Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, August 16, 2012

Malas Nak Masak Beria-ia Spaghetti Carbonara Mushroom Sudah!

Semalam masak paling simple.. Dah hujung2 puasa maleh nak masak yang berat2.. Kalo boley nak beli jer smue tapi tu la tak suke sangat beli makanan kat bazaar.. Dah la masak tah apa2 tak sedap pulak tu.. Sendiri masak lagi sedap dan puas ati..

Kite masak Spaghetti Carbonara Mushroom jer la kan senang budak darjah 6 pon leh masak.. hakhakhak..

Bahan-bahannyer : 

1/2 Bungkus Spaghetti - Ikutlah korang la nak rebus berapa banyak yang nak makan..
1 tin Sos Spaghetti Prego Carbonara Mushroom
15 ekor Udang
2 batang Sosej dipotong nipis
Mushroom Butang dihiris
Bawang Putih dicincang
Bawang Merah dicincang
Garam
Serbuk Blackpepper
1/2 cawan Susu Cream
Sedikit Air

Mula-mula rebus spaghetti sehingga betul-betul dia masak. Untuk elakkan dari melekat, letak sedikit minyak, tos dan asingkan.

Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau..

 Masukkan udang dan sosej.. Tunggu udang tu dah masak baru masuk sosej..

Kemudian baru masukkan sos carbonara dan 1/2 susu cream.. Kacau rata dan masukkan sedikit air.. Garam jangan lupa..

Kemudian letakkan sikit cheese.. Ni ikut korang la kalo tak mo letak pon takper.. Kalo aku, aku suke letak lagi rase lemak.. Pastu taburkan blackpepper sikit..

Tadaaa siap sudah Spaghetti Carbonara Kathy Jem.. =D Simple dan mudah kan.. Kacang tak sampai brape minute siap masak..

Budak yang tak sabar nak makan.. Semalam Affan lembik skit sebab pagi tu die dok ulang ngi toilet.. Faham2 jer la kan kalo dah bertapa dalam toilet tu memang tak ada apa yang tinggal dalam perut.. hehehe Cian bee.. 

Makan pulak dengan air kelapa.. Perghh!! Dah masak 7 bulan lebih ni elok minum air kelapa bagi senang beranak... Awal2 pregnant jangan minum yer tak elok takut ada effect kat kandungan..

Selamat memasak makanan paling mudah di sediakan di dunia..hehe ^_^

piece : kathyjem

15 comments:

lizaufa said...

dah lama cari resepi kabonara ni hehe

shuhadah Zainol said...

sedap ni..balik japgi kompom nak buat !!!!

cha said...

yummy sedapnya. pernah try before ni tapi tak campur dengan susu. next time nk try dgn susu lah nampak mcm lagi creamy je :D

Puteri Satu said...

sedapkan... spaegti ni yang akak tak pernah masak.. nanti nak tryla... selalu spageti blognese tu je buat..

ceera said...

Eh aku pun masak ni. Now tgh kasik keisha mkn.

Unknown said...

wah nampak macam shedapppppppp nak buat lah nanti!

Kak Jah said...

simple je resepi nyer...nnnti nak try gak la...tq syer resepi!!

Chekgu Azrine said...

terliur jap..hehehe

Mooniqueen said...

Betul la tak lalu masuk nasi skrg...

cik chinta said...

oo..gni pe nye nk bt. Sng jg.

~YUyuE~ said...

thanks for the recipe. x sabar nak cuba. hihi

Unknown said...

Thanks atas resepinya..
Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya..

Greenlava said...

Tak sabar nak cuba resepi spaghetti carbonara ni.

g_dah said...

kalau pakai susu cair pon boleh kan?

Unknown said...

Most girls dlm ni komen mcm konon nak buat... i rasa tak cuba pun... sbbnya, masakan ni, penulisan ni, tak letak pun bila nak masukkan cendawan, masa mula2 ke, tengah ke, atau akhir... ;)