Klik Yer!! Mekasih...

Monday, August 10, 2015

Jom Tengok Konsert Raya Percuma!

Rasa2 tak ada buat apa Sabtu ni meh la pergi Oasis Piazza..Oasis Piazza akan buat konsert Raya Free sempena musim Raya ni..Masuk percuma jer takde kena bayaran apa2..Ada persembahan artis terkenal Anuar Zain dan Ratu Rock Malaysia, Ella..Ohhh abang Anuar ku dah la tak tengok anda beraksi atas pentas secara live..Kena pergi ni..Elizabeth Tan dan bintang rock legenda Man Kidal..

Tujuan konsert Raya ni adalah untuk menyatupadukan negara dan memberi sokongan kepada bakat tempatan dalam industri muzik dan juga meraikan kepelbagaian budaya Malaysia..Membantu kanak-kanak mangsa banjir di Kelantan..

Konsert mega selama 2 jam ni bermula 8.30 malam..Bertempat di tengah2 ciptaan istimewa Sime Darby Brunsfiled Group, Oasis Square..Kot-kot la masa persembahan konsert raya tu tak nampak artis tu tengah nyanyi kan jangan risau, Oasis Piazza menampilkan pentas hadapan berganda dengan saiz penuh, berserta skrin besar di seluruh lokasi untuk pastikan tetamu yang hadiri tidak akan terlepas menyaksikan seluruh persembahan malam tu nanti..

Korang juga boleh beramah mesra bersama bintang-bintang artis kesayangan selepas persembahan mereka..

Siapa yang teringin nak tengok bintang rock legenda Man Kidal bermain gitar pada malam konsert raya tu jangan lupa datang naa..bawak mak, abah, adik, abang sekali tengok konsert free ni..Hos malam tu Cheryl Samad..


Ni la dia Oasis Piazza..Kot2 la pening2 lalat nak cari Oasis Piazza ni kat mana siap tunjuk gambar lagi..Oasis Piazza ni terletak hanya beberapa minit dari Lapangan Terbang Subang..Rekabentuk bangunan Oasis Piazza ni ala2 laman al-fresco di sepanjang aliran dan pancuran air yang mendamaikan gitew..Pernah datang sini dengan Affan..cantik tempat ni..Macam2 kedai dalam Oasis Piazza ni..Pernah makan satu restoran arab kat sini sedap bangat..masa makan tu mengadap air panjut depan tu memang mengaksyikkan sungguh..

Oasis Piazza menempatkan restoran gourmet tempatan dan antarabangsa yang dipilih, bagi menyediakan peluang kepada komuniti setempat untuk merasai pelbagai pilihan sajian.. Lokasi yang dipilih boleh menempatkan 7,000 ruang parkir jalanan secara keseluruhan dan cukup untuk menampung jumlah pengunjung yang ramai untuk satu-satu masa..


So jangan lupa datang beramai-ramai bawak kaum keluarga untuk saksikan konsert Raya @Oasis Piazza pada hari Sabtu ni secara percuma di Oasis Square okey..

Address :

Oasis Piazza terletak di Jalan PJU 1A/7A, Oasis Square,
Oasis Damansara 47301,
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 

piece : kathyjem

No comments: