Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, June 30, 2015

Bulan Puasa Pergi Mini Zoo

Hari tu bawak Mek Echa jalan2 Mini Zoo dekat Bukit Broga..tak plan pon nak datang sini..Dah sampai rumah Umi, tup tup Umi takde keluar pergi cari barang..Nak tunggu takut Umi lama, kunci pulak takde tapi sebelum tu dah bagitau Umi kiteorang nak datang Kajang..Call-call Umi tak angkat, maybe tak dengar kot.. Affan cakap round2 dulu sementara menunggu Mak dia beli barang masak untuk anak2 yatim..

Dah alang2 ada kat Kajang moh la kita pergi Bukit Broga..tak pernah sampai Bukit Broga sebenarnya...sedihkan..Cakap pasal Bukit Broga teringat sebelum pregnantkan Raiisah aku pernah plan dengan Ceera nak mendaki Bukit Broga, alih2 dua2 pregnant..maka terbantut la hajat kami berdua nak mendaki Bukit Broga..sampai la ni tak naik2..Ceera sampai dah beranak 3 pon  plan tak jadi2 jugak..Eh nombor tu belum lagi..Ceera jom tahun depan..hehehe Ada berani..

Tak tau pon kat Bukit Broga ni ada Mini Zoo..Affan cakap masa dia kecik2 selalu datang sini..

Matahari mencanak atas kepala bawak anak pergi Mini Zoo, sendiri mau ingat la yer..dah la puasa..hikhokhikhok

Sampai2 nampak horse.. 'Mummy horse' pastu buat bunyi horse..

Sebelum nak masuk beli lobak sebungkus nak bagi binatang2 kat sini makan..Sebungkus RM10..

Rabbit Fun Land ni ala2 mini zoo pon ada..tapi tak banyak sangat binatang yang ada kat sini..tempat ni dah lama kot dari zaman Affan kanak2 dah wujud Rabbit Fun Land ni..

Bagi kambing makan pulak..sabar kambing jangan berebut-rebut, riles sekor2 dapat makanan..banyak tu kami beli lobak untuk hampa..

Ekk kepala oden tersangkut..

Comel tak saya..Rasa macam nak naik jer atas keldai tapi sebabkan puasa maka simpan la hasrat itu di kemudian hari..

Seksi betul tanduk kambing putih ni..

Alololo cebek pulak kambing cokelat ni..

Bye goat cee youu! amboii siap bersee you dengan kambing lagi ye..suruh datang dekat takmo, tengok dari jauh jer..penakuit!

Hi deer!

Seronok Mek Echa tengok binatang-binatang kat sini..

Sekejap jer Raiisah tak lama pon mummy suruh awak berdiri atas tu..Nak ambik gambar dengan deer jer pon..

Kena kejar dengan kambing..lari tak pijak tanah...

Elehh mummy pon penakut jugak..eksyen berani konon..

Affan pon takut..kakakaka..cuba lari dari kambing..Affan kan bawak makan, tu yang kambing tu beria-ia datang kat Affan nak lobak dalam plastik tu..hahaha

Sudahnya campak lobak dengan plastik2 kat kambing tu..selagi tak bagi selagi tu kambing tu sondol Affan..hahaha Raiisah dah menjerir-jerit masa ni..

Larii!!..kambing tu semakin mengganas..hahaha Apa la b, yo yo oooo jer pernah jaga kambing masa kecik la, pernah jadi penternakan kambing la, tidur dengan kambing la..Kambing sondol sikit lari lintang pukang...hahaha

Awat comel sangat awak ni..Nak ikut balik takk?

Suka Raiisah tengok monkey..

Bye monkey! see you again..muncung2 mulut.

Puasa yer Cik Kuda.. Kesian berlepek kat situ..

First time tengok lembu besar rumah..tak agak-agak la kan besar rumah..ye betul tak tipu, besar giler kot lembu tu.. 'Huny cuba tengok telur die, bapak besar...berapa kg la telur dia kan'... Cehhh tu yang awak tengok..

Rabbit ni pon tengah keletihan berpuasa..Sat na rabbit nanti kite berbuka yer..hehehe hoiii pukul 1.00 tengahari tengok mini zoo rasa nak terjum kolam..Kolam mana kolam.. =P

Nampak Bukit Broga belakang tu, cantikkan..pas raya nanti nak ajak Ayu dengan Aseng naik la.. =)

Last sekali kiteorang masuk taman arnab..lebih 20 ekor kot arnab dalam taman ni..

Dengan arnab berani la pegang sebab pernah bela arnab..Kalau tak jadi Mek Echa jugak aku dalam taman arnab ni..kikiki

'Huny buat panggang sedap ni'... B tak agak2 la comel macam ni nak buat panggang..

Alalala comelnya awak kat belakang kayu tu..Berdiri tegak macam tu..Eeee rasa nak bawa balik bela sekor...tapi tu la arnab ni sangat2 sensitif, sakit sikit jer dia mudah mati..

Yo yo aku berlari ingat dorang tengah mandikan kura2 tu..rupa-rupanya perhiasan jer..ciss akak tertipu..

Seronok yer bang..dah moh balik..Mak awak dah call ni..

Masuk RM5 jer..

Kehausan yer..sedapnya minum..mummy nak cikit..Takleh mummy puasa la..
Buka puasa nanti nak minum air manggo lasi bersama buah longan..haus sangat tu..kekeke

Sedih nau tengok sign board Rabbit Fun Land ni..cuba dicat cantik sikit sign board tu baru la semangat orang yang lalu depan Rabbit Fun Land ni nak datang..Aku mula2 sampai tertanya-tanya kat Affan..Dah tutup ker apa Rabbit Fun Land ni..Macam sedih jer tengok tempat ni..tapi bile dah masuk wow terus rasa tak nak balik..tu la lain kali jangan tengok luaran jer..

piece : kathyjem

Monday, June 29, 2015

Tips Memulakan Perniagaan dari Tun M.

1. Melayu perlu belajar dari bawah.
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.
2. Modal efektif.
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.
3. Berusaha bersungguh-sungguh.
Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.
4. Bersabar dalam tempoh lama.
Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata “Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung…”.Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.
5. Mengenai jenis perniagaan.
Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.
6. Rajin meninjau bisnes.
Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.
7. Manfaatkan teknologi.
Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.
8. Sentiasa tambahkan aset.
Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.
9. Belajar dengan bangsa lain.
Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.
10. Ikhlas dalam perniagaan.
Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.
11. Menolak mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir “Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!”
12. Mengamalkan peribadi mulia.
Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.
13. Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.
14. Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.
Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.
15. Mempunyai network.
Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya…
16. Membayar hutang dengan baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.
“Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar.Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai

Thursday, June 25, 2015

3 Lauk Pon Dah Kenyang

Balik kerja sekarang ni sampai rumah dah pukul 6..dengan jalan jem laginya..faham2 jer la kalau balik kol 4.30 mengadap jem dia macam mana..nak masak gempak2 memang tak sempat la..sebab minggu ni dok rumah mak mertua sampai abis puasa..dan maybe terus dok Kajang kot..

Petang semalam balik kerja Umi kata buka puasa kat luar..sebab petang tu Umi sibuk masak lauk pauk untuk anak-anak yatim so nak masak lauk sendiri takut tak sempat..

Lepas selesai hantar makanan dekat rumah anak2 yatim terus cari tempat untuk berbuka..Umi kata nak belanja makan..murah rezeki Umi selalu belanja anak2 makan..kiteorang pilih restoran Tom Yam..nasib tempat kiteorang pilih ni tak ramai orang..Sampai2 pon dah pukul 7..

Affan tak abis puji diri sendiri.. 'Huny b nampak kurus la dalam gambar ni'.. Elehhh kurus apanya pipi macam sorok bauh limau jer.. "Yerla b dah kurus sekarang ni..Yeaaa'.. elehhhh....Ceh tak puas suami dah kurus, bini die jer tak kurus2 lagi..macam mana nak kurus sahur jer bedal nasi 2 3 pinggan..

Ni la mak mertua saya..Umi muka terkejut masa ni..hehehe

Sementara nak tunggu azan maghrib selfie bertiga dulu..Mek Echa takde kat rumah nenek..

Leleh air liur tengok air limau..tengok jam ok lagi berapa minit nak bukak..glup!

Lupe la nama tempat makan ni sebab panjang sangat nama restoran ni..maaf la bulan puasa ni otak lambat sikit bergerak.. hehehe

 Dok lak sebelah kolam air pancut rasa macam nak tido pulak..

Tak oder banyak pon 3 lauk jer sebab makan ni pon boleh kenyang..kang oder macam2 lauk membazir takut tak abis..

Ikan masak stim ni pilihan Affan dan favourite aku jugak..licin aku bedal sampai tinggal tulang..kuah die sedap gile kot dengan cili padi penuh, superb rasa dia..

Tom yam campur..pon sedap jugak..abis licin kiteorang makan.. *usap perut

Tu jer nak kongsi dengan korang..ok la nak sambung buat kerja yang tak abis2..bulan puasa ni kerja kat ofis lain macam..dah macam kerja company advertising pulak aku rasa..huhuhu

piece : kathyjem

Wednesday, June 24, 2015

Baju Murah untuk Raya!

Hamboii puasa pon baru berapa hari sibuk nak shopping baju raya dah..hehehe..buat persiapan awal2 nanti takde kelam kabut kan..

Ni yang malas ni kalau buka website Nile.com.my ni mesti tangan ni gatal nak klik nak beli..yerla mau tak murah kot baju-baju kat Nile.com.my ni..Jubah dia murah giler kot Cik Kiah oiii..mane nak dapat Jubah cantik meletop kedebomm 59 hengget..Al-kisahnya nak shopping baju jubah sehelai dua helai jer nak pakai untuk Ramadhan ni..Sekali terjebak beli blouse dengan skirt labuh abis aku rembat..hehehe

Sekarang ni Nile.com.my ada jenama baru untuk pakaian muslimah iaitu HANIYA..HANIYA ni kualiti dia sangat bermutu dan teliti dari segi pilihan material, rekaan dan paling penting servis dia sangat pantas dan tip top..

So sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya yang bakal tibe Nile.com.my ada buat promosi penghantaran percuma dengan setiap pembelian minimum RM48 ke atas..

Ni la hasil tangan gatai dok klik website Nile.com.my ni..hehehe

Haniya Embroidery Dress-Black RM62.90

Suke manik dan jahitan sulaman di bahagian lengan tu nampak simple tak serabut sangat..

Jubah macam ni simple sebab senang nak pakai main sarung je..

HANIYA PU Leather Lace Dree Jubah-Red RM75..  Jubah ni jenis tak melekat kat badan..nampak elegan sangat design Jubah macam ni..Nampak eksklusif dan mewah giteww, pada mata aku la..hehehe..Ada 4 colour semuanya..ada colour Gold, Orange, Blue & Red..Harga biasa RM168.54..diskaun banyak tu untuk promosi Raya ni..harus korang kena beli sehelai okey, murahkan..

Kat bahagian lengan baju Jubah ni siap ada zip dengan lace kulit lagi..nak ambik wudhu senang bukak je zip tu..

Close up sikit..kekekeke..Dipadankan dengan handbag pearl smooth dari Nile.com.my jugak..

Pearl Smooth Surface Woman Handbag ni hanya RM55..

HANIYA Special Pleated Long Dress Jubah-Grey RM99..Kalau bukan promosi Raya harga Jubah ni RM200 tau..Apa lagi ni pon korang kena rembat sehelai jugak..

Siap dengan panel unik lagi kat bahagian dada dan lengan..Nampak elegan sangatkan..Kalau pakai untuk Raya confirm meletup kebabomm sangat..confirm orang yang lalu depan kita mata tak kelip2 pandang....hehehe

HANIYA Simple Long Dress With Belt-Khakis RM45..Harga biasa RM94..

Mana yang malas nak pergi beraya pakai baju kurung or kebaya segala bagai boleh pakai Long Dress Khakis ni..Ni pon wajib korang kena rembat sehelai jugak..Eh semua korang tengok dalam ni kena rembat la semua..behehehe..Pakai untuk Raya, senang beli siap2..

HANIYA Ruffle Chiffon Button Blouse - Black RM28.50..
HANIYA Floral Design Palazo - Green RM29.90..

Ok bye nak pegi Jalan2..hehehe Gaya macam ni nak pergi ofis boleh nak gaya santai pon boleh..

HANIYA Mixed Colour Button Blouse - Pink RM35.90..
HANIYA Gorgeous Flared Panel Skirt - Khakis RM31.90..

Material baju ni sangat selesa tau..yang penting murah..tak perlu branded mahal2 bagai, yang penting selesa dan jahitannya kemas..Kalau bukan Raya harga dia RM68.90 tau..Promosi Raya ni hanya RM31.90 jer..Ada 4 colour iaiutu Green, Dark Gray dan Blue..

Dual Use Trendy Woman Handbag RM28.50..Korang perasan tak aku banyak handbag colour hitam, sebab warna hitam boleh match dengan semua baju..

HANIYA Mixed Colr Blouse - Dark Blue RM31.90..

Skirt colour pastel ni macam2 colour baju boleh mix dan match tau..Style seterusnya korang boleh gayakan dengan harem pants atau seluar jeans..

So korang boleh tengok kat Website www.nile.com.my..Macam2 pilihan ada, semua cantik2 dan murah..berbaloi shopping kat Nile.com ni.. Ok selamat menyopping..cepat beli tau sebab setiap koleksi dari Nile.com.my, dorang hanya jual 188 helai jer so siapa cepat dia dapat.. Ok selamat menyopping dan selamat berpuasa korang.. ^_^

Nile.com.my sedang mempromosi Raya FREE Delivery promo sekarang, so penghantaran percuma dengan pembelian melebihi RM48 untuk untuk Semenanjung Malaysia..Disamping itu juga, Jualan Raya Meletop 2015 akan mendapat 90% OFF..Nak tahu lebih lanjut boleh klik di sini..

piece : kathyjem