rasa sakit2 ke, ok saya nak check takut dah ada laluan..dalam hati, alamak kena seluk la ni..agegege..tersentak jap kena seluk..sakit oooo..tu la orang kata time kena seluk teknik pernafasan tu amat penting ye..hahaha..seluk punya seluk doktor kata dah buka 4 cm..OMAIII 4 cm dah! terus jantung gerak laju2..yeker doktor 4 cm dah ni???..ececece dan2 buat tak percaya 4 cm dah kan..yerla nombor dua ni takde turun apa2 pon..macam Raiisah dulu nak dekat bersalin turun darah..so aku ingat macam lambat lagi nak beranak ni sebab takde turun tanda apa2.. tup tup 4 cm kooo..

Lepas doktor bagitau dah ada laluan dan hari ni boleh bersalin terus muka Affan cuak..doktor pon macam pelik tengok muka Affan dok berkerut2..doktor tanya kenapa?? Affan cakap la besok pagi dia ada interview..Doktor siap cakap takper biar wife awak bersalin hari ni..besok pagi awak interview dah takyah fikir pasal hal ni..bagi settel bini awak bersalin hari ni..doktor rasa In Sha Allah lepas Zohor bersalin wife awak ni...terus aku pandang Affan, Affan pandang aku..Lega dengar bila doktor cakap macam tu..

Boleh lagi cakap dengar doktor, nak balik rumah dulu..ada barang nak bawak..ko tau barang apa aku dok teringat nak bawak..kain batik, telur separuh masak dengan air milo + majerin..kekeke banyak2 benda, 3 benda alah tu dok aku teringat dan penyebab aku nak balik rumah..hahaha alasan sangat nak balikkan..padahal dah cuak masa tu..takper nanti tanya nurse kot2 nurse cakap dengan doktor kot2 dia bagi balik ke kan..ecehhh nak jugak balik tu..nurse cakap tadi doktor cakap apa kat Puan..ermmm doktor tak bagi balik..haaa kalau doktor dah cakap macam tu memang puan takleh balik sebab puan dah ada laluan 4 cm takut anytime puan boleh bersalin, kang takut beranak atas jalan pulak..nurse tu siap cerita masa dia bersalin dulu pagi check 4 cm lepas Zohor terus beranak..cuak pulak bila nurse tu cerita macam tu..ok saya patuh pada arahan doktor dan nurse..ngeh ngehhh

Affan siap cakap..Awak ni kisah milo & majerin telur separuh masak tu je..nanti saya buat la semua ni jangan risau la..awak bagitau je barang apa lagi nak bawak nanti saya bawakkan.. Aku : hehehe takde apa dah kot makanan tu je saya nak awak bawak dengan kain batik.. Affan : iishhh risau sagat telur dengan air milo dia tu... aku : ngehhhhh ^___^ mesti la nanti kang takde tenaga nak push.. Affan : cehhh! sudahnya kain batik tak pakai pon..kekeke

Settle bayar bil, isi borang baru dapat bilik..Kol 10.30 pagi masuk ward...nak ambik single room tapi penuh, yang ada bilik 4 katil..tapi tu la 4 katil ni husband takleh stay sampai lewat malam..kol 10 malam kena chow..takper la satu malam je , harap2 besok dapat balik..

Kebetulan masa aku check in ada dua orang patient so ada 2 katil kosong..nampak mak buyung kemain melebor dok atas katil..muka happy ye kak tak sabar nak push..

Tak sampai berapa minit dok atas katil nurse datang bagi baju dengan set mandian..baju kuning pakai masa mula2 sampai..baju pink tu pakai masa dah dalam labour room..

Elok dapat bilik aku suruh Affan balik jap buat air milo + majerin..siap pesan kat Affan majerin tu letak banyak2 dengan susu satu sudu bagi ada rasa..letak majerin banyak2 senang sikit nak push baby..hehehe ni petua dari manjer Yana..telur separuh masak jangan lupa tau b..orang pagi2 makan telur separuh masak, yang aku beranak lepas Zohor sibuk nak makan telur separuh masak apa kes..hihihi..bagi ada tenaga katanya..

Elok Affan bla, makanan untuk lunch pon sampai..elok baru 2 3 suap nasi kat mulut nurse datang nak check bawah..adehhh kena seluk lagi..ok seluk kali ni tak sakit sangat..masa ni contraction tak rasa lagi..nurse check kata dah buka 7 cm..wuttt 7 cm?? biar betui nurse ni..awat tak rasa sakit apa pon..terus nurse cakap..Puan kita kena tolak puan masuk labour room sebab dah 7 cm..nanti puan sambung makan kat labour room..aku pon ok je la kan..

Pukul 12 tghari masuk labour room..Ni la labour room..siap tanya nurse lagi..Kat sini ke saya beranak nurse..ye puan kat sini la puan beranak..dalam hati, kemain cantik labour room dia..pastu nurse suruh tukar baju pink sebab dah masuk labour room baju pon kena la tukar..pastu kena masuk ubat bontot..hehe

Terus laju2 call Affan..B cepat datang saya punya laluan dah 7 cm ni, anytime je ni.. Affan dengar  7 cm kelam kabut terus dia..Ok2 nanti b terus datang..lepas call Affan dalam hati berkat-kata, yeker 7 cm ni tak rasa contraction apa2 pon..Raiisah dulu 7 cm dah bergegar-gegar katil menahan sakit..

Ok sambung makan balik sementara tunggu Affan mai..

Dorang siap bagi buah-buahan sunnah..abis aku makan..elok tengah kunyah makan buah kurma Affan pon sampai..Sempat minum milo je sebab dah kekenyangan makan nasi..telur separuh masak tak makan..hehehe tu la nak kemain lagi bila Affan dah bawak tak makan pulak..kenyang sangat, kang makan telur tu mau aku muntah balik semua nasi..

Tengok jam kat kol satu nak masuk Zohor..sembahyang dulu sementara tunggu doktor datang check..dalam pukul 2.30 macam tu doktor Khamsiah pon mai nak pecahkan air ketuban..doktor check masa ni 5 cm..laaa 5 cm ke mati2 ingat dah 7 cm..macam mana nurse sebelum ni check kat 7 cm tah..ermmmm.. patut la takde rasa sakit upernya baru 5 cm..hehehe

ko lepas doktor pecahkan air ketuban dalam setengah jam lebih macam tu baru ada rasa contraction..selang 15 minit rasa sakit..tapi sakit yang boleh tahan lagi la..nasib ada pengalaman kan so dah tau la teknik2 pernafasan yang betul..tu pon dah lupa banyak..hari2 dekat bersalin baru google balik tengok macam mana teknik2 pernafasan yang betul masa nak beranak semua tu..yerla 4 tahun lepas beranak kot mana nak ingat semua tu..

Lepas tu dorang masukkan air kat badan..sebelum masukkan air nurse tanya ada minum air selusuh tak..aku cakap ada..ok nurse suruh stop minum air selusuh sebab takut bacaan tak tepat..lepas dah drip air kat tangan selang berapa minit contraction mula kerap..segala doa la baca masa ni..Dalam labour room ada tampal ayat2 zikir..bagus jugak An-Nur buat macam ni at least ibu2 yang tengah dok menahan sakit leh tengok zikir yang ditampal kat dinding tu..siap dorang pasangkan ayat2 suci Al-Quran lagi..tenang je bila dengar walaupon tengah menahan sakit.

Start kol 3 lebih aku dah start rasa sakit sangat2..masa ni dah bergegar katil menahan sakit..kat kol 4 macam tu contraction lagi kerap..selang 1 minit contraction tu datang..Affan urut2 belakang nak kasi kurangkan sakit..siap aku cakap takyah urut la b makin lagi sakit rasanya..padahal urut belakang tu sakit makin kurang yang aku terbalik..hehehe biasa la dah tengah sakit giler semua benda tak kena..

Masa tengah azan Asar aku masih menahan sakit..dalam hati, ooo masuk Asar dah..masa ni dah start nak push dah..nurse check dah 8 cm..dah 8 cm ni tak sabar pulak nak push..rasa macam nak terberanak sangat2 dah tapi nurse kata jangan push lagi tunggu doktor Khamsiah datang..alaaa tunggu doktor Khamsiah pulak, padahal dah tak sabar nak push ni walaupon baru 8 cm..

Elok doktor Khamsiah datang dah buka 9 cm..nampak la dua orang pembantu doktor khamsiah check..siap jeling2 , ooo belum lagi ni, takper sikit lagi..apa belum lagi..dalam hati, aduhhhh rasa macam nak push sangat2 dah ni tapi dok kemut2 menahan..ok semua dah ready , ada rasa sakit doktor suruh push..nurse sangat2 membantu masa ni siap tunjuk cara pegang kat tepi katil tu macam mana..ok awak pegang kat tepi katil ni..hembus nafas lama2 jangan hembus sekejap2..pastu pandang perut..

Ok ok saya rasa nak push dah..1 2 3 pushhhhhhhhhhhhh!!! erghhhh!!!! push lama2 lagii....ingat korang masa nak push tu jangan keluarkan suara..push macam nak berak tu..haa push macam tu..masuk kali ke dua aku push terus doktor zasss gunting..ko siap dengar bunyi doktor gunting kat bahagian tu, tapi kita dah sakitkan mana nak rasa pepek kena gunting..hahaha Affan cakap lepas kena gunting darah memancut-mancut keluar..kepala baby pun dah nampak..siap doktor suruh Affan tengok.. Doktor : nampak rambut anak awak.. Dengar doktor kata nampak rambut lagi la semangat nak push...ok2 contraction datang..ok pushhh lagi...aku rasa push yang ke 4 ke ke 5 macam tu terus baby keluar..keluar2 tu dia tali pusat dah terbelit kat leher baby..mujur aku push kuat..kalau lama lagi tak tau la jadi apa..

Nampak baby dah biru masa ni..sempat lagi doktor Khamsiah suruh Affan ambik gambor.. Doktor : ok daddy cepat ambik gambar baby dengan mummy..dah kelam kabut masa ni jangan harap la nak bergambor bagai kan nasib doktor ingatkan, ada la kenangan baby fresh dari oven..hehehe

Pastu nurse bawak ke bilik sebelah bersihkan baby dan bagi oksigen..dah ok sikit baru bawak bagi aku tengok..sementara tu tunggu doktor jahit kat bahagian bawah dan keluarkan uri..dua kali doktor bius baru rasa tak sakit kalau tak boleh rasa doktor cucuk benang tau..ouchh!..

Cak!! Afif Uthman fresh dari oven mummy..lahir2 putih kena kuning terus gelap..behehe

Allah tembamnya anak mummy ni..macam Raiisah sebiji sama..nasib berat awak 3.4 kg sayang..kalau lebih jenuh la mummy nak push awak..nasib baik la mummy makan banyak2 tadi ada la tenaga mummy nak push awak..tu la orang kata kita nak beranak kena makan banyak2 supaya ada tenaga nak push baby..dan satu lagi sebelum beranak kena mintak ampun maaf kat suami..halalkan makan minum dengan suami supaya dipermudahkan bersalin..

oo lupa aku ada ambik ubat tahan sakit..menyesal pulak ambik dah rasa lalok2 menahan sakit..tapi nurse advise suruh ambik supaya pembukaan bawah bukak cepat..

Untuk kali pertama daddy dukung Afif..gigil2 ye daddy..hahaha daddy nye pon dukung macam anak first padahal anak ke dua dah ponnn..yerla 4 tahun berlalu lupa dah dukung baby ye daddy..kekeke

Gembira dan syukur dapat baby boy..Alhamdulillah dapat sepasang..kilang stop jap..hehehe Daddy dia la paling hepi dapat baby boy..tak sabar nak bawak anak lelaki dia main skateboard katanya..

Muka sembab baru lepas meneran sempat lagi selfie dengan doktor..Ni la doktor Khamsiah yang sambut baby Afif Uthman..suka hasil kerja doktor Khamsiah ni buat, kerja dia cekap dan teliti..Affan pon suka cara doktor Khamsiah ni kerja..yerla dia tengok kot dari start aku check up sampai la beranak semuanya teratur dan puas hati..Terima kasih Doktor..

Disebabkan aku fully breastfeeding so baby kena duduk dengan mummy..malam pertama Afif dengan mummy..malam tu Afif meragam sikit mungkin di tempat baru..Raiisah datang malam tu tengok adik dia sampai malam tidur mengigau..boleh dia kata mummy dengan baby jadi hantu..

Cak!! dah hari ke 2..pagi2 bangun mandi bersihkan diri..nanti dalam tengahari doktor Khamsiah nak datang check..Check2 doktor bagi tau petang dah boleh balik..Alhamdulillah mummy dengan baby semuanya ok..Selesai urusan interview daddy pagi tu terus daddy tengok Afif & mummy..

Eh baru dua hari lihat dunia dah pandai posing jari di muka..no no no mummy takkan benarkan Afif hisap jari macam kakak..nanti jari bucuk..ni kakak ni dah nak masuk 5 tahun masih lagi hisap jari..gigi pon dh jog sikit..huhuhu

Petang baru dapat balik..kakak Raiisah pon ada sekali teman mummy siap2 nak balik..macam tak percaya Raiisah dah jadi kakak kan..

Terima kasih pihak Hospital Annur Bangi coz memberi layanan yang sangat best dan superb , sepanjang saya berada di sana..Jom sayang mummy kita pulang..bermula la episod berpantang..lepas ni korang layan blog kathyjem pasal pantang pulak..kikiki

piece : kathyjem

Monday, November 14, 2016

2 Orang Anak Dah

Assalamualaikum semua..punye lama nak update blog tak berupdate-update..hari ni baru ada masa nak update..hari tu tak sihat, ni baru ok sikit..balik dari bawak Afif check kuning terus mummy demam..sori la ye kalau mana yang berwhatsapp mesej pm dm ke , kita lambat balas..al maklum la anak dah dua memang tak menyempat apa pon..hahaha amboiii macam anak 10 orang gaya tak menyempatnya..ko baru anak dua dia punya kelam kabut handle anak maciam 20 orang.. >_< baru ko tahu..

Ramai yang tanya bile Kak Kathy nak story pasal pengalaman bersalinkan Afif ni..tu la nanti kak kathy story mory ye sayang semua..ni tunggu badan kuat sikit ni ha baru syok nak mengarang..lepas bersalin faham2 je la takleh dok lama2 atas kerusi..sakitt oooo..sakit apa?? sakit kat bahagian jahit tu la dengan berbengkung nye lagi..takkan nak menaip baring pulakkan..hehe hari ni masuk hari ke-25 berpantang baru la badan kuat sikit kalau tak lemah longlai..


Kalau mana yang tak tahu kita dah selamat melahirkan baby boy pada hari Khamis 20 Oktober 2016..Nama diberi Afif Uthman bin Affan..Afif dah keluar baru la cari nama yang sesuai untuk dia..Maksud Afif (Yang Mulia, Suci dan Sopan) Uthman bin Affan (Sahabat Nabi Muhammad SAW)

Raiisah Awfiyah dan Afif Uthman..Macam tak percaya Raiisah dah ada adik..dia mula2 tengok adik dia kat hospital excited giler.. siap cakap "WOW Babyyy!!! so cuteeee!!!" hahaha muka teruja abis..sayang pulak tak record first reaksi dia tengok adik dia..masa tu bateri kong pulak..

Sayang adik ye kakak..jangan jeles2 dengan adik..mmuahhhhsss..

Alhamdulillah Allah beri sepasang boy and girl..yang ke 3 bile..?? hoiii jangan lambat lagi tu..hahaha dua cukup la.. *tibe2 teringat meneran Afif..ouch!

piece : kathyjem

Wednesday, November 9, 2016

Produk anti penuaan mana paling sesuai??

Lumrah wanita takut pada umur yg mana setiap tahun akan bertambah dan bertambah..Seramkan dengar bile umur menjejak 30-an ni? Mesti rasa saham turun kan..kalau dah berkawen ok takper lagi, kalau yang belum kawen seram sejuk dengar..hehehe bukan cakap sesiapa ek, cakap diri sendiri.. Tu pekara normal kan, takde wanita yang suka jadi tua..Bila sebut je umur makin meningkat mesti dah terbayang-bayang muka kusam, kedut sana sini, kulit tak bercahaya..

Wait waitttt jangan fikir terlebih sangat ye kakak-kakak sekalian..biarlah angka bertambah setiap tahun yang penting kita tahu cara untuk menjaga kecantikkan yang dimiliki supaya tidak dimakan usia, gitewwww...macam mana yaa nak kekal awek muda?? meh kita share sikit tips macam mana nak kekal awek muda sepanjang zaman.. ^_^

Rutin senaman -
Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu..kalau yang takde masa bersenam korang boleh cuba gerakan ringan yang mudah dilakukan..Contoh bangun pagi, jalan keliling rumah sekurang-kurangnya 15 minit..takpon senaman lantai yang ringan dan ringkas..kalau kat pejabat rehatlah sekurang-kurangnya 5-10 minit kalau sibuk sangat..bangun dari tempat duduk dan hirup udara segar dan regankan badan, atur pernafasan sambil pejamkan mata..

Rehat berkualiti -
Jaga tidur utk bagi tubuh berehat selain memproses dan membaiki sel dalam badan..Sekurang-kurangnya tidur 6-7 jam seari..jangan biarkan otak tidur dalam keadaan stress..dan lagi satu sebelum tidur elakkan minum terlalu banyak air kerana ia akan menyebabkan anda terjaga di tengah malam untuk ke tandas yang menyebabkan masa tidur terganggu..

Minum air kosong -
Dapat membantu menjaga kelembapan kulit..kalau kurang minum air menyebabkan kulit mudah kering dan ini menyebabkan kulit akan tampak lebih kusam dan mempercepatkan proses penuaan.

Pengambilan vitamin -
Kandungan vitamin yang terdapat dalam sayur-sayuran misalnya dapat membantu melindungi dan memperbaiki sel-sel tubuh awet muda..so korang makan la buah atau pon sayur-sayuran sekurang-kurangnya 3 kali sehari..baru la dapat kulit sihat dan awet muda..

Produk anti penuaan -
Kalau boleh kita guna produk anti penuaan ni sejak awal2 lagi, sekurang-kurangnya apabila usia sudah memasuki 20-an..Selain penggunaan produk pencuci muka, pelembap dan krim pelindung cahaya matahari, dan diikuti rawatan kulit wajah dengan penggunaan produk seperti serum, krim malam dan krim mata..Sebaiknya, pilih produk rawatan anti penuaan yang sesuai untuk umur kita sebab bahan2 yang terdapat dalamnya dapat membantu melambatkan proses penuaan..

Apa produk anti penuaan paling sesuai?? 


Olay Miracle Duo ni amat sesuai utk semua jenis kulit sebab ia dapat membantu mengurangkan garis halus di muka, bawah mata, leher dan pangkal leher..Nak nampak kesan yg terbaik, memang terbaik dan sangat baik harus kena pakai kedua-dua produk Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence + Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream..Hasilnya kulit akan nampak cerah berseri, lembut dan licin..

Meh tengok cara yang betul untuk pakai Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream dengan Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence nie dulu

Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence yang di reka untuk meningkatkan penembusan aktif anti-penuaan pelembap dan meningkatkan metabolisme sel kulit dan pembaharuan yang menakjubkan, kulit muda yang kelihatan sehingga 10 tahun lebih muda. Penurunan pertama bermula pembaharuan juta sel-sel permukaan dan membantu kelihatan mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada kulit muka..


Cara nak pakai just picit kepala botol untuk menarik cream ke atas..lepas dah picit terus letak ke atas permukaan kulit..

Selepas itu boleh sapu dengan menggunakan jari  dan ratakan disekitar wajah dan juga leher.


Yang best Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence ia menyerap terus dalam kulit hanya berapa minit..

Lepas tu apply Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream yang merupakan krim terkini dan paling laris di kategori krim anti-penuaan..Ini merupakan hasil penyelidikan yang telah dilakukan lebih daripada 50 tahun sehingga berjaya mengeluarkan formula yang mengandungi Amino-Peptide Complex dan Hydra-Firming Complex yang berguna untuk mengangkat, serta mengetatkan kulit wajah sehingga kelihatan jauh lebih muda.

Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream memberi kesan rasa yang pantas serta menyerap ke dalam kulit dengan cepat..


Gunakan dengan hujung jari..


Letakkan sedikit pada wajah dan leher..sapu pada seluruh pada muka..

See cepat dia meresap..best rasa macam tak pakai cream..


Dah hasilnya..

Kulit terasa lebih terhidrat, lembut, dan licin. Lihat keputusan dalam masa 5 hari penggunaan. Garis dan kedutan menjadi lebih ringan. Kulit kelihatan lebih sihat dan lembap.

Kadang2 yang baru kenal kita tanya, Kathy umur berapa??! dah 32 tahun.. eh eh macam tak 32 la, nampak macam 20-an.. amboii dengar orang kata muka macam 20 an kembang kembis hidung dengar..napa tak percaya saya dah 32 tahun..hahaha Sila la pakai kedua-dua produk Olay Regenerist Miracle Duo ini.. ^_^

More info layari website ye https://www.everydayme.com.my/olay 

piece : kathyjem