Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, April 30, 2014

Sape Kaki Shopping Online?

Siapa kaki shopping online sila angkat tangan boley geng ngan aku sebab aku adalah kaki shopping paling tegar dalam dunia online..hahaha Orang perempuankan istilah shopping memang tak boleh dipisahkan, tak sempurna hidup kalo empunya diri tidak dapat baju baru kasut baru makeup baru..hahaha Over semua nak baru.. =P

Sekarang MYSALE ada buat shopping online untuk korang yang kaki-kaki shopping.. Apa tu MYSALE.. Ok MYSALE adalah private online shopping club yang menawarkan diskaun eksklusif sehingga 80%.. Wow banyaknye 80% murah sangat tu.. @_@ Ha nampak dengar 80% terbeliak biji mata..hahaha So kena jadi ahli MYSALE baru leh dapat harga diskaun yang murah tu.. Tempoh jualan bermula dari 4 - 6 MEI 2014..

Macam-macam yang ada kat dalam online MYSALE salah satunye pakaian wanita, lelaki, produk kecantikan, makeup, aksesori, fesyen untuk kanak-kanak, perkakasan rumah, dan toys.. macam-macam lagi lah..

Bulan depan kalo korang nak tahu akan ada acara membeli-belah paling terbesar di Malaysia yang di kendalikan oleh MYSALE Flash Frenzy khas untuk mereka yang join jadi ahli club MYSALE dengan jualan baru yang dilancarkan setiap setengah jam dan diskaun sehingga 80% untuk semua pembelian dan menawarkan peningkatan sebanyak 100% untuk pengujung baru dan menjual barangan untuk setiap barang hanya 2.2 saat.. Jualan bermula setiap pagi dan biasanya berjalan selama 2 hingga 3 hari..

Ok ingat selama 3 hari sahaja, ahli2 MYSALE akan dapat membeli bermacam produk lebih 60 jenama tempatan dan antarabangsa termasuk Coach, Bonds, Revlon, ZARA, Quiksilver, Havaianas, Pandora, Dermalogica, Rayban, Redken, Australian Leather Uggs, Luxor Linen, Fitflop, Desigual, Thomas Sabo, Charlie dan macam-macam lagi.. Ahli2 MYSALE juga akan dapat membeli-belah melalui MYSALE App.. Ahli yang membeli-belah di app kena mengakses to Flash Frenzy sejam awal.. Kepada ahli MYSALE ianya percuma..

Ok jangan risau tiada risiko pulangan ..

Ok more info boleh tengok di sini : www.mysale.my
Tunggu apa lagi korang cepat shopping sebelum jualan hilang dari laman web ini apabila masa tamat..

piece : kathyjem

Tuesday, April 29, 2014

Jom Join Guess Blogger Award

Perhatian Semua BLOGGER!

Kami ingin berkongsi pendapat fesyen dan inspirasi anda dengan kami. Anda hanya perlu mengikuti dua langkah di bawah untuk disenarai pendek untuk pertandingan ini.


Siapa suka pakai denim boley join contest ni.. Sori lambat bagitau korang.. T_T  Aku pon last week baru tahu contest ni semalam baru submit..huhuhuhu

Hadiah die menarikkan.. Korang join jer mane tau rezeki berpihak dekat korang.. Just ambik gambar diri korang dengan menyarung denim dan dan beritahu mengapa denim melengkapkan gaya korang dalam 50 patah perkataan.. Dah itu jer.. =)

Ingat besok last day tau untuk korang join contest ni.. Cepat godek PC cari gambar korang pakai denim yang rase-rase paling cun paling ranggi boleh hanta terus di sini..  ANUGERAH BLOGGER by EH!

Terma & Syarat:
Pertandingan ini terbuka kepada semua penulis blog perempuan berumur 16 tahun & ke atas yang tinggal di Malaysia, yang telah secara aktif menulis blog sekurang-kurangnya sejak enam bulan yang lalu. Keputusan hakim adalah muktamad dan EH! berhak untuk menolak atau membatalkan penyertaan yang tidak lengkap. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Kakitangan Blu Inc Media Sdn Bhd dan semua penaja

piece : kathyjem

Monday, April 28, 2014

Santai di Rumah Kakak

Awal-awal pagi akak aku dah tunjuk ice cream baskin robbins kat dalam whatsapp, mau tak kebil-kebil biji mata aku depan screen phone tu.. Akak aku cakap kalo nak datang rumah die cepat sementara stock masih ada..hahahaha Ko sajer kan nak suruh aku datang rumah ko umpan eskrem robins tu.. T_T aku kalo eskrem robins ni jangan dibuat main-main memang aku akan jadi hantu terbang.. Dari KL ke Kedah pon sanggup aku datang..hahaha

Demi ko eskrem ku datang juge ke Hulu Langat.. hahaha

Sebenarnya akak aku dah tak duduk Sarawak dah.. Ramai yang tanya, akak ko dok Sarawak lagi ker.. Tak dah dah pindah sini.. Hujung tahun lepas die pindah dok Hulu Langat balik.. Dah 4 tahun abang ipar aku berkhidmat kat Sarawak sekarang bekerja kat KL pulak.. Gitew la kalo dah kerja askarkan kalo tak pindah randah tu bukan askar la namanya..

Raiisah mula2 sampai rumah akak aku tido.. Bangun2 terus terkejut tengok akak aku dukung die...

Si Abang memang sayang kat Raiisah.. Die kalo ada Raiisah kat rumah memanjang cium peluk abis dibelai-belai si mek echa tu. Sayang sungguh.. Ni kalo dah ada adik boley harap dah ni... Raiisah lagi suke abang Lutfi dari adik Darwisy sebab adik Darwisy selalu mengusik die..

Ni la dua kerat anak buah aku yang ada.. Maklumla adik beradik tak ramai 3 orang jer.. Aku, akak aku ngan adik bongsu lelaki..

Sampai jer rumah akak aku tengok anak buah tengah layan Frozen.. Raiisah suka la tu dapat tengok Frozen.. Ulang 100 kali pon takper.. at goo at goo.. (nyanyian Raiisah)

Amboii korang time baik kemain bersuap-suap.. Datang kepala angin masing2 abis macam singa jantan dan singa betina bercakaran..hahaha

Akak aku tak sempat masak jadi die suruh laki die beli KFC.. Lagi pon ada orang nak datang repair wiring..

Bagi Raiisah makan nasi ngan ayam kfc kemain susah nak makan sebab ada toys suke sangat sampai takde selera nak makan.. Jenuh nak suruh die bukak mulut.. Dapat la 6 7 suap die makan jadila..

Sudahnya aku yang abis makan.. huhuhu

Ni yang ditunggu-tunggu eskrem robins... ^___^  hehehe Amboii suka nau dapat makan eskremmm..

Nilah kakak kesayangku Zura Jem.. Wah nama pun nak Zura Jem jugak..hahaha.. Muke kami sama tak lainkan.. Bile aku berhijab ramai orang kata muke aku sama sebijik macam akak aku.. Lain la tak sama langsung kalo sama pon tang mulut..hahaha Akak aku ikut muka mak aku ikut muka abah.. =)

Kakak aku ni yang banyak bagi nasihat, kakak yang sempoi, kakak yang supporting, kakak yang banyak bertanya pasal produk kecantikkan..kekeke Kakak aku ni pantang kalo ko sebut pasal produk kecantikkan depan die, laju jer die nak pegi beli..hahahaha

Dulu sebelum die kawen kiteorang memang duduk satu bilik walaupon dalam rumah ada 2 bilik sebab dah terbiaser dari kecik sampai ke besar tinggal satu bilik.. Sejak die berkawen dok pindah ikut suami sana sini kiteorang dah jarang jumpe dah jarang berborak.. Dulu akak aku ni la teman menangis teman bergembira teman bershopping teman cari jodoh teman termenung teman bergosip..semua la..hahaha Sekarang keadaan dah berubah masing-masing pon dah ada keluarga..

Tengok Raiisah sempat menyelit..hahaha

Hidung kembang kempis dapat pegang phone..

Besar nanti jadi doktor ye boley rawat mummy kalo mummy sakit nanti..hehe

Si bam bam mek ecah ni..eeee gigit nak...

Buat muke senyum gatai pulak..

Haaa ni muke memang boley buat orang lari nak...Pasai apa garang sangat ni.. Kakut mummy..

Dari siang sampai ke malam tak abis2 main.. Tido pon lewat..

Adik Darwisy ni lawak la pantang nampak botol susu Raiisah yang tinggal saki baki tu, laju jer minum.. Adik Darwsiy kan dah sekolah mane leh minum susu..Jawapan die.. Biarla adik Darwsiy minum abiskan dari bazir macam tu jer... T_T Amboii jawapan adik darwsiy buat mummy terdiam 10 saat..hahaha

Kalo dulu malu-malu nak minum botol susu Raiisah sekarang takde dah malu selamba di nyot nyottt botol susu Raiisah tu depan kiteorang hahaha.. malu pon malulah janji lepaskan gian nyot nyot tu.. 

piece : kathyjem

Friday, April 25, 2014

Atasi Kulit Kusam dan Pucat dengan Even Better Essence Lotion, Clinique

Hai semua..!

Pernah tak korang tertanya-tanya sebab apa kulit muka kita tiba-tiba jadi kering dan gatal-gatal??? Adakah disebabkan pemakanan kita atau produk kecantikkan yang semakin banyak yang memberi kesan sampingan ke atas kulit muka kita or disebabkan faktor genetik..

Banyak kajian dibuat ke atas kulit orang Asia yang menunjukkan bahawa kulit orang Asia ini lebih sensitif dan mudah terdedah kepada cahaya dan rase pedih serta mengalami penyahhidratan disebabkan lapisan kulit yang nipis.. Ni pon salah satu sebab ramai wanita diluar sana mengalami masalah kulit pedih ni kan..

Ni die produk keluaran dari Clinique Even Better Essence Lotion.. Meh aku cerita betapa bagus produk yang aku pakai ni..

Sebelum ini Clinique telah menemui formula khusus untuk kulit orang Asia iaitu Even Better Essence Lotion.. Produk ini adalah losyen muka yang cair pertama dari Clinique.. Ia mengandungi NMF Complex yang berfungsi membuka ruang yang menyekat lembapan, menjadikan kulit serta merta terhidrat dan tahap kelembapan untuk jangka masa yang panjang dan menjadikan kulit lebih berseri, bercahaya melalui kandungan bahan-bahan pencerah sekali gus menyelesaikan masalah kulit kusam dan pucat!

Apa itu NMF Complex? Ok let me explain..hehehe.. NMF Complex terdiri daripada bahan-bahan semula jadi seperti Citrullus Vulgaris (timbikai) Ekstrak Pyrus Malus Buah Epal, dan kekacang serta Natrium  PCA, yang membantu mengekalkan hidrasi pada paras optimun bagi menjadikan kulit lembut dan anjal dan ada Cucumis Sativus (Timun) ekstrak buah-buahan yang memberi lembapan baik kepada kulit kita dan rasa selesa sepanjang hari...

Dengan NMF Complex, Even Better Essence Lotion kita dapat mencerah dan mengembalikan kilauan kulit kerana ia mengandungi satu campuran botani yang membantu meningkatkan cahaya keseluruhan kulit.. Keputusannya kulit akan kelihatan bersinar.. memang best.. :D

Produk ni ada agen anti-irritation yang boleh membantu menghilangkan irritation yang boleh menggelapkan kulit sebab produk ni ada 3 benda ni jugak:

-Sucrose dan Kafein:
Membantu untuk mengurangkan kesan-kesan kerengsaan kulit akibat tekanan dan rangsangan
-Cladosiphon Okamuranus Extract and Algae Extract:
Algae Extract telah terbukti memberikan banyak manfaat dan amat menyenangkan..
-Tamarindus Indica Seed Extract:
Berasal dari buah pokok asam jawa tropika, polysaccharide ini telah digunakan dalam banyak kebudayaan untuk ciri-ciri perubatan dan anti radang..

******************************* 
   

Even Better Essence Lotion ni mempunyai 2 formula yang berbeza dengan menawarkan tambahan khas untuk jenis kulit yang berbeza iaitu :

Jenis kulit 1 & 2 formula mempunyai luxuriously milky texture dan termasuk hydrators khas untuk kulit kering termasuk Olive Squalane, Ekstrak Barli, Ekstrak Germa Gandum dan Jojoba Esters membantu mengekalkan kulit terhidrat dan lembut.

Jenis kulit 3 & 4 formula mempunyai refreshingly lightweight texture dan mengandungi
Laminaria Saccharina Ekstrak melazimkan pengeluaran lebihan sepanjang masa..

Cara penggunaan :

1) Sapukannya dua kali sehari selepas membersih wajah..
2) Tuang beberapa titis ke tapak tangan dan perlahan-lahan..
3) Tepuk lembut ke seluruh wajah dan leher, elakkan kawasan mata..
4) Diikuti dengan pelembap Even Better Clinical Dark Spot Corrector..

Dari gambar ni korang nampak tak before this kulit aku banyak merah-merah especially kat dagu ngan hidung aku.. Alhamdulillah lepas cube produk ni u can see the result no more redness!heheee

Dalam masa 2 minggu akan nampak seri kecerahan pada kulit muka dan dalam 4 minggu kulit akan lebih lembut dan selesa.. =D

Ni hasil kulit muka menggunakan Even Better Essence Lotion dalam masa 2 minggu... Ting! Nampak kulit saya sudah bercahaya! Gitew..  Rase kulit licin dan lembap..

Even Better Essence Lotion ni korang boley cari dekat kaunter Clinique seluruh Malaysia and the best thing is harga diaaaa so reasonable... hanya rm125 sahaja ^_^. and FYI it is Allergy Tested 100% Fragrance Free! so tak da masalah-masalah alahan insya Allah.....

kalau korang berminat nak tau banyak lagi tentang produk Even Better Essence Lotion CLINIQUE ni boleh tengok di sini.. Even Better Essence Lotion

piece : kathyjem

Thursday, April 24, 2014

Tengah Poket Kering Pon Sompat

Semalam ada jualan gudang Metrojaya kat banguna TM sampai hari Ahad.. Kalo ikutkan hati malas nak pegi yerla dah hujung-hujung bulan ni pokek kering tunggu gaji Jumaat ni baru masuk... T_T

Ni Kak Yana la ni siap tunjuk gambar kat wassapp baju murah makeup murah perfume murah.. Aku dengar murah2 ni mulalah tak senang duduk.. Biaserlahkan orang pompuan mane leh dengar murah-murah Sale ni mengeletik badan ni nak ke sana jugak walaupon dalam poket tinggal 30 hengget..hahaha..

Gigih hujan-hujan bawak payung menuju ke bangunan TM.. Ofis aku sebelah bangunan TM jer dalam 30 langkah sampai dah.. hehehe

Amboiii kak laju jalan..

Si Hanis ngan Ash pon terpengaruh jugak hasutan syaiton aku ni.. haha Jom girlsssss kite cuci2 mata jer..

Dah abis ofis hour pon ramai jugak orang.. Beratur nak masuk..

Tu die sepender murah2..bahahaha

Haa dia dah start dah start dah.. Ok Kathy tahan nafsu dulu kata nak cuci2 matakan... Kata poket dah keringkan.. Kata nak tunggu gajikan... T_T

70% sesajer..

Barang mainan kanak-kanak tak banyak sangat pilihan.. Patung barbie doll murah dalam 40 hengget dah boley dapat ingat nak beli untuk Raiisah tapi kang beli die campak2, minah tu mane pandai lagi nak main barbie doll.. Tunggu besar sikit mummy beli yer.. Baju budak pon tak banyak pilihan adalah rembat sehelai untuk Raiisah..

Yang murah semua tu dah abis sebab masa lunch semalam kiteorang terserempak ngan ada sorang makcik ni dengan anak die kat parking kereta, baru lepas shopping Jualan Gudang Metrojaya tanya la die sebab nampak die pegang satu set comforter.. Tanya mak cik tu brape comforter ni makcik tu cakap dalam rm69 jer.. Sekali aku dah sampai sana yang 69 tu semua dah abis.. uwaaaa! Abis pulak yang tinggal seratus je atas..sob sob..

Lihat la cadar yang murah ini...

Baju pompuan pon tak banyak sangat pilihan design tinggal macam sedih2 sikit..hehe

Tunggu Cik Hanis try baju..

Dah abis shopping muka ada gembira.. Dapat 2 3 ketul barang pon dah happy giler.. Jom balikssss...

Sapa yang berkerja di bangunan TM ni silalah menghabiskan duit di sini ye..hahahaha

piece : kathyjem

Tuesday, April 22, 2014

Bersyukurlah.....

Lega dengar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid kata Catuan Bekalan Air akan diumumkan bakal berakhir...

Mau tak gembira dekat 2 bulan hadap takde air, 2 hari ada 2 hari takde..Sadis tul.. Aku kalo air takde kat rumah lari rumah mak.. Rumah mak takde air mak tak lari mane mak dok diam2 jer kat rumah..hahaha Sebab bilik air rumah mak besar boley simpan air bertong-tong.. Rumah aku kecik nak simpan air kat bilik air memang takde ruang, harapkan simpanan air tangki jer la.. sob sob..

Kiteorang tak kisah sangat sebab ada kat rumah pon waktu balik kerja nak mandi jer tak terasa sangat kalo weekend hazab.. T_T Dengan nak masaknye dengan nak basuh kainnya dengan nak basuh berak Raiisah yang sehari 2 3 kali berak... T_T

Korang mesti tau kan sebab apa catuan air ni.. Sebab empangan kering hari tu la dia buat catuan ni.. Gambar atas tu bos aku sendiri yang ambik guna phone.. Ramai yang tak tahu catuan air ni bukan SYABAS yang keluarkan kenyataan ye atau suka-suki nak buat ni semua.. Ni semua arahan dari Kerajaan Negeri Selangor dan SPAN, SYABAS tak ada kuasa nak buat ni semua kalo takde arahan dari pihak atasan..

Dah Kerajaan Negeri Selangor kata kena buat jugak Catuan air ni  SYABAS terpaksa jer la ikut arahan.. So salahkan Kerajaan Negeri Selangor jangan salahkan SYABAS.. mahahaha

Sian bos-bos SYABAS jenuh nak menjawab pasal isu air ni sampai SYABAS nak kena saman.. Ni la terpaksa hadapi bile berkerja disyarikat air.. T_T

So korang nanti dah takde catuan air ni jangan la dok bazir bukak air paip basuh pinggan bertingkat-tingkat basuh kain sampai 1 baldi baru tutup paip air tu.. Jangan macam tu yer kena jimat penggunaan air tu.. Walaupun kita tahu Malaysia ni kaya dengan hujan.. Sekian.. Kang lebih2 orang cakap ekleh tau la kerja SYABAS.. =P

piece : kathyjem